"Penjenayah dalam hati saya."

Uh.

Ayra senyap. Dalam diam dia kulum senyum. Ergh! Hati rasa berbunga! Dia katup kelopak mata bila kapas Arian bergerak membersihkan bahagian kelopak matanya.

"Dah. Pergi mandi."

Terkebil kebil mata Ayra. Mata bulatnya memandang wajah Arian.

"My lifeline, pergi mandi. Kita ada masa seumur hidup untuk tengok wajah masing masing." Bibir Arian menyenget sedikit. Mengusik.

"Eh! T-tak! S-saya..." Ayra bangkit dari duduk. Gelabah. Tubuhnya bergerak ke kiri ke kanan. Uh! Otak tak dapat proses!

"Pergi mandi." Arian tahan tubuh isterinya. Bahu Ayra dicengkam lembut kemudian dipusingkan ke arah satu pintu. Pintu tandas.

"Mandi." Bisiknya perlahan.

Dan...

Sepantas kilat Ayra berlari ke arah tandas.

"Janga lupa bawa towel!"

Dan kaki Ayra membelok ke wardrobe.

Pecah tawa Arian dengan gelagat gelabah Ayra. Kepalanya menggeleng perlahan.

Keluar saja dari tandas, mata Arian menangkap tubuh isterinya yang sedang berdiri tegak di tepi katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluar saja dari tandas, mata Arian menangkap tubuh isterinya yang sedang berdiri tegak di tepi katil. Keningnya berkerut sedikit. Pelik, namun dia diamkan saja. Tangannya ligat mengeringkan rambut sendiri.

"Kenapa tak tidur lagi?" Arian sentuh bahu Ayra. Bila Ayra berpaling, dia jongketkan kening.

Ayra garu kepala. "Hm, saya nak tidur mana?"

Huh? Kening Arian berkerut hebta. Tak mengerti. Katil dipandang sekilas.

"Tidur? Dekat katil lah tak kan dekat hutan pula." Arian duduk di birai katil. Berhadapan dengan tubuh isterinya.

"M-maksud saya..." Ayra pintal-pintal hujung bajunya. Gugup. Matanya melirik ke arah tubuh Arian. Lelaki itu kelihatan santai dengan jogger pants dan t-shirt kelabu. Bila matanya bertembung dengan mata helang milik Arian segera dia alihkan matanya. Menunduk memandang jemari kaki sendiri.

Arian angkat kening menanti jawapan. Dia lihat gerak tubuh Ayra. Seketika bibirnya naik sedikit. Senyum.

"Your hand looks heavy, can I hold it for you?" Arian senyum. Bila dia lihat Ayra mengangguk sedikit, dia capai jemari Ayra. Digenggam erat seolah olah membantu Ayra menghapuskan resah.

"Ayra, look at me." Arian seru nama Ayra. Lembut namun tegas.

"Ayra, look at me." Ulangnya sekali lagi bila Ayra dilihat masih statik tak bergerak.

Serentak itu Ayra angkat wajahnya. Matanya bersabung dengan mata Arian.

"Look, kita bukan kahwin paksa. Ni bukan kisah cinta cliché. We gonna share everything. Room, bed and almost everything." Tenang nada Arian memulakan bicara.

"Tapi..."

"Yeah, I know and I understand. But, my lifeline..." Arian usap belakang tapak tangan Ayra bila dia rasa jemari itu bergetar resah.

"Kita kena belajar untuk terima satu sama lain. Tak apa, kita sama sama usaha. Perlahan-lahan. Tak apa, kita ada masa sampai tua untuk kenal satu sama lain." Arian ukir senyuman.

"Macam mana kalau hubungan kita ni tak semanis yang kita jangka?" perlahan nada Ayra bertanya. Kepalanya menunduk. Sumpah dia takut jika pengakhiran kisah mereka tak seindah yang diharapkan.

Arian senyum. "Antara berhasil atau tak, kita biarkan takdir dan doa berkelahi di atas langit. Sekarang apa yang penting adalah usaha kita. It's okay, I love baby so I accept a baby step. I will wait for you, like the stars wait for night." Arian ukir senyuman bila kini mata Ayra bertaut dengan pandangannya.

"Dah jom tidur. But before that..." Arian bangkit dari duduk. Berdiri tegak di hadapan Ayra.

"Can I get a hug?"

Ayra kerut kening. Arian kan suami, mengapa perlu minta izin? Malas banyak soal dia angguk saja. Mata dah mengantuk tahu tak?

Arian tarik tubuh Ayra ke dalam pelukan. Dia ukir senyuman sebelum bahunya mendarat ke atas bahu Ayra. "Do you know why hugs are so beautiful?"

Ayra kerutkan kening. Haih! Lama lama berkedut lah dahi dia! Dia diam saja dalam pelukan lelaki itu. Pipinya disandar ke dada Arian. Ya, dia pendek! Arian pula kena bongkok kan sedikit tubuh semata mata hendak letakkan dagu di atas bahu Ayra.

"Because the right side of you does not have a heart. So it's empty and when you hug you will have a heart on both sides."

Ayra senyum. Tanpa sedar dia eratkan pelukan. Rasa hangat. Rasa selamat.

"And sometimes one hug can remove all the worries of years from heart." Senada Ayra berkata. Matanya dipejam erat menikmati pelukan itu.

"Wakafa billah syahida, ana uhibbuka fillah. Cukup Allah yang menjadi saksi, aku mencintai mu kerana Allah." Arian ukir senyuman. Ya Allah, kekalkan rasa ini. Kuatkan hati ini. Teguhkan rasa ini.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now