Ayra pandang jemarinya. Terlihat ada sedikit getaran di situ. Dia takut. Takut akan realiti yang bakal berubah sebentar lagi. Ayra pejam matanya seketika. Ya Allah, tolong hapuskan resah ini.

Hanya beberapa detik, Ayra kembali buka kelopak matanya bila dia rasakan ada seseorang mengambil tempat di samping. Wajahnya dipalingkan ke sisi.

"Umi..." Ayra capai jemari itu. Di salam mesra. Jikalau Umi sudah tiba, pastik pengantin lelaki juga sama.

Perlahan Ayra angkat wajah kemudian matanya beralih ke arah tempat duduk pengantin lelaki. Sontak, matanya membulat terkejut. Suaranya bagaikan tersekat. Nafasnya turun naik akibat terkejut.

"Arian Daniel Bin Muhammad Khairul."

Dengar saja suara itu menyapa telinganya, Ayra rasa nak hentikan segalanya. Dia... Dia tak faham apa yang sedang berlaku. Selama ni? Dia bertunang dengan Arian? Kejutan apakah ini?

"Saya."

Saat ini Ayra rasa nak pengsan. Bagaikan tak diterima dek akalnya apa yang sedang berlaku saat ini. Jantungnya mengepam laju. Sama ada terkejut dengan realiti atau tertampar dek mimpi? Dia bah kan tak tahu apa yang berlegar dalam kepalanya kini.

"Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan puteri ku..."

Mata Ayra memandang sosok Encik Khalid yang kelihatan mengusap pelupuk mata. Serentak itu sebak menghentam diri Ayra.

"Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan puteri ku, Ayra Qistina Binti Ahmad Khalid dengan mas kahwinnya 2800 ringgit. Tunai."

"Aku terima nikahnya Ayra Qistina Binti Ahmad Khalid dengan mas kahwinnya 2800 ringgit. Tunai."

Tak ada bicara yang meniti di bibir Ayra. Tak ada kesyukuran yang dipanjatkan. Mindanya tepu melayang. Hanya matanya memandang situasi di hadapannya saat ini. Matanya dipejam seketika. Serentak itu air matanya mengalir ke pipi. Tangisan kegembiraan atau duka? Usah di tanya akan perasaannya tika kini. Bah kan kiri dan kanan juga dia tak dapat tunjuk kan.

"Ayra, pergi ikut suami kamu buat solat sunat." Usapan pada bahunya buatkan Ayra kembali memandang ke hadapan.

Ayra angguk. Perlahan dia bangkit dari duduk mengikut langkah lelaki yang kini bergelar suaminya.

Tak ada gambaran yang mampu dia ungkapkan, sepanjang solat sunat dua rakaat itu hatinya dijentik rasa tenang. Kegelisahannya bagaikan hilang entah ke mana.

Usai solat, Ayra lihat Arian berpaling memandangnya. Wajah lelaki itu kelihatan sangat tenang.

Kini, matanya terhias dengan tubuh Arian. Mata lelaki itu redup memandangnya. Ada sinar bahagia di situ. Perlahan dia angkat jemari menyambut salam yang dihulur suaminya itu. Ya, suami. Tak sangka, perkenalan singkat mereka kini menjadikan mereka pasangan halal tanpa dia sedar.

Arian senyum. Dia dapat rasa getaran pada jemari itu saat tangan mereka bertaut. Dia dapat rasa tangan itu berpeluh dingin. Arian letakkan tangan kirinya di atas ubun-ubun milik Ayra saat gadis itu menunduk menyalam jemarinya.

"Allahuma inni as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha alaihi. Wa'a udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha'alaihi." Arian ketap rahang. Matanya terpejam erat. Air matanya hangat mengalir. Ya Allah, kurniakan lah kebahagiaan buat mereka.

Angkat saja wajah, Ayra lihat wajah Arian sudah merah. Lelaki itu... Menangis?

"Assalamualaikum, isteri ku." Arian senyum. Dengar saja salamnya disambut, dia angkat jemarinya mengusap pipi wanita itu.

"Hello, my lifeline. Now you are all mine. I got papers to prove it."

Ayra tersenyum. My Lifeline... Sekarang dia sudah tahu siapa pemberi gelaran itu. Bah kan kini dia sedar yang Arian pernah panggil dia dengan gelaran tersebut.

"Finally, I found my happiness and it's you."

Ayra tak dapat tahan senyuman. Benar lah! Ini lah lelaki yang seringkali membalas suratnya dengan ayat manis. Buatkan perutnya bagaikan penuh dengan rama-rama.

"Auch!" Ayra sentuh perut sendiri. Serentak itu Arian tayang wajah kalut.

"Why? Cinta sakit dekat mana?" Arian kalut sendiri. Tanganya cemas bergerak hendak menyentuh takut takut. Risau jika Ayra tak selesa. Wajahnya cuba menunduk ingin melihat wajah Ayra yang kian menunduk sambil memegang perut sendiri.

"Perut saya..." Ayra menuduk memgang perut sendiri.

"Sa... Saya panggilkan Umi." Kalut Arian bangkit dari duduk.

"Perut saya penuh dengan rama-rama." Ayra ukir senyuman. Hendak tergelak dia jadinya bila lihat kekalutan Arian.

Serentak itu, Arian kaku tak bergerak. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

"I'm not perfect, my lifeline. But, I will do my best just to see your smile."

"Arian... Awak ni mat romeo lah." Ayra tertunduk. Segan.

"Then just let me be your romeo. You know what? The sky has her moon..."

"Yeah, I know."

"And my heart has you."

Pipi Ayra sudah naik merah. Sungguh dia segan! Baru dia hendak membalas, bunyi ketukan pintu sudah terlebih dahulu memotong.

"Yang dekat dalam tu... Solat sunat ke buat haji?"

Farraz! Arian dan Ayra serentak tepuk dahi masing masing. Ada senyuman lucu menghias di bibir.

Arian bangkit dari duduk. Tombol pintu ditarik. Terjegul wajah Farraz.

"Sa cuma mau bilang..."

Ayra yang kini berdiri di belakang Arian sudah berkerut. Bilang? Bilang apa?

"Ko itu sa pu jantung, sa pu nadi... Sa cuma mau dekat koi... Sa su tra mau pergi, cari yang lain karna sa nyaman dengan koi..." Farraz selamba menyanyi di hadapan pasangan pengantin itu. Pakej pakai microphone halimunan!

Pak!

"Kau merepek apa ni?" Arian jentik dahi lelaki itu. Dah kenapa tiba tiba menyanyi depan dia orang?

"Amboi! Kau ni tak padan dengan pengantin, tangan tu laju je nak dera aku."

Arian picit dahi sendiri. Farraz ni sehari tak merepek tak sah!

"Tepi, kami nak keluar." Arian toleh memandang sosok Ayra di belakangnya. Wajah gadis itu jelas terhibur dengan gelagat Farraz. Hmph!

"You..." Arian tunding jari pada wajah Ayra. Wajahnya masam mencuka.

"Jangan senyum."

"Kenapa?" Ayra semakin berkerut tak mengerti.

"Saya tak boleh fokus kalau awak senyum. So, please."

"Bwerk! Nak keluar anak tekak aku. Geli geleman lah aku." Farraz selamba menyampuk. Badannya di gosok gosok seolah olah membersihkan diri.

Arian pandang wajah Farraz dengan pandangan membunuh.

"Err..." Farraz garu kepala sendiri.

"Sa pamit mau pulang... Sa tra ganggu ko lagi...Sa tra marah ko lagi... Sa tra mau ko sedih... Sa sayang ko sekali.... Untuk buat ko senang..." Farraz rapatkan kedua tangan memohon ampun. Sekali lagi dia menyanyi namun kali ini dengan pakej pergerakan mengundur secara perlahan. Tak nak kena jentik dengan Arian! Silap hari bulan kaki pengantin baru tu melayang ke wajahnya!

Arian pandang Ayra. Mereka berdua menggeleng. Farraz oh Farraz! Entah sejak bila lelaki itu terjebak dengan lagu lagu sebegitu.







I'm back! Jangan lupa comment tau! Mana lah tahu comment korang tu boleh speed up saya punya level rajin untuk type next chapter? Gurau! K bye!





Kerana CintaWhere stories live. Discover now