4 | Let me in

274 5 0
                                    

Luna melihat rumah di dalam hutan itu lalu dia memandang Lucas.

"Ini rumah aku. Ni satu satunya bilik yang boleh digunakan sebab bilik lainnya bilik kerja aku. Ill prohibit you from going in that room. Faham ke tak?" "Faham.."

"Saya.. tak ada pakaian dekat sini. Dan saya tak ada telekung." "Wait for it then."

Luna mengangguk perlahan sebelum dia melihat di sekeliling rumah itu. Dia melihat dapur lalu ia menarik nafas panjang. Dia rindukan sahabatnya dan juga ibu dan ayahnya.

"Barang dapur tak ada. Aku belum belikan apa apa lagi sebab aku tak tahu, kau ada dekat sini dengan aku."

Luna memandang Lucas.

"Sampai bila kita akan kekal sebagai suami isteri ni? Saya tahu, awak tak nak saya duduk sini kan. And mesti awak rimas kalau saya duduk sini. Im going home."

Luna baru sahaja ingin keluar, Lucas merangkul pinggangnya lalu menariknya mendekati Lucas.

"Lepas semua yang aku bagitahu tadi, kau still nak keluar dari sini? Kau ingat boleh keluar? I can't believe it, Luna. Berani ek kau? Berani. I like brave people but I hate orang yang langgar pantang larang aku."

Lucas mengendong Luna. Luna cuba melawan sekuat mungkin. Terus Lucas meletakkan ia di dalam bilik mereka.

"Kalau kau nak apa apa, bagitahu aku sebab kau tak boleh keluar dari rumah ni. Ia dikelilingi oleh semua pekerja aku. Plus.. ada banyak haiwan. Ill assure you that you'll get killed when you go out."

Luna terkelu. Dia memandang Lucas.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak?" "Kau isteri aku." "Isteri apa? Isteri apa yang dilayan begini!? Mungkin isteri atas kertas diberi layanan begini?"

Lucas mendekati Luna lalu meletakkan tangan dia di atas bahu wanita itu.

"Layanan apa yang kau nak dari aku?"

Luna menolak tangan Lucas.

"Jangan sentuh saya." "Apa masalah kau? Apa yang kau nak? Aku beri kau tempat selesa kan. Apa lagi yang kau nak? Baik aku bunuh kau. Ill be much happier."

"Saya patut pilih dibunuh je dari kahwin. You'll be happy and I'll be happier somewhere else. Ill never even look back."

Luna menarik nafas panjang. Lucas menggeleng lalu memandang Luna.

"Kau cabar aku? Kau uji kesabaran aku? Aku dah janji aku takkan bunuh kau so.. aku takkan buat."

Lucas berlalu pergi ke bilik kerjanya. Sejak pagi lagi Luna tidak makan maka perutnya sakit.

Luna menunggu lama sebelum dia berjalan ke bilik Lucas. Dia berfikir dahulu sebelum ketuk. Patutkah dia ketuk?

Dia menarik nafas panjang lalu memegang perut ia yang terasa sakit. Dia mengalami gastrik agak agaknya kerana dia memang mempunyai gastrik sejak kecil.

Luna bersandar pada dinding. Dia tidak mahu mengganggu Lucas kerana dia tahu.. lelaki itu hanya akan memarahinya. Dia menggenggam tangannya sendiri kerana menahan sakit.

Dia memejamkan matanya.

"Luna minta maaf, ibu, ayah, Lisa. Luna sayang semua. If I'm gone.. pray for me pleasee."

Luna berkata sebelum dia menarik nafas lalu ia menggeleng. Dia mahu temui mereka maka dia harus bertahan.

Lucas membuka pintu kerana tidak mendengar walau satu bunyi dari bilik Luna. Dia terus saja melihat Luna di lantai.

"Hey!"

Dia berlari ke arah Luna.

"Kau sakit ke? Hey Luna.. hey pandang aku. Kau sakit ke!?"

Luna tidak memberi respon. Lucas terasa takut kerana dia baru sahaja menikahi wanita ini dan dia tahu, dia belum mengenali wanita ini.

"Luna! Hey pandang aku. Look at me!"

Luna mencelikkan matanya kerana terkejut. Dia memegang perutnya.

"Kau sakit ke? Luna.. bagitahu aku. Kau sakit ke and.. dekat mana?"

Dia melihat tangan Luna di perutnya. Dia terus memegang tangan Luna yang diletakkan di atas perutnya.

"Aku akan panggil doktor. Kau.. tunggu sini. I'll call her."

Luna memegang tangan Lucas.

"Saya nak balik. Please." "Luna, kau tahu.. aku takkan biar kau balik." "Sampai bila? Kalaulah saya ditakdirkan meninggal dunia dekat sini, I want you to send my body to my family please.

"Kau gila ke? Aku tahu, kau okay je. You will be okay. Kalau tidak, aku akan pastikan kau okay."

Lucas memanggil doktor wanita yang berusia dalam lingkungan 60 an yang tinggal hampir beberapa tahun berhampiran hutan ini.

Let me in | Continues

Let me in Where stories live. Discover now