sayang

79 3 0
                                    

" 'Sayang' , satu perkataan yang kadang hanya diungkapkan semata tetapi tidak pernah hadir dalam diri. "

" Sayang tu macam mana ? " Aku mendongakkan sedikit kepala, melihat wajah insan yang aku kagumi.

" Semua yang bermakna kerna kadangkala cinta bukan untuk seorang sahaja. "

Melihat aku yang masih terpinga-pinga, dia kembali menyambung coletahannya.

" Seperti cinta kita kepada Yang Maha Esa. Tidak pernah menunjukkan diri, namun kasihnya tetap dapat dirasai. "

Dia selamba menjawab sambil menyedekahkan senyuman manis, membelai rambutku dengan lembut.

Kelopak mata yang luas terbuka makin terasa berat dengan takungan air mata. Alya lantas menutup kedua matanya bagi menghalang air mata keluar di hadapan insan tercintanya. Jantung berdetak dengan laju, diibaratkan seperti dihentam bertalu-talu.

Gerangan lelaki itu akhirnya menarik nafas sebelum meneruskan kata,

" Macam sayang abah pada Alya. "

.

Lima.

Lima perkataan yang diungkapkan itu mengundang rasa sesak secara tiba-tiba. Kini kaki tidak lagi mampu bertahan. Tubuh yang telah lama berdiri akhirnya tumbang tersujud juga ke bumi Ilahi.

Kepala tiba terasa sakit, tubuh terasa digoncangkan, Alya lantas memegang kepala yang masih berdenyut dek hanyut ke dalam fantasi diri.

Mimpi?

" Astaghfirullahalazim. "

Hanya kalimat suci itu yang meniti di bibir Alya berulang-ulang kali. Tidak putus-putus dia beristighfar kepada yang Maha Esa.

.

Sabtu , 11 Jun 2022.

Satu cerita yang terkandung seribu makna.

" Alya, belajar elok-elok tau? "

Aku menyambut tangan ayahku lalu mengucupnya lembut dengan penuh kasih sayang. Badannya aku peluk dengan erat, tidak mahu melepaskan ikatan tetapi akhirnya dileraikan.

Aku hanya tersenyum seraya membalas,

" Iya, lepas ni dah tak jumpa dah. "
" Mungkin boleh jumpa pula bulan depan sebab masa tu balik wajib. "

Asrama. Hanya membenarkan pelajar pulang pada waktu tertentu. Perpisahan yang sementara.

Tapi mungkin kali ini buat selamanya.

" Alya pun dah tak nak jumpa ayah lepasni"

Aku ketawa terkekek-kekek dengan gurauan sendiri disusuli oleh ibu yang hanya mampu memerhati telatah Si Anak dan Si Ayah.

" Eleh, iya lah tu. Nanti mulalah rindu. Entah-entah dia yang nangis. "

Ibu menyelit pembicaraan kami, bahuku ditepuk lembut olehnya.

" Tak ada lah, takkan rindunya. Selalu dia ajak kita gaduh je, takde nak manja-manja pun. " Aku mencebik.

Sedar akan waktu yang mencemburui, aku mula menyusun kata bagi mengundurkan diri.

" Okaylah. Ibu, ayah. Dah lambat ni, nak kena pergi Musolla pula nanti kena marah. Alya pergi dulu, ya? "

" Yelah, jaga diri elok-elok tau? "

Kalau dah namanya 'ibu'. Tak akan pernah lekang perkataan 'jaga diri' dari bibirnya.
Bukan apa, tapi sayang akan anaknya yang satu itu.

" Take care, Alya " Ayah juga mengucapkan pesan yang tidak sama kurangnya

" Ayah pun jaga diri. Ibu pun jangan stress sangat, tak elok. Assalamualaikum, bai ! "

Aku melambai tangan ke arah kedua ibu bapaku dengan girang. Senyuman tidak mati dari bibir sehingga susuk tubuh mereka tidak dapat dilihat.

" Waalaikumussalam. "



 "

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
unspoken thoughts - malay vers.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin