BAB 1

1.6K 18 2
                                        

JAM loceng yang berbunyi nyaring menunjukkan waktu sudah menginjak masuk ke jam 6 pagi. Raisha Imani menekup bantalnya ke atas jam loceng tersebut untuk menghentikannya daripada terus berbunyi. Seketika kemudian, jam penggera di telefon bimbitnya pula menjerit berulang kali.

Raisha Imani menutup telinganya yang bingit dengan bunyi tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Wajahnya juga diraup kasar.

"Arghh bisingnya! Berilah Sha tidur sekejap je lagi!" tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya di atas meja di sisi katil lalu dia mematikan terus jam penggera pada telefon bimbitnya.

Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 6.45 pagi. Puan Ramizah mengetuk pintu bilik anak gadisnya bertalu-talu.

"Sha, bangun! Sudah pukul berapa ini? Nanti lambat pula kamu nak ke sekolah."

Apabila tidak mendengar sebarang sahutan, Puan Ramizah terus membuka pintu bilik Raisha Imani yang tidak berkunci. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Raisha Imani yang masih lagi terbongkang tidur. Langkah kakinya laju diatur menghampiri anak gadisnya itu dan selimut yang menyelubungi tubuh Raisha Imani ditarik kasar.

"Raisha Imani! Bangun! Sudah pukul berapa ni? Pergi mandi cepat, nanti lambat pula kamu nak ke sekolah. Sudahlah hari ini hari pertama persekolahan. Tahun ini kan Sha sudah nak SPM!" leter Puan Ramizah.

Apabila melihat Raisha Imani masih lagi tidak membuka matanya, pantas tangan Puan Ramizah naik menepuk kuat punggung anaknya.

Apabila melihat Raisha Imani masih lagi tidak membuka matanya, pantas tangan Puan Ramizah naik menepuk kuat punggung anaknya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

" Aduh duh ibu, sakit! " rintih Raisha Imani. Automatik matanya terus terbuka luas dan memandang wajah ibunya.

" Haaa bangun pun. Sudah, pergi mandi! Sudah hampir pukul 7 ni. Ini Sha sudah solat Subuh ke belum? Nanti lambat pula nak ke sekolah. Bukan kamu sudah berjanji dengan Elfira dan Syafiqa ke nak pergi sekolah sama-sama pukul 7.15 nanti?"

Raisha Imani mengerling sekilas jam loceng di atas meja kecil di sisi katilnya. Matanya membulat besar apabila melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 6.55 pagi. Pantas dia bangkit daripada katilnya dan mencapai tuala serta berlari ke bilik air yang terletak di dapur.

"Alamak Sha sudah lambat! Matilah Sha kalau terlambat datang ke sekolah hari ni! " jerit Raisha Imani, lantang.

" Itulah siapa suruh kamu tidur mati lagi. Ada jam loceng itu agaknya buat jadi perhiasan je lah! "

*****

RAISHA Imani sudah siap berpakaian sekolah. Rambutnya yang panjang separas pinggang dan masih lagi basah dikeringkan dengan tuala. Tadi dia mandi sepantas yang mungkin, tidak sampai lima minit pun. Cukup dengan hanya menggosok gigi, mencuci wajah dan membilas badannya dengan sabun mandian. Selepas itu, Raisha Imani terus tergesa-gesa menunaikan solat Subuh yang sudah berada di penghujung waktunya. Sekarang waktu sudah menginjak ke jam 7.10 minit pagi, Raisha Imani terkocoh-kocoh ke dapur untuk bersarapan.

Alasan Untuk BahagiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora