"Arsel is here. Report to the criminal investigation department. Who's there?"

"Isyraf. What's up?"

Arsel angkat kepala untuk melihat keadaan Tan Sri Ayub. Kelihatan sebuah kereta wira berwarna merah lusuh menghampiri lelaki berpangkat Tan Sri itu.

"Come here with two or three members with you. No light or siren."

"Nice. Aku memang dekat dengan kawasan kau sekarang."

Nampaknya dia tahu gerangan yang berjumpa dengan Tan Sri Ayub. Walkie talkie dimatikan. Arsel mengusutkan rambutnya seketika dan dia berjalan menghampiri Tan Sri Ayub dengan membawa penyapu serta penyodok sampah. Kain penutup muka yang selalu digunakan oleh pekerja mesin rumput digayakan.

"Dalam ni ada berapa? Kau dah janji dengan kami hari ni untuk bagi 30 juta."

"200 ribu," jawab Tan Sri Ayub takut-takut.

"Penipu! Kau kata..."

"Tumpang lalu. Saya nak bersihkan sampah." Terbongkok-bongkok badannya ketika menyapu sampah di jalan bersimen itu.

"Pergi tempat lainlah. Kau tak nampak ke aku kat sini?!" Nada suara seorang lelaki yang merupakan penjenayah melengking tinggi.

"Saya buat kerja saya je, bang. Abang berdua ke tepi."

"Bagi aku settle dengan budak ni kejap."

"Tak payah. Kau jangan layan lelaki bengap ni. Kita ambil duit, lepas tu cau. Nanti bos marah!"

Arsel pijak kasut salah seorang daripada mereka berdua. "Maaf bang. Saya tak sengaja." Padahal sengaja berbuat demikian kerana ingin melengahkan masa mereka sementara menunggu Isyraf dan anggota lain tiba.

"Kau ikut aku settle dengan mamat ni. Hati aku panas dengan dia."

"Kau, Ayub. Tunggu sini. Jangan berani kau nak larikan diri. Jangan ingat aku tak tahu rumah kau. Sampai lubang cacing aku cari kau!" Leher baju Arsel ditarik oleh dua orang suspek tersebut. Dibawa dirinya ke belakang Petronas yang penuh dengan semak samun serta menghubungkan kawasan itu dengan hutan.

Dada diusap apabila badannya ditolak oleh mereka berdua. Arsel berundur setapak. "Abang berdua nak buat apa dengan saya? Saya tak nak diapa-apakan."

"Aku panas betul dengan lelaki ni. Dia bodoh-bodohkan kita dari tadi." Kolar baju dinaikkan. Jari diletupkan.

Serentak itu, mereka berdua menyerang Arsel, akan tetapi jejaka itu lebih cekap mengelak. Tajam matanya memerhati pisau belati yang dikeluarkan oleh penjahat.

"Bunuh terus." Kedengaran jelas ayat itu meniti di mulut salah seorang daripada mereka.

Kedua-duanya mara ke hadapan untuk mencederakan Arsel. Belum sempat pisau belati itu menusuk ke perut, Arsel bertindak menendang kuat tangan lelaki yang ingin membunuhnya sehingga mendesis kesakitan. Tidak cukup dengan itu, dia menyepak tulang kaki sehingga lelaki itu melutut menyembah tanah.

Saat terasa leher dijerut dari belakang oleh seseorang, lantas dia menegakkan badan. Tangan kanan diangkat tinggi lalu di siku ke wajah penyangak itu di bahagian mata.

Buk! Buk!

Dia toleh ke hadapan pula untuk berurusan dengan lelaki yang ingin menikamnya. Tanpa banyak bunyi, dijatuhkan lelaki itu secara meniarap lalu ditarik kasar lengan penjenayah itu ke belakang badan.

Gari yang tersimpan dikeluarkan untuk menggari tangan. Kaki memijak belakang si penjenayah, badan dipusingkan ke arah seorang lagi lalu ditendang wajahnya di bahagian muka.

Saat itu, dua ahli anggota tiba.

"Uruskan," arah Arsel.



"YOU did a good job, Inspector Arsel," puji Tuan Azman merangkap Timbalan Pengarah siasatan jenayah bahagian jenayah terancang.

Kepala dianggukkan.

"Tan Sri Ayub ucap terima kasih."

"I leave this case to you to plan it as best as possible," kata Tuan Azman sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut bersama Tuan Saad.

Arsel bangun dari kerusi. Skrin projektor yang memaparkan wajah dua orang penjenayah di Petronas petang tadi dipandang dan beralih pula memandang wajah anak buahnya. Mode kerja dah masuk. Wajahnya serius tanpa secalit senyuman.

"Petang tadi aku diserang oleh dua orang penjenayah. Razan, yang merupakan seorang lelaki berasal dari Malaysia dan Dachen, lelaki berasal Myanmar. Mereka berdua merupakan ahli kumpulan yang mengugut bunuh Tan Sri Ayub."

"Aku baru terima maklumat daripada salah seorang anggota kita mengenai kes Tan Sri. Mereka buat perjanjian di pelabuhan pada 28 hari bulan ni, tepat pukul 11 malam," katanya merujuk kepada perjanjian di antara kumpulan gengster dan Tan Sri Ayub.

"Jadi aku nak semua orang bersiap sedia. Jumlah mereka masih lagi tak dapat kita tahu dan masih dalam siasatan."

"Lebih daripada belasan orang?" Lans Koperal Isyraf melemparkan soalan kepada ketuanya.

Luar perbincangan mereka berdua mungkin kawan. Tapi tidak pada waktu begini. Dia perlu hormat lelaki berpangkat Inspektor itu.

"Mungkin lebih. Bahagian risikan kata, mereka mungkin bersekongkol dengan satu atau dua lagi kumpulan untuk rebut harta Tan Sri Ayub. Kalau bercampur, mungkin lebih 50 orang. Aku tak nak semua orang main-main. Ini kes serius. Boleh jadi kes pemerdagangan yang melibatkan ahli keluarga Tan Sri Ayub, jika kita terlepas pandang."

"Habis saja plan kita, aku nak semua orang pergi training. Tak ada alasan. Jangan lepak, makan gaji buta."

Isyraf tunduk kepala. Terasa diperli. Memang dituju ayat itu kepadanya.

"Siasatan ke atas dua orang suspek masih lagi dijalankan, memandangkan mereka berdua masih lagi tak buka mulut untuk beri keterangan."

"Sekarang macam mana keadaan Tan Sri, Inspektor Arsel?" kata David. Anggota siasatan jenayah berbangsa India.

"Aku minta polis bantuan untuk pantau keadaan rumah dan keluarga Tan Sri. Buat masa sekarang, aku tak dengar apa-apa lagi berita buruk daripada mereka."

Kedua tangan disilangkan ke dada. "Kita datang ke pelabuhan 30 minit awal berbanding perjanjian yang mereka buat. Sembunyi di sebalik kontena selagi boleh, biar mereka tak sedar kewujudan kita."

"Macam mana dengan Tan Sri Ayub?"

"Biarkan Tan Sri Ayub berjumpa dengan ahli kumpulan itu seperti yang dijanjikan. Tapi dalam masa yang sama, kita pantau gerak-geri mereka supaya tak ada sebarang pertumpahan darah berlaku. Follow the flow," kata Arsel memberi sepenuh penjelasan kepada anak buahnya.

"Aku akan suruh beberapa orang pasang kamera litar tertutup dan hantar beberapa orang perisik sejam lebih awal untuk pantau keadaan di pelabuhan. Tak perlu risau. Ikut apa yang aku rancangkan."

"Ada bantahan?"

"Tak ada, Inspektor," jawab mereka serentak sambil menggelengkan kepala.

"Pergi training," arah Arsel tegas.

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now