"I'm happy for you," balas Arsel tenang sambil minum seteguk air coffee.

"Bad news?" Sebelah keningnya terangkat. Nak tahu juga berita buruk apa Ezra ingin sampaikan sehingga perlu bercerita kepadanya.

Ezra bermain dengan kukunya setelah melihat reaksi tenang Arsel. "Let's end our relationship."

Dahi berkerut, tak faham. Ezra salah cakap atau dia salah dengar? Mereka berdua rapat pun tidak malah jauh sekali menjalinkan hubungan cinta. Dalam hati cuma ada satu nama yang tersimpan kemas walaupun orang itu pergi meninggalkan dirinya tanpa menjelaskan apa-apa atau salam buat kali terakhir.

"Kenapa?" soalnya tenang.

"I tak boleh teruskan hubungan kita. Bila fikirkan balik, macam mana masa depan I kalau kita kahwin? You kerja kutip sampah. Macam mana you nak sara hidup I? Lagipun, I kerja pramugari, I nak bakal suami yang kerjayanya macam I."

Dia mengangguk, faham. Belum apa-apa lagi tapi diri sudah dongak memandang langit.

"I harap you boleh terima. I know you're disappointed. I'm sorry." Safety vest yang dipegang oleh Arsel dipandang sebelah mata.

"Why should I be disappointed?"

"Because I ended our relationship," jawab Ezra dengan wajah serba salah. Berbulan-bulan dia bercinta dengan Arsel tapi hari ini dia sendiri putuskan hubungan cinta mereka.

"You're nobody to me. Sejak bila kita bercinta?" Dilihat wajah Ezra sudah memerah seperti menahan suatu perasaan. Sama ada marah atau malu, dia tak pasti. Arsel bangun dari duduknya. Ada bagusnya dia sambung kerja di Petronas daripada melayan Ezra. Dia kemudian meninggalkan gadis itu di meja sendirian.

"Zayden, you!" Nyaring suara wanita itu memanggilnya sehingga menarik perhatian orang ramai di kawasan tersebut.

Bercinta? Mengarut. Ezra anggap mereka bercinta sedangkan dia tak pernah anggap mereka berdua bercinta. Sendiri minta putus, sendiri mengamuk. Pandai-pandai saja kata mereka bercinta. Hah, lucu betul. Bercinta dengan manusia seperti Ezra pun dia tak mahu. Jika diberi pilihan sama ada mahu didenda atau berkahwin dengan Ezra. Dia tak akan pilih kedua-duanya. Senang cerita.

Arsel memperlahankan langkah saat bebola mata terpandang figura dua orang wanita sedang berjalan mendepaninya atau lebih tepat pandangannya hanya tertumpu ke arah wanita bertudung hitam. Jika tak salah, wanita itulah yang dia tunggu dan cari bagai nak gila. Lama mereka tidak berhubung satu sama lain mahupun bersua muka. Rindu.

Lama diperhati sehingga pandangan beralih setelah terdengar namanya diseru oleh seseorang. Kening diangkat tanda menyapa kawan karibnya. "Shah ke? Lama tak jumpa kau."

"Kawan sendiri kau lupa? Teruk betul, tahulah dah lama tak jumpa tapi jangan lupa aku. Aku sibuk kerja, bro. Kau kerja ke?"

Arsel angguk mengiyakan.

Shah garu kepala. Patut ke dia beritahu apa yang dia lihat sebentar tadi semasa berada di dalam mall? Takut Arsel tak selesa, tapi mulut ini laju saja ingin membuka cerita. Hati juga membuak-buak ingin meluah setelah melihat figura Arsel di depan mata.

"Kau kenapa?"

"Errr... tadi aku nampak bekas tunang kau dalam mall," beritahunya. Wajah Arsel dipandang, menanti reaksi yang bakal terpancul di wajah lelaki ini, tetapi hanya segaris senyuman dilemparkan kepadanya.

"Aku nampak juga tadi."

"Lama aku tak nampak dia. Baru balik ke?" Setahunya wanita itu sibuk bekerja tapi tak tahu kerja di mana. Tak pernah nak tanya kerana dia hanya berkawan rapat dengan Arsel, bukan dengan bekas tunang lelaki ini. Tak pernah terlintas di fikiran untuk bertanyakan tentang pekerjaan wanita itu. Asalkan cari rezeki halal, cukuplah.

Secret Moon [TERBIT]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant