Mas Mawais: Kami akan bantu kamu mengalahkan Vitreous dan dapatkan semula Elemental Gempa.

Kemudian,setiap satu dari penguasa asal Elemental itu melutut dihadapan Elemental BoBoiBoy,macam pahlawan yang berhadapan dengan raja sebelum pertabalan.

Tak lama lepas itu,Voltra mengubah posisi dia.Dia duduk dengan jarinya bertaut antara satu sama lain,menyandar kehadapan dengan riak wajah muka yang bosan.

Voltra: Baik,aku tak maafkan.

Ayat yang keluar dari mulut Voltra membuat semua yang berada dalam bilik itu tersentak kecuali Elemental BoBoiBoy.

Kuputeri: M-Maaf,apa maksud kamu?

Beliung: Korang minta maaf.Ya,bahagian korang dah selesai.

Magma:Pshh...Dia ingat senang-senang kita nak maafkan dia.

Blizzard:Membosankan.*yawn*

Balak dan Gamma hanya diam.

Voltra: Tanggungjawab kau memang kena minta maaf,tapi untuk maafkan korang,itu adalah hak kami. Hak BoBoiBoy. Sama ada dia terima maaf kau,itu terpulang pada dia.

Mereka semua nampak panik seketika sebelum Balak menyambung.

Balak: Vitreous dah hampir bunuh kami. Bunuh BoBoiBoy. Dan disebabkan itu jugak,Atok-...King Balakung kehilangan nyawa dia. Kalau akulah,memang agak susah nak kawal diri aku bila punca semua ni berlaku ada dekat depan mata.

Serentak dengan itu,mereka boleh nampak Akar Berduri yang terapung dibelakang Balak.

Tunggu masa saja Akar itu boleh menikam mereka.

Voltra:*nonchalant* Balak,kawal diri kau. Kita bukan pembunuh.

Balak: Aku tahu.

Voltra:*light sigh* Okay sekarang,semua dah settle,mari kita pergi dan fikirkan rancangan macam mana nak kalahkan Vitreous.

Elemental BoBoiBoy kemudiannya bangun dan berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu seolah tiada apa yang berlaku.

Meninggalkan penguasa asal Elemental yang kaku disitu.

.

.

.

.

.

.

.

Seketika kemudian,di infirmary Stesen TAPOPS~

.

.

Fang: Tak ke rasa yang kau agak kasar,Voltra?

Voltra:*minum air* Heh,apa yang aku buat tak sesakit apa yang kita semua dah lalui.Diaorangkan 'orang besar'?Pandai-pandailah diaorang buat apa yang patut.

Fang mengeluh kecil sebelum memandang Elemental yang lain.Kecuali Gamma,mereka semua dah pudar sampai Fang boleh nampak secara terus dari mereka.

Fang: Bukan ke kau nak percayakan penguasa asal Elemental?Apa yang buat kau tukar fikiran?

Voltra:*sigh* Ochobot kata,ada satu cara lagi yang dia boleh buat untuk pastikan kitaorang n kekal sampailah Vitreous dikalahkan. Dan ya,sebenarnya aku tak nak pun percayakan mereka. Lepas semua ni selesai,aku tak nak berhubung langsung dengan Satriantar.

Fang: Cara yang macam mana tu?

Voltra:*angkat bahu* Tak tahu.Ochobot akan bagitahu nanti.

Mereka dihuni kesunyian sekejap sebelum mata Voltra teralih pada Gamma yang hanya diam sejak dia bangun tadi.

Trauma (BoBoiBoy)Where stories live. Discover now