Wali

2.1K 4 1
                                    

Kandungan:

 

·         Pengertian wali

·         Pembahagian wali

·         Susunan wali

·         Jenis-jenis wali

·         Wali hakim

Siapa dia wali?

·         Pemelihara atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang dinikahkan.

·         Wali merupakan salah satu di antara syarat sah nikah.

·         Sesuatu perkahwinan tidak akan sah sekiranya tidak melibatkan wali dari pihak perempuan.

 

Jenis-jenis wali

·         Wali secara umum (wali mujbir & bukan mujbir)

·         Wali secara tidak umum (wali nasab & hakim)

Susunan wali

1.       Bapa

2.       Datuk sebelah bapa

3.       Saudara seibu sebapa

4.       Saudara sebapa

5.       Anak lelaki seibu sebapa hingga ke bawah

6.       Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas

7.       Bapa saudara sebapa hingga ke bawah

8.       Anak bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah

9.       Anak bapa saudara sebapa hingga ke bawah

10.   Hakim (sultan) atau wakil yang dilantik seperti qadhi

Pembahagian wali

·         Wali akrab ialah wali yang paling hampir dengan perempuan yang akan melangsungkan pernikahan (selain dari bapa dan datuk).

·         Wali ab'ad ialah wali yang jauh dengan perempuan yang akan melangsungkan pernikahan (selain dari bapa dan datuk).

-Untuk menjadi wali perkahwinan mestilah didahulukan yang lebih akrab kemudian barulah wali ab'ad

  sekiranya tidak ada wali akrab lagi.

·         Wali hakim ialah jurunikah yang bertauliah dari pejabat qadhi. Ia juga bermakna Ketua Negara Islam atau wakilnya (imam).

Bila wali hakim boleh menjadi wali?

·         Ketika tidak ada wali (keturunan). Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali."

·         Wali enggan mengahwinkan, walaupun wali mujbir (bapa dan datuk). Sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.

·         Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar solat iaitu kira-kira 60 batu dan ketika itu tidak ada wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan itu akan dinikahkan.

·         Wali itu sendiri yang berkahwin dengan perempuan itu, seperti anak bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali, tetapi dia sendiri yang berkahwin dengan sepupunya itu dan tidak ada wali lain yang sedarjat dengannya.

·         Sekiranya perempuan yang sudah baligh tapi gila, sekiranya tidak ada wali mujbir (bapa dan datuk).

·         Wali di dalam tahanan (penjara) dan tidak dapat dihubungi.

·         Wali bersembunyi (tidak diketahui di mana ia berada).

·         Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia berada.

·         Wali akrab tidak cukup syarat sebagai wali.

Wali Mujbir

·         Bapa atau datuk sekiranya bapa sudah tidak ada. Kedua-duanya berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa meminta izin daripada gadis tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Namun disunatkan untuk meminta izin terlebih dahulu.

Wali bukan Mujbir

·         Wali perkahwinan bagi yang bukan ank dara atau perkahwinan itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk yang mewalikannya. Dalam keadaan ini wali tidak boleh mengahwinkannya tanpa meminta izin.

Syarat-syarat sah bapa atau datuk mengahwinkan anak dara tanpa izin

·         Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya (perempuan itu)

·         Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suaminya.

·         Sekufu atau setaraf di antara bakal suami isteri.

·         Bakal suami sanggup membayar mahar dengan tunai.

Syarat-syarat tambahan

·         Hendaklah mahar yang sebanding (mahar mithil)

·         Hendaklah maharnya dari matawang dalam negeri.

·         Bakal suami bukan dari orang yang akan menyusahkan bakal isteri seperti buta dan lain-lain.

Munakahat (Nota Syariah I)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें