Chapter 2

377 73 4
                                    

TERMENUNG. Itu yang dibuat oleh si isteri. Tiada apa lagi yang dia mampu buat ketika ini. Tangannya mengusap perut. Bibir terukir senyuman lebar teruja.

Tidak sabar untuk melahirkan anak. Mengenangkan memori yang bakal tercipta setelah mempunyai anak adalah memori yang ditunggu-tunggu. Pastu memori itu paling bahagia.

Disebabkan itulah, si isteri langsung tidak putus asa meskipun dugaan sepanjang mengandung ini berat. Baginya, setelah penderitaan, pasti akan ada kebahagiaan.

Bosan mula hantui diri. Si isteri menuruni tangga dengan berhati-hati. Dia mahu berjalan keliling kampung untuk menghilangkan segala kebosanan yang ada.

Sepanjang perjalanan itu juga lah, dia terpaksa mendengar buah mulut orang mengata menghinanya. Semua itu ditepis dari terus bermain di fikiran. Semua kata-kata hinaan itu hilang apabila si isteri melihat bunga-bunga cantik.

Lembut dia menyentuh bunga itu. Tersengih lebar dibuatnya. Si isteri mencabut sekuntum bunga dan dibawa bersama. Seorang gadis menghampiri si isteri. Mereka membalas senyuman antara satu sama lain.

Si isteri memberikan sekuntum bunga tadi kepada si gadis itu lalu dia mengucapkan terima kasih. Sekian masa berlalu, si gadis memandang perut si isteri.

"Agak-agak anak kau lelaki atau perempuan?"

"Aku mahu lelaki. Nanti dia boleh tolong aku dan Rae."

"Kalau perempuan boleh jaga kau dan Rae."

"Kalau macam itu, dua-dua lah!"

Si isteri dan si gadis itu menghamburkan ketawa. Tidak lama, tawa si isteri mati apabila melihat seekor ayam. Dia mula rasa dahaga. Si isteri mengejar ayam itu. Sekali gus meninggalkan si gadis di belakang. Si gadis memanggil si isteri namun si isteri tidak langsung mendengar mahupun menoleh.

"Haus... Haus..." ujar si isteri sambil berlari mengejar ayam. Semakin lama, semakin laju lariannya.

Terasa sesuatu membara dalam hatinya. Penuh kegeraman. Kuku kembali menjadi tajam dan kehitaman. Naik turun dadanya bernafas.

Gigi taringnya sungguh tajam. Si isteri menghentikan langkahnya. Dia tersengih sinis melihat ayam yang semakin jauh darinya.

Si isteri mendengus kasar. Selepas itu, menjerit sama seperti bunyi harimau. Serta-merta ayam yang berlari lintang-pukang itu terhenti langkah dan terbaring ke atas tanah.

Satu demi satu langkah si isteri mendekati ayam yang terbaring itu. Sekali cakaran, darah mengalir mengotorkan tangan. Si isteri mula meminum darah.

Kulit dan bulu-bulu ayam disiat lalu dicampak ke tepi. Daging ayam yang masih mentah itu dimakan oleh si isteri sehinggalah semuanya tinggal tulang.

Tangan yang kotor dengan darah itu menyapu mulut. Seperti biasa, si isteri akan menjilat darah-darah yang masih tersisa di tangan.

Tiba-tiba seekor lagi ayam lalu. Dengan penuh tajam, mata si isteri menerkam ayam itu. Mata berubah menjadi merah menikam ayam. Dan ayam itu akhirnya terbaring mati di atas tanah.

Kasar si isteri menarik ayam itu. Belum sempat si isteri mahu minum darah ayam, bunyi seseorang merintih sakit menarik perhatiannya. Si isteri bangun dan mencari punca bunyi itu.

Bunyi orang menangis semakin jelas. Si isteri berhenti di tengah jalan. Dia menoleh kiri kanan. Matanya tertumpu ke arah pokok besar.

"Keluar."

Tiada hasil.

"Kalau kau tidak mahu keluar, aku akan makan kau!"

Sama. Tiada hasil. Bunyi dengusan marah, menakutkan lagi mangsa. Perlahan-lahan si isteri bergerak ke arah pokok besar itu.

SOULWhere stories live. Discover now