'Kalau ya pun nak minta maaf, janganlah sampai goda aku. Dia tak tahu ke aku ni perempuan ayu yang cepat tergoda.' Bisik hatinya. Aish masih lagi diam tidak membalas Zharil.

"Little girl.." Panggil Zharil namun tiada balasan.

"Little girl?" Zharil kerutkan dahinya. Sekali lagi dia memanggil Aish.

"Sayangku Aish Qayla?"

Mendengar nama penuhnya dipanggil, dia terus menoleh memandang Zharil. Kini mata mereka saling berpandangan. Terlihat Zharil yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Aish menunjukkan wajah marahnya. "Ya, Dr Zharil Darriz. Dr nak apa?" Dia bersuara dengan rasa marah ditahan-tahan.

"Aku nak kau"

"Huh?!"

"Aku cakap, aku nak susu tu."

"Hish! Cakap lah kuat sikit lain kali." Aish bangun dari baringnya mengambil susu yang sudah sejuk itu. Susu itu kemudian diserahkan kepada Zharil. "Nah."

"Thank you sayang." Senyuman Zharil berikan kepada Aish. "Aku minta maaf eh?" Pintanya lagi.

Aish memberi jelingan tajam. "Ye lah, saya maafkan. Jangan buat lagi. Saya ni isteri Dr bukan orang lain. Kecuali lah Dr yang anggap saya ni orang lain."

"Okay Witch." Zharil mengenyitkan mata kanannya.

~~~~~~~~~

Hotel yang mewah itu dihiasi dengan bunyi kasut tumit tinggi. Rambut dihayunkan mengikut rentak lenggok badannya yang cantik dengan pakaian dress yang singkat. Mata yang dihiasi dengan bulu mata melentik itu tidak lepas dari memberikan pandangan menggoda.

Marissa melangkah memasuki lif hotel sambil mengambil sesuatu dari dari beg tangan mahalnya. Telefon dibuka dan nama seseorang dalam kenalannya ditekan.

"Mana dia ni?" Dengan kening dikerutkan dia melihat panggilannya yang tidak diangkat. Terbuka sahaja pintu lif dia terus melajukan langkahnya mendekati pintu bilik 631. Tangan dimasukkan ke dalam beg tangan mengambil kad bilik hotel itu. Terlihat lelaki yang berumur sedang duduk memandang ke luar tingkap kaca yang besar dengan hanya memakai bathrobe sambil meneguk air haram apabila dia membuka pintu bilik itu.

"U! Kenapa u tak angkat call i?!" Marahnya sambil melangkah mendekati lelaki itu. Dia memandang lelaki itu atas bawah dengan dahi dikerutkan. Lelaki tadi mengangkat pandangannya memandang Marissa yang sudah berdiri di sebelahnya. Senyuman manis lelaki itu lakarkan.

"Kenapa u marah-marah ni baby? Sapa yang buat u marah ni?" Gelas diletakkan di atas meja dan menarik tangan mulus Marissa ke arahnya. Ribanya menjadi sasaran Marissa untuk diduduk. Dia memusingkan badan Marissa menghadapnya. Pipi mulus Marissa dielus lembut. Tangan mulus Marissa diangkat mendekati bibirnya. "Just forget about that. Let's have fun tonight." Senyuman nakal diberikan kepada Marissa. Dia mengisi gelas kaca itu dengan air haram sebelum gelas itu disuakan kepada Marissa.

Air haram tadi diteguk Marissa sehingga habis. Air haram sudah menjadi air kegemarannya dan menjadi kewajipannya untuk minum setiap hari. Badan Marissa diangkat oleh lelaki itu dan diletakkan di atas katil. Tiba-tiba telefon lelaki itu berdering. Dia bergerak ke meja semula mengangkat panggilan yang diterima.

"Hello, Dato Halim. Don't forget about our discussion this evening. I hope u do as u promised." kedengaran suara dari corong telefon.

"No problem. I'm man with my word." Panggilan dimatikan sebelum dia melangkah ke katil yang bersaiz king itu.

~~~~~~~~~

Aish menyediakan makanan sarapan pagi sebelum dia pergi ke universiti. Tangan naik mengikat rambut gaya messy bun sambil bergerak ke dapur mengambil nasi yang digorengnya untuk dihidangkan di atas meja depan. Dalam dia menyusun makanan terlihat Zharil yang sedang mendaki turun tangga menuju ke arah meja makan. "Morning Dr." Senyuman diberikan kepada Zharil.

"Morning." Balasnya sambil tangan menarik kerusi.

"Dr nak minum apa? Coffee, tea or orange juice?" Dengan masih memakai apron bunnynya, Aiah berdiri disebelah Zharil.

"Coffee please." Aish terus melangkah semula ke dapur untuk membuat air Zharil.

Aish keluar dari dapur bersama mug berisi coffee. Mug diletakkan di hadapan Zharil. Dia mengisi nasi goreng ke pinggan Zharil sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Zharil. Matanya tidak lari daripada memandang jejaka tampan disebelahnya dengan tangan diletakkan di bawah dagu. "Yes or nah?" Soalnya teruja sebaik sahaja nasi gorengnya selamat mendarat ke dalam perut Zharil.

Zharil memandang wajah teruja Aish. Hatinya terasa tenang melihat senyuman manis Aish sehingga dia melakar senyum nipis tanpa sedar. Terlihat Aish yang membuat muka pelik melihatnya terus dia mematikan senyuman. "Ehem! What, nasi ni?" Pura-pura tidak faham soalan Aish. Namun soalan dijawab dengan aggukkan Sahaja. "Erm...not bad lah."

Aish sudah membuat muka kecewa. "Esok buat lagi macam ni. Jangan buatkan untuk lelaki lain. Only me." Sempat dia berpesan sebelum melangkah keluar rumah.

~~~~~~~~~

Universiti

"So, jadi kan petang ni?" Tanya Aish ingin kepastian. Dia belum memberitahu Zharil untuk keluar petang ini namun dia pasti Zharil akan membenarkannya keluar.

"Mestilah jadi. Aku dah kosongkan perut aku ni untuk makan petang ni tau. Kau jangan tak jadi pula." Amaran diberikan kepada Aish. Sanggup Zahra tidak makan pagi semata-mata mahu makan sepuasnya waktu celebration nanti. Tidak lama itu pintu kelas dikuak dari luar. Masuk seorang jejaka tampan dan wanita jelita ke dalam kelas itu. Kelas itu dipenuhi dengan bunyi hentakan kasut tumit tinggi Marissa.

"Morning Dr. Zharil. Morning Miss Marissa."

"Morning. So class, saya akan ambil cuti untuk seminggu sebab hal peribadi so Miss Marissa yang akan ganti tempat saya sementara saya cuti. Then feel free to ask her for help about my subject." Terangnya sebaik sahaja dia masuk bersama Marissa. Mahu tidak mahu, dia perlu berkerjasama dengan Marissa bagi menyelesaikan masalah di syarikatnya. Dia perlu menyelesaikan masalah syarikat dengan secepat mungkin sebelum syarikat itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Aish melakukan tugasan yang diberikan oleh Zharil namun matanya tetap fokus memandang ke hadapan. Pandangannya tidak lari dari memandang gerak-geri gedik Marissa yang berada disebelah Zharil dengan meletakkan tangan kanannya dibelakang kerusi yang Zharil duduki.

Marissa mengangkat kepalanya dan melihat Aish. Dia tersenyum kemenangan melihat wajah tidak puas hati Aish sebelum dia menaikkan tangan kirinya memegang bahu Zharil.

Zharil yang seakan terasa ada tangan yang menjalar di bahunya terus memandang Marissa. Mata tepat menikam anak mata Marissa dengan wajah serius ditayangkan. "Move your dirty hand off me." Pelan sahaja suaranya namun tegas.

Melihat wajah serius Zharil terus membuatkan Marissa berasa takut. Tangan terus dia jatuhkan kebawah dengan memberikan senyuman sengih ke arah Zharil. "I'm sorry."

"Okay class, time's up. Thank you class." Zharil berdiri dari duduknya sambil memasukkan MacBooknya ke dalam beg.

"Thank you Dr. Thank you Miss Marissa."

Zharil melangkah keluar tanpa menoleh Marissa yang berada di belakangnya.

Zharil Darrizحيث تعيش القصص. اكتشف الآن