"Saja, Radwa nak kemas novel-novel dan semua barang dalam bilik tu nak bawa ke rumah Ridz nanti" tenang Husniya Radwa menjawab soalan ibunya.

Pulang saja dari Italy, dia terus meminta Thariq menghantar dia pulang kerumah keluarganya untuk mengemas semua barangan yang masih tersisa disitu. Sudah lima hari dia menetap disini semenjak Thariq Ridzuwan pergi operasi. Katanya operasi itu akan memakan masa selama seminggu atau lebih.

Rindu rasanya kepada lelaki itu, terasa sunyi hidup dia apabila tiada lagi suara Thariq Ridzuwan yang sering mengusiknya. Padahal dulu tak adalah sesunyi ini.

"Kenapa? Kamu memang taknak balik sini dah ke? Dah berkahwin nak lupakan tanggungjawab dekat umi dengan abah yang bagi kamu makan dari kecil ni?" Kata kata Puan Rozita membuatkan suapan Husniya terhenti.

"Radwa tak pernah lupakan tanggungjawab Radwa pada umi dengan abah" tegas Husniya Radwa.

"Habis tu? Kenapa nak kemas semua macam dah taknak balik sini?"

"Umi yang minta Radwa kemas semua barang Radwa dan keluar dari rumah ni bila dah berkahwin kan?" Husniya Radwa mengerutkan keningnya, lupakah ibunya itu? Dia yang meminta Husniya Radwa mengemaskan semua barangan nya dulu.

"Biarlah umi, dia nak keluar dari rumah ni, memang itupun yang kita nakkan? Ada dia ke takdak ke tak ada beza pun, asyik terperap dalam bilik je" sinis Husnifa Ridha yang baru masuk ke dapur.

Husniya Radwa hanya diam, malas mahu melayan karenah kakaknya. Aku terperap dalam bilik pun sebab korang, bila aku keluar bilik asyik nak ajak berperang je bila terperap dalam bilik kata malas.

"Kau kalau berkahwin dengan si Zafir pun dah senang hidup kau, kau berkahwin dengan tentera pun gaji sikit buat apa?" Kata-kata Husnifa mengundang jelingan tajam dari Husniya Radwa.

"Sekurang-kurangnya suami aku tak mengemis harta mak bapak dia, dan kau kalau tak tahu berapa gaji suami aku, jangan buat kepala tahu" perli Husniya Radwa pula.

"Hey abang Razi kau tak mengemis harta mak bapak dia!"

"Ada aku sebut nama dia ke? Tak ada kan? Kalau suami kau kaya sangat, minta dia belikan rumah satu, bukan tinggal dengan rumah mertua sampai mati"

Pang!

"Jaga mulut kamu Radwa! Ini kakak kamu!" Marah Puan Rozita, tangannya terketar ketar setelah menampar wajah anak keduanya.

Wajah Husniya Radwa yang terteleng ketepi itu perlahan-lahan memandang uminya. Wajahnya kosong, penampar? Dia dah kena lebih dari itu. Sepak terajang, di baling dengan benda tajam dan keras, dikurung, di rotan semua itu dia sudah lali sejak kecil.

Husniya Radwa berdiri sebelum bergerak ke sinki, tangan dan pinggannya dibasuh sebelum dia meletakkan pinggan itu di rak. Wajah Husnifa yang tersenyum sinis itu dipandang seketika.

"Serve you right" bisik Husnifa Ridha apabila Husniya Radwa berjalan melintasinya.

Namun adiknya itu hanya diam berjalan melintasinya menuju ke tingkat atas.

"Umi dah call Zafir ke?" Soal Husnifa apabila memastikan Husniya sudah naik ke tingkat atas.

"Dah, Razi tak balik ke harini?" Soal Puan Rozita kepada anak sulungnya.

"Razi balik lewat sikit, biasalah dia sibuk sikit sekarang" tipu Husnifa walhal dia sendiri tidak tahu kemana suaminya pergi.
_______________________________
Husniya Radwa yang baru selesai mandi melihat wajahnya di pantulan cermin. Jelas kesan luka di hujung bibirnya akibat ditampar oleh Puan Rozita.

Commando's: His Treasure (TERBIT)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن