Thariq terduduk diatas katil, lepas satu, satu bala yang datang, kepalanya dipicit perlahan.

'Honeymoon hampir hancur dah mat'

Pintu bilik air dibuka sebelum Husniya Radwa melangkah keluar. Rambutnya dikeringkan menggunakan hair dryer yang disediakan.

Thariq Ridzuwan menelan liur melihat wajah sembab itu. Pasti Husniya Radwa menangis di dalam bilik air.

Haih, hubungan mereka baru sahaja membaik.

"Treasure" Thariq bangun mendekati isterinya.

"Stop there" arah Husniya tegas, wajahnya lansung tidak di pusing menghadap Thariq Ridzuwan.

Terhenti langkah Thariq mendengar suara beku itu. Masalah!

"Treasure, dengar dulu apa yang abang nak cakap"

"Radwa nak tidurlah abang, letih" kata Husniya sebelum meletakkan hair dryer itu, suis ditutup. Tuala disangkutkan semula pada penyangkut dan kaki melangkah ke katil.

Hancur plannya nak ajak Thariq keluar ambil angin petang ni!

Thariq hanya mengeluh melihat Husniya Radwa yang sudah menarik selimut itu. Dia perlu memberi masa agar isterinya tenang terlebih dahulu.

Macbooknya dikeluarkan untuk mencari maklumat tentang lelaki bernama Zafir itu, sementara menunggu waktu asar. Jam macbooknya dilihat, lebih kurang 40 minit lagi akan masuk waktu asar, sempatlah dia mencari serba sedikit maklumat tentang lelaki itu.

Matanya tajam memerhati setiap baris maklumat itu. Tiba-tiba suara Dahlia Batrisyia terlintas difikirannya.

"Syafiq selalu tunggu Husniya depan rumah sewa lama kami tapi kau jangan risaulah sebab Husniya dah pindah duduk rumah parent dia sementara tunggu majlis korang"

"Yang kau perlu risau sekarang si Zafir, dia selalu datang cari Husniya dekat pengkalan, itu yang aku risau, sebab aku jarang ada di pengkalan sekarang, so aku tak boleh nak selalu tolong tengokkan dia"

"It's about that guy named Zafir, aku baru teringat yang aku pernah nampak dia masa majlis kau dekat hotel malam tu, masa kau tembak dia, dia pakai topeng kan? But when Hafiz show us his real face, i know he is the one at your wedding" kata kata Tengku Adrean mula bermain difikirannya.

Zafir? Adakah mereka orang yang sama? Atau mereka cuma mempunyai nama yang sama?

Thariq memicit pangkal hidungnya, stress! Dia tidak tahu adakah itu lelaki yang sama atau tidak memandangkan dia tidak pernah melihat Zafir yang sering menganggu Husniya Radwa.

"Allahuakbar" azan dari telefonnya mula berkumandang. Thariq tersedar dari lamunannya, sebelum dia segera bangun menuju ke katil.

"Treasure, wake up" Thariq mengejutkan Husniya, kaki gadis itu dipegang lembut.

Perlahan lahan Husniya mencelikkan matanya.

"Bangun, solat asar, dah masuk waktu" kata Thariq lagi. Husniya hanya mengangguk sebelum dia bangun menuju ke bilik air.

Thariq Ridzuwan hanya mengeluh apabila keadaan isterinya masih seperti tadi.

Sejadah dihamparkan dan telekung milik Husniya diletakkan diatas katil sementara menunggu gilirannya untuk mengambil wudhuk.
____________________________________
Husniya menunduk menyalami tangan Thariq Ridzuwan.

"Radwa minta maaf"

Thariq Ridzuwan terkedu mendengar kata kata isterinya, tangan gadis itu digenggam erat.

"Radwa sepatutnya dengar penjelasan abang, bukannya abaikan abang, I'm sorry" kata Husniya Radwa lagi, dia tidak mahu menghancurkan percutian mereka dengan perangai tak semengahnya.

"No, kalau abang dekat tempat sayang pun mungkin abang akan buat perkara yang sama, because i've once betrayed you in the past, so it's normal for you to doubt me" Thariq mengusap kepala isterinya.

"It's all in the past, sekarang Radwa nak fokus pada masa depan kita" Husniya Radwa tersenyum ikhlas.

"Yang call abang tadi.." terhenti kata-kata Thariq Ridzuwan apabila Husniya Radwa meletakkan jarinya dibibir pink itu.

"I trust you" kata Husniya sambil memandang kedalam mata lelaki itu.

"But.."

"Trust you is my decision, and prove me wrong is yours" potong Husniya Radwa lagi membuatkan Thariq Ridzuwan tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Can i request something from you, treasure?"

"Yeah sure, what is it?"

"Someday, if we fight and don't talk to each other, let's keep our ego aside and get back together. I can't bear losing you"

"Insyaallah abang, i can't promise that i'll never leave you, kita tak tahu apa akan jadi di masa depan." Dia memang tidak suka berjanji perkara begitu, siapa tahu takdir tuhan, mungkin akan terjadi sesuatu yang akan menyebabkan mereka perlu berpisah?

"I love you treasure, always be and always will, in the past, in the present and in the future insyaallah"

Kali ini giliran Husniya Radwa yang terkelu, inilah kali pertama Thariq Ridzuwan mengeluarkan kalimat itu sejak mereka sah menjadi suami isteri.

"I hate you too abang" balas Husniya sambil tersengih kecil, dia masih malu.

"Mana aci macam ni" muka Thariq sudah berubah masam.

"Aci dekat India" seloroh Husniya sebelum dia bangun membuka telekung.

Thariq menjeling tajam sebelum melipat sejadah yang mereka gunakan.

"Jom keluar abang, boring la" ajak Husniya sambil
memandang kearah Thariq Ridzuwan yang masih melipat sejadah dengan wajah masam.

"Taknak, pergilah sendiri"

"Betul?"

Thariq hanya diam tidak membalas.

"Okey!" Husniya mula memilih bajunya untuk dipakai.

"Jangan nak mengada! Tunggu abang mandi dulu" Thariq segera mencapai tualanya untuk mandi.

"Eh tadi suruh pergi sendiri?" Usik Husniya Radwa sambil tergelak kecil.

"Diamlah"

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now