Kelihatan hologram Laksamana Tarung dengan muka garang memandang mereka berdua.

L.Tarung: Ini kerja kamu berdua? Duduk di kampung pun kena bangun awal!! Baru boleh jadi anggota TAPOPS yang cemerlang! Faham?!?

G&F: F-F-Faham laksamana!!

L.Tarung: Sudah!! Saya hubungi kamu untuk beritahu yang TAPOPS akan tutup untuk sementara!! Ada masalah teknikal!

Sai: Laksamana!! Kami tak cukup orang untuk angkat barang!!

L.Tarung: Kejap!!

BoBoiBoy: Apa sebenarnya yang jadi laksamana?

L.Tarung: Sebenarnya.....ada meteor sesat hentam stesen TAPOPS. Kami sekarang dalam proses untuk baik pulih stesen.

K.Kokoci: Sementara kami tengah sibuk,dan memandangkan kamu semua tengah cuti,anggaplah cuti kamu ditambah!!

Panggilan ditamatkan. Mereka bertiga memandang sesama sendiri sebelum berjoget sakan macam kera dapat bunga.

Gopal: Cuti lagi lama!! Yahoo!!

Fang: Takde latihan tempur dengan abang aku!! Wohoo! Hambik ko!

BoBoiBoy: Itu bermakna percutian kita di kampung dipanjangkan!!

Gopal dan Fang melutut kerana mereka masih kena duduk di kampung dan bukannya kembali ke Pulau Rintis.

Gopal: Kenapa? Kenapa dunia ni sungguh kejam?!

Fang: Donut....lobak merahku...

BoBoiBoy: *roll eyes* Drama king..

Pintu rumah diketuk. Ada seorang wanita tua di hadapan rumah T.Dalang.

Opah: Alang! Oh Alang! Aku nak minta tolong kau tukar bumbung rumah aku ni!

BoBoiBoy membuka pintu rumah dan disapa dengan senyuman tua Opah.

BoBoiBoy: Maaf makcik. T.Dalang takde kat sini. Dia tidur kebun malam tadi.

Opah: Iye? Takpelah kalau macam tu. Opah nak minta tolong tukarkan bumbung rumah tadi.

BoBoiBoy: Saya boleh tolong.

Opah: Kamu ni siapa? Opah tak pernah nampak pun?

BoBoiBoy: Saya BoBoiBoy. Saya baru sampai di kampung ni. Kawan saya orang kampung ni jadi saya menumpang tidur di rumah T.Dalang untuk seketika.

Opah: Ohh. Kau boleh tolong tukarkan bumbung?

BoBoiBoy: Boleh.

Opah: Terima kasihlah.

BoBoiBoy memakai kasut selipar yang disediakan dan berjalan bersama Opah ke rumah sebelah.

Opah: Opah pergi ambik tangga kejap. Kau tunggu sini.

Opah berjalan ke belakang rumah untuk mengambil tangga. Sementara menunggu,BoBoiBoy memerhatikan keadaan sekeliling.

BoBoiBoy: "Elok jugak rumah ni. Walaupun rumah kampung,tapi cantik."

Opah kembali dengan tangga.

Opah: Zink ada di bawah rumah. Paku dan alatan pun ada.

BoBoiBoy: Baik makcik.

BoBoiBoy meletakkan tangga di dinding dan mengeluarkan atap zink dan alatan pertukangan dari bawah rumah.

BoBoiBoy: "Kejap!! Takkan aku sorang je kena buat semua ni?" Kejap makcik! Saya panggil kawan-kawan saya sekali untuk tolong saya!!

BoBoiBoy berlari ke rumah T.Dalang dan dapati mereka berdua dah terbongkang tidur balik.

BoBoiBoy: 💢💢💢

DUSH! DUSH! DUSH!

BoBoiBoy kemudian kembali bersama Gopal dan Fang yang bangun dengan keadaan ekstrem.

BoBoiBoy: Inilah kawan-kawan saya.

Opah: Opah tak pernah tengok muka korang sebelum ni.

Fang: Baru datang sini.

Gopal: Dey,cepatlah mula. Boleh aku sambung tidur balik.

BoBoiBoy: Tak habis-habis tidur kau ni.

BoBoiBoy menaiki tangga satu-persatu dengan tukul di tangannya manakala Gopal dan Fang membantu dia dari bawah.

Skip tikar bumbung sebab author malas nak cerita.

Mereka dah selesai menukar bumbung rumah Opah.

BoBoiBoy: *lap peluh* Dah siap opah.

Opah: Terima kasihlah ya. Susahkan korang je.

BoBoiBoy: Takdelah susah mana pun. Kan korang?

Gopal dah lama larikan diri ke dapur untuk sarapan manakala Fang mandi air yang tak berapa sejuk.

BoBoiBoy: Laju betul diorang ni.

Selepas selesai membantu Opah, BoBoiBoy berjalan ke rumah Liya. Sesampainya dia di sana,kelihatan ada banyak parcel berada di hadapan rumah Liya.

BoBoiBoy: Banyaknya parcel. Liya! Oh Liya!!

Pintu dibuka. Kelihatan Liya yang baru bangun dengan air liur basi dan mata sebam.

Liya: *yawning* Pagi-pagi buta dah datang ni.

BoBoiBoy: Pagi? Dah nak tengah hari ni.

Liya: Mm......apa?!?!

BAM!!

Liya: Habislah!! Aku belum siap kerja aku lagi ni!!

Liya kelam-kabut mandi dan bersiap, meninggalkan BoBoiBoy keseorangan di luar.

BoBoiBoy: Nak sedih ke apa ni?

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum