Bab 2

10.6K 889 43
                                    

MAHU tersembul biji mata Eliza jadinya apabila dengan selamba Izaan mengambil 5 batang aiskrim Magnum. Pastu tambah pulak dengan keropok yang dekat 3 beg tu. Lepastu tambah lagi dengan benda entah apa-apa. Eh mamat ni! Ambil kesempatan nampak!

"Woi! Sudah-sudah lah! Kau nak ambik banyak mana lagi?" marah Eliza. Boleh bankrup aku kalau macam ni!

"Okay dah." Bakul yang berisi snek ringan pilihan Izaan itu diletakkan di atas kaunter.

"Kau ni memang-"

"RM31.50."

Okay ni lagi nak terkeluar biji mata Eliza jadinya. Mata terus memandang Izaan di sebelah yang hanya beriak selamba. Ya Allah, sumpah rasa macam nak sepak je lelaki sebelah dia ni.

Dompet berwarna biru dikeluarkan. Beberapa keping not berwarna merah ditarik dari dompetnya itu lalu dihulurkan kepada cashier. Wah duit ku! Melayang untuk lelaki tak guna ni!

Setelah melakukan pembayaran, mereka keluar dari ruangan koperais. Eliza terus membaling plastik yang berisi makanan itu kepada Izaan.

Cepat-cepat lelaki itu tangkap plastik tersebut. "Eh main baling-baling makanan pulak."

"Kau diam! Dah la cekau duit aku dekat RM30 lebih. Dah la. Farah, jom balik!" Langkah kaki dihentak dengan kuat tanda tidak puas hati. Farah hanya mengikut sahaja langkah kaki Eliza itu.

"Kau cekau duit dia dekat RM30?" tannya Razif kepada Izaan.

"Haah. Nak?" Satu bungkusan aiskrim Magnum disua kepada Razif.

"Tak apa lah. Kau makan jelah. Jom balik. Harini driver kau ambil kau lagi ke?"

"Yup. Motor aku tak siap baiki lagi," balas Izaan. Langkah kaki dibawa menuju ke pagar sekolah.

***

"ASSALAMUALAIKUM bu, Liza dah balik," ucap Eliza lembut sebaik sahaja dia mula menjejakkan kaki ke dalam rumahnya itu.

"Lambat harini Liza balik," ujar Puan Dahlia.

"Ni Liza ada belikan lauk dekat kedai. Boleh lah kita makan." Bungkusan plastik yang berisi beberapa jenis lauk itu diangkat sedikit.

"La, kenapa kamu beli? Habis la duit kamu tu. Nanti kamu nak makan apa dekat sekolah?" kata Puan Dahlia risau.

Eliza tersenyum mendengar kata-kata ibunya itu. "Tak apa bu. Lagipun, Eliza pun kerja jugak kan? Duit gaji tu ada lagi."

Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah bayi lelaki yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tangan kecil adiknya itu dicuit sedikit. Comel!

"Susu Eshan ada lagi ke bu?" tanya Eliza sambil matanya masih lagi ralit memandang ke arah bayi tersebut.

"Ada lagi sikit. Kamu tak perlu risau la. Kamu fikir pasal sekolah kamu je. Soal duit tak perlu risau. Ibu akan usaha cari. Lagipun kalau tak cukup, abang kamu tu ada. Dia pun kerja jugak kan." ujar Puan Dahlia.

Kesian tengok anak perempuannya ini yang turut bertungkus-lumus cari duit untuk keluarga. Balik dari sekolah, lepas siap mandi, makan, solat apa semua, terus Eliza bergerak ke tempat kerjanya. Lepas balik, terus sambung belajar. Dia yang tengok pun jadi penat, apatah lagi Eliza ni. Dengan tahun ni nak SPM.

Eliza bangun dari duduknya. "Tak apa lah bu. Eliza tak kisah pun kena cari duit untuk kita ni. Alang-alang tu, boleh guna untuk tampung kos belajar Liza pulak."

Puan Dahlia melepaskan keluhannya.

"Jaga-jaga waktu pijak lantai bilik kamu tu. Ada kayu yang rapuh. Ada ibu dah tanda dengan marker merah," pesan Puan Dahlia.

"Ye bu." Dia berjalan menuju ke bilik. Pintu kayu yang sudah usang itu ditolak.

Rumahnya tak seindah rumah orang lain. Dia hanya duduk di rumah kayu yang sudah usang hasil dari peninggalan arwah ayahnya. Bilik pun tidur berlandaskan toto sahaja. Tiada katil. Belajar pun duduk atas lantai sahaja. Tapi dia bersyukur. Asalkan ada tempat untuk berteduh.

Tali leher dilonggarkan lalu disangkut di sebelah cermin. Blazer mula ditanggalkan. Ah panas betul pakai blazer tu! Tapi dekat sekolah mestilah tak terasa panas kerana sekolahnya itu ada penghawa dingin!

Dia bersekolah di sekolah separuh swasta, separuh kerajaan. Tapi lebih kepada swasta. Faham tak? Haha jangan risau, dia pun pening jugak dengan sistem sekolah sendiri.

Macam mana dia boleh masuk sekolah tu walaupun dari keluarga yang miskin?

Simple.

Melalui biasiswa yang dia cuba dapatkan dengan belajar bagai nak mati waktu sekolah rendah semata-mata untuk masuk sekolah idamannya ini. Rezeki menyebelahinya apabila dia berjaya masuk ke dalam sekolah tersebut.

Tapi mahupun begitu, masih ada jugak perkara yang dia perlu bayar guna duit sendiri. Lepastu, dia pun kena ada duit untuk beli makanan dekat kantin. Dah la harga kayangan. Well, sekolah anak orang kaya. Macam tu lah.

Walaupun ada biasiswa, tapi duit tu banyak digunakan untuk bayar bil elektrik, air. Kemudian untuk tampung beli susu, lampin adiknya lagi dan juga kos perubatan kerana adiknya itu menghidap penyakit berkaitan jantung.

Pelbagai ubat-ubatan perlu dibeli dan juga untuk tampung kos ulang-alik ke hospital memandangkan jarak hospital dari rumah mereka agak jauh dan mereka juga tiada pengangkutan sendiri.

Nak harap gaji abangnya pun tak cukup kerana abangnya hanya bekerja sebagai pembantu gerai burger pada waktu malam dan sebagai penoreh getah pada waktu pagi dan siang hari.

Setelah siap mandi dan solat, dia mula menyiapkan diri untuk ke kerja.

"Liza tak nak makan dulu ke?" tanya Puan Dahlia apabila melihat anaknya sudah berada di muka pintu itu.

"Liza baru perasan yang Liza dah lambat pergi kerja. Tak sempat lah bu."

"Kalau macam tu, ibu simpan sikit lah lauk tu. Nanti lepas balik kerja boleh makan."

"Eh tak payah lah bu. Bagi lah abang dengan Elisa makan. Diorang mesti lapar. Tambah-tambah Elisa tu."

Elisa. Adik perempuannya yang berumur 7 tahun. Dia bersyukur kerana adiknya itu sangat memahami keadaan keluarga. Jadi, dia tak banyak meminta.

"La, nanti kamu lapar la," ujar Puan Dahlia risau.

"Tak apa bu. Dekat tempat kerja, Liza makan la apa-apa buat alas perut," kata Eliza pula bagi menghilangkan rasa gundah di hati si ibu.

Puan Dahlia melepaskan keluhannya mendengar kata-kata Eliza itu. "Ye lah. Hati-hati pergi kerja tu."

Senyuman terukir di bibir Eliza. Tangga dituruni satu persatu.

"Liza dah nak pergi kerja ke?" tanya Emir, abangnya yang baru sahaja pulang dari menoreh getah itu. Selalunya abangnya pulang nak dekat Maghrib. Tapi harini awal pulak.

"Haah. Awalnya abang balik harini."

"Tangan abang terseliuh. Tak boleh nak menoreh."

"La, macam mana boleh terseliuh? Tak apa lah. Balik nanti Liza singgah la farmasi beli ubat ke apa ke," kata Eliza risau.

"Tak payah lah dik. Abang okay je. Dah pergi lah kerja. Hati-hati tau." Pesanan disisipkan buat si adik.

Eliza pula rasa risau tengok keadaan abangnya. Perlahan-lahan langkah kaki dibawa ke stesen bas.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now