Izaan memerhatikan sahaja gelagat dua gadis tersebut.

"Aku ingatkan kau dah habis bergaduh pasal benda ni dengan Eliza. Rupanya tak habis lagi? Rasanya, dari tingkatan 1 lagi macam ni. Kau ni tak bosan ke asyik gaduh dengan dia je?" soal Razif.

Bukannya dia tak tahu yang Izaan dengan Eliza ni menjadi academic rival sejak mereka berdua mula menjejakkan kaki ke dalam sekolah ni. Diorang ni memang akan bergaduh sebab keputusan peperiksaan sampai universiti ke?

"Well, its fun to see her angry face," balas Izaan. Tangan dimasukkan ke kocek seluar.

"Jangan fun sangat Izaan. Nanti tak pasal-pasal kau tersuka dia."

"Gila kau? Aku dengan minah tu? Lambat lagi." Cepat-cepat Izaan bangkang. Erh, tak sanggup nak bayang dia dengan Eliza. Dah la tak sebulu!

"Okay. Kita tengok nanti," ujar Razif pula. Langkah kaki menyaingi Izaan.

"Dia ni macam mendoakan aku je. Dasar punya member." Dia berjalan mengikuti langkah Razif itu tanpa banyak berkata.

***

"TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar kerana sudah selesai ujian awal tahun. Kamu semua dah tengok ke kedudukan dalam tingkatan tu?" Anak muridnya satu-persatu diperhatikan.

"Dah." Satu kelas bergema dengan jawapan dari pelajar.

Miss Rania tersenyum mendengar jawapan tersebut. Matanya melilau mencari seseorang.

"Tahniah kepada Izaan kerana berjaya dapat nombor 1 dalam kelas dan juga tingkatan. Give him a round of applause." Tepukan gemuruh diberikan tapi tidak bagi Eliza. Tak ingin nak tepuk untuk lelaki tu!

"And for Eliza.."

Badan Eliza terus menjadi tegak apabila namanya diseru. Wajah guru kelasnya itu dipandang.

"Don't be sad. Nombor 2 pun okay. Next ujian ada lagi jadi jangan sedih sangat ye," pujuk Miss Rania lembut.

Dia tahu yang kedua-dua anak muridnya itu sering bersaing di antara satu sama lain. Jadi, sokongan perlu diberikan kepada mereka apabila kedudukan mereka jatuh agar mereka tidak merasa terlalu sedih.

Selalu jugak dia ingatkan bahawa hidup ini seperti roda. Tak selalu kita berada di atas. Ada kalanya, kita dibawah dan ada kalanya kita berada di atas. Pesanan itu selalu disisipkan buat anak muridnya agar tidak hilang semangat dalam melalukan apa jua perkara.

"Baik miss. Saya akan usaha lagi. Lebih dari apa yang patut." Wajah Izaan yang duduk tidak jauh darinya itu dipandang dengan pandangan tajam. Kau tunggu Izaan!

Izaan yang merasakan dirinya diperhatikan itu menoleh memandang ke arah Eliza. Senyumam terukir di bibirnya.

Eliza yang melihatkan senyuman itu terasa macam nak ketuk je kepala mamat tu. Menjengkelkan! Sakit hati tengok muka lelaki tu! Muka yang menjadi penyumbang stress terbesar dalam hidup dia. Rasa macam nak pergi lunyaikan saja muka tu. Aman hidup.

Entah dah kenapa ramai sangat perempuan minat dia. Muka macam beruk dekat rumah dia. Tapi rasanya, beruk lagi elok dari muka si Izaan ni. Ah! Sakit hati!

"Kau nak ronyokkan buku tu sampai terkoyak ke Liza? Hampir nazak dah aku tengok buku tu," tegur Farah apabila melihat kertas yang digenggam oleh Eliza itu sudah hampir mahu koyak. Geram sangat Eliza ni.

Eliza mengalihkan pandangannya ke arah buku yang berada di hadapannya itu. Kertas yang digenggam terus dilepaskan. Haih, nasib kau la wahai buku oi dapat tuan macam aku ni, huhu.

***

"I win this time so you better treat me like what you promise me last year," ujar Izaan yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu. Izaan meletakkan tangan kanannya di atas meja gadis tersebut.

Dengan pantas Eliza menolak tangan lelaki tersebut dengan kotak pensilnya. "Eh jangan letak tangan kau atas meja aku! Tak pasal-pasal aku kena letak Clorox dekat tempat yang kau pegang tu!"

Izaan menggulingkan bebola matanya. Macam lah jijik sangat tangan dia tu.

"A promise were not meant to be broken Eliza. Remember that?"

"Ish, ye lah! Sakit telinga aku dengar suara kau tu. Hah cepat, aku beli benda yang dekat koperasi je eh? Lebih-lebih memang aku sepak kau," kata Eliza geram. Beg digalas.

Benda tahun lepas pun nak kait lagi ke dengan sekarang ni? Kata new year,new me. Buang lah benda benda dari tahun lepas tu.

"Farah kau ikut aku! Jangan nak biarkan aku sorang-sorang dengan mamat gila ni. Razif, kau pun ikut sekali." Eliza memberikan arahan lalu dia berjalan keluar dari kelas dulu.

"Tunggu lah aku!" jerit Izaan.

Farah memandang Razif manakala Razif memandang Farah.

Razif menjongketkan kedua-dua bahunya. "Ikut je lah diorang tu. Tak ikut kang, mengamuk."

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now