Upin: Akak Liya!!

Liya,penduduk Kampung Durian Runtuh dan juga seorang penulis novel menyapa mereka.

Liya: Kamu semua tengah makan?

Mail: Haah.

Ipin: Akal buat apa tu?

Liya: Akan tengah menulis novel.

Ehsan: Novel?

Liya: Haah. Akak sebenarnya takde idea jadi akak saja bersiar-siar di sekitar kampung. Mana tahu kalau idea datang mengejut.

Mail: Banyak ke duit akan dapat?

Liya: Banyak jugak. Er....ada dalam 5 ke 7 ribu.

Ehsan: Banyaknya!!!

Mail: Wah....!!

Upin: Kau mana boleh jual novel dua seringgit!!

Ipin: Betul betul betul! Takde siapa nak beli kalau macam tu!!!

Mail: Aku tahulah!

Liya ketawa melihat gelagat Upin dan Ipin dan kawan-kawan mereka.

Liya: Uncle,roti canai dua,teh o ais.

U.Muthu: Wokey!!

Di tempat lain pula,di stesen keretapi kelihatan jejaka-jejaka hero kita telah selamat sampai ke pekan.

BoBoiBoy: Ah~ Akhirnya sampai jugak.

Mereka bertiga kepenatan selepas keretapi mengalami sedikit kerosakan teknikal dan menunggu selama 3 jam.

Gopal: Urgh!! Sakit belakang aku..

Fang: Apa kita nak buat sekarang BoBoiBoy??

BoBoiBoy: Korang tunggu kejap. Aku beli tiket bas untuk kita.

Gopal: Cakap pasal bas,mana stesen bas?

BoBoiBoy: Tu...

BoBoiBoy tunjukkan stesen bas yang berada beberapa blok dari stesen keretapi.

Gopal: Kena jalan lagi?!? Alamak...!! Aku dah tak larat!!

BoBoiBoy: Jomlah Gopal! Ada kedai air kat sana tu!

Gopal: *bersemangat* Jom!!

Fang: Sebut kedai air je,terus bangun kau ya.

Mereka bertiga melintas jalan menuju ke stesen bas. Sementara menunggu tiket bas,Gopal sempat membeli semua jenis air yang ada manakala Fang tercari-cari donut lobak merah tapi tak jumpa.

Gopal: *srrrut* Sedapnya air ni!

Fang: Takde donut lobak merah kat sini.

BoBoiBoy: Korang!! Aku dah beli tiket bas! Bas kita dekat sana tu. Jomlah...

Mereka bertiga menaiki bas yang menuju ke Kampung Durian Runtuh. Bas memulakan perjalanan dengan lancar tetapi menemui masalah di pertengahan jalan.

(Author: Kalau ada sesiapa yang ingat movie Upin Ipin yang pertama? Yang mereka jumpa Opet? Macam tulah masalahnya.)

Sekarang mereka tersadai di tepi jalan kerana tayar has yang pancit. Pemandu bas buka tempat simpanan dan Gopal ingat dia nak keluarkan tayar spare dan alat tukar tayar tetapi sangkaannya salah. Rupanya pemandu bas keluarkan kerusi malas dan payung untuk dia berehat.

Gopal: Kenapa?!

Fang: Kenapa apa Gopal?!

Gopal: Aku ingat pemandu bas nak tukar tayar! Rupanya dia keluarkan kerusi malas dan payung untuk dia rehat!!

BoBoiBoy menjenguk keluar tingkap dan ternyata betul apa yang Gopal cakap. Dia memanggil pemandu bas tersebut.

BoBoiBoy: Pakcik!! Berapa lama nak kena tunggu ni?!

Driver: Sampai esok...

BoBoiBoy: Erk! Esok!? Jauh tak Kampung Durian Runtuh dari sini?

Driver: Tu....

Ada papan tanda menunjukkan arah Kampung Durian Runtuh dan jarak yang tinggal.

BoBoiBoy: Korang,jom kita jalan.

Fang: Bukan jauh ke?

BoBoiBoy: Kalau pakai cara biasa memang jauh.

Mereka berdua faham apa yang BoBoiBoy cuba sampaikan. Mereka bertiga turun dari bas dan berjalan ke Kampung Durian Runtuh, meninggalkan bas yang pancit tayarnya di tepi jalan.

Setelah agak lama berjalan dan takde siapa yang kelihatan,BoBoiBoy hasilkan pusaran angin mini untuk mereka bertiga naik.

Gopal: Terbaiklah BoBoiBoy!!

Fang: Nasib baik kita turun dari bas tu.

BoBoiBoy: Tulah. Jom.

Mereka bertiga naik pusaran angin tersebut menuju ke Kampung Durian Runtuh.

SKIP TIME

Gopal: Kita dah sampai!!!

Mereka bertiga telah sampai di Kampung Durian Runtuh. Kini mereka berada di warung U.Muthu untuk hilangkan penat dan dahaga perjalanan mereka padahal naik pusaran angin.

Gopal: Uncle,bagi saya teh o ais,teh tarik,coklat susu,susu kocak,air laici, sirap bandung laici dan kopi ais!!

U.Muthu: Wokey siap!!

BoBoiBoy: Wei! Kenapa kau order banyak sangat?! Siapa nak bayar?!

Gopal mengeluarkan dompet dan menunjukkan isi dalamnya yang tebal dengan kertas berwarna biru, merah,jingga,hijau,cyan dan ungu.

Gopal: Nampak?

Fang: Kau rompak bank mana ni?

Gopal: Bila masa aku rompak bank? Aku menang tournament game sebab tu aku dapat duit banyak ni!!

BoBoiBoy: Patutlah tadi kau yang bayar sendiri minuman dekat stesen bas.

U.Muthu sudah siap membancuh air dan hidangkan pada Gopal. Sampai penuh meja dengan gelas.

U.Muthu: Adik berdua mau makan apa?

BoBoiBoy: Takpe uncle. Kitorang tak lapar pun. Uncle tahu tak kat mana rumah Tok Dalang?

U.Muthu: Rumah Tok Dalang? Kenapa?

BoBoiBoy: Saya sebenarnya datang ke sini sebab bercuti. Kawan-kawan saya ikut sekali jadi......saya ingat nak tumpang di rumah kawan atok saya.

U.Muthu: Ohh. Hm.....rumah dia tak jauh dari sini. Adik ikut jalan tu,terus kemudian belok kiri. Terus lagi belok kanan dan kat situlah rumah dia.

BoBoiBoy: Terima kasih uncle.

Sedang mereka berehat,ada seseorang datang dengan motor lama menghantar durian dua bakul. Gopal dengan hidung yang tajam terhidu bau durian.

Gopal: Durian Duri Hitam! Durian Musang King! Durian D-24!!

T.Dalang: Muthu!! Ni aku bawak durian!!

U.Muthu: Letak situ!!

BoBoiBoy memandang lelaki berumur yang memakai kopiah dan berselipar. Dia teringat gambar yang T.Aba tunjukkan padanya sebelum bertolak.

BoBoiBoy: T.Dalang?

T.Dalang: Hm? Ada apa?

BoBoiBoy: Memang atok!! Atok kenal T.Aba tak?

T.Dalang berfikir sejenak sebelum tersenyum gembira.

T.Dalang: Aba?!? Kau ni cucu dia ke?

BoBoiBoy: Haah. Saya BoBoiBoy. Ini kawan saya Gopal dan Fang.

T.Dalang mengambil kerusi dan duduk bersama mereka.

Berjumpa dengan T.Dalang,setel!! Lepas ni apa pulak?

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now