١٨

1.1K 40 2
                                    

Alunan syahdu yang dipasang bagi mengimarahkan majlis persandingan itu sungguh indah.Dewan yang dihiasi dengan tema putih emas itu terlihat sungguh elegant.

Tengku Muhammad Ismail yang segak berpakaian sut berwarna putih itu menanti dengan penuh debar di dada.Ya,dia dan gadis istimewa nya telah selamat di ijab kabul.Majlis ijab kabul hanya dibuat kecil sahaja.

Pintu dewan yang tertutup itu dibuka oleh pembantu disitu.Tengku Muhammad Ismail yang duduk terus berdiri tegak tatkala matanya menangkap figura gadis yang elok berdiri dengan sejambak bunga ditangan.

My princess.

"Kehadiran insan yang istimewa dipertemukan dalam pelbagai keadaan.Tangkapan cinta bukan hanya dari mata tetapi dari mata hati.Sesungguhnya ciptaan takdir pertemuan aku dan kamu hanya sebuah kemalangan.Andai tuhan mentakdirkan bahagia ku berakhir dengan mu maka aku amat berterima kasih pada ilahi"

Kaki yang tersarung kasut tumit tinggi itu berjalan perlahan melewati karpet merah yang terbentang.Debar di dada masih terasa.Masih terngiang lagi akan suara garau yang mengucap namanya.

"Tengku Muhammad Ismail Bin Tengku Haji Salleh"

"Ya saya"

Lelaki yang menawan hatinya hanya dengan kata-kata.Lelaki yang romantiknya sungguh luar biasa.Lelaki yang bakal bawa aku ke jannah dan dia lelaki yang bakal imankan aku.

"Aku nikahkan dikau dengan Aisy Humaira Binti Tuan Borhan dengan mas kahwin seribu ringgit tunai serta senaskhah al-quran"

"Aku terima..."

Dia gadis yang pernah sakit kerna lelaki.Dia gadis yang sungguh istimewa pada mata yang tepat.Dia gadis yang pertama buat aku jatuh cinta tanpa sedar.

"Aisy Humaira Binti Tuan Borhan dengan mas kahwin seribu ringgit tunai serta senaskhah al-quran"

Gadis yang bakal aku habiskan sisa waktu bersamanya.Gadis yang akan aku imankan.

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Seusai mengaminkan doa,Aisy Humaira bersandar di tepi katil.Walaupun penat tapi bahagia lebih menguasai hatinya.Jari jemari yang merah dihujung itu diteliti dengan senyuman di bibir.Leka akan membelek jarinya tanpa sedar Aisy terlelap sendiri.

Tangan yang leka mengesat air pada rambut terhenti apabila matanya tertacap pada kepala seseorang di tepi katil itu.Kakinya melangkah ke arah isterinya senyuman nipis terukir dibibirnya melihat gadis itu ketiduran.

"Penat nya dia" bisik Tengku Ismail perlahan.Tangan naik menepuk lembut sisi kepala Aisy Humaira.

Hanya memakai kain pelikat serta plain t-shirt berwarna putih, Tengku Ismail menanggalkan telekung yang masih tersarung pada tubuh Aisy.

Tangannya mengaut lembut belakang badan isterinya lalu diletakkan di atas katil bersaiz besar.Selimut ditarik sehingga ke bahu isterinya.Ubun-ubun Aisy dicuim lembut.

"Tidur lena,sayang"


Aisy Humaira memandang pelik rumah mewah di hadapannya ini.Sudah 10 kali dia menanyakan kepada encik suami akan rumah ini tapi jawapan yang masuk ke halwa telinga adalah

"Rahsia"

Hampeh.

"Aih sayang takkan nak tercegat kat situ je?" Soal Tengku Ismail yang elok bersandar di pintu rumah.

Aisya hanya senyum nipis sebelum melangkah ke arah Tengku Ismail.

"Encik Tengku tak jawab soalan saya lagi,rumah siapa ni?" Soal Aisy Humaira.

Tangan kecil Aisy tenggelam dalam genggaman tangan kekar itu sebelum kekura tangannya dicium lembut.

"Abang,you should start call me abang"

"Jawab soalan Aisy dulu"

"Our house sayang"

Hehe,sorry for to long not update jadual i padat and assignment macm kereta api.Bab ni pendek je sebab ni je mampu ku korek dari otak serebrum sereblum dan medula oblongata.

Tq for scroll 📜 🤍

Don't forget to vote ⭐ and comment 📝

Nah love:

🤍🤍🤍

Btw tq for 4k reader🧸🤍

My husband Encik Tengku Where stories live. Discover now