BAB 1

8 0 0
                                        

Bang bang bang

Kedengaran tiga das tembakan dilepaskan kearah seorang lelaki berkot hitam. Laju lelaki berkot hitam tersebut berlari menyelamatkan dirinya namun tembakan tersebut terkena pada seorang wanita yang kebetulan lalu bersebelahan dengannya.

"Arghh sakitttt!!!" Jerit wanita tersebut apabila merasa kesakitan pada bahu kanannya.Tangan kiri menutup kesan tembakan dibahu kanannya bagi mengelakkan darahnya keluar dengan banyak.

Tidak lama selepas itu keadaan kembali normal apabila tidak lagi kedengaran bunyi tembakan, lelaki yang berkot hitam tadi keluar dari celah kereta kereta yang diparking disitu lalu menghampiri seorang wanita yang kelihatan menahan sakit dibahu kanannya. Tanpa membuang masa lelaki tersebut mendukung wanita itu dengan gaya bridal. Nak telefon ambulans? Memang taklah, Farrel Aydan ni bos.

Farrel mendukung wanita tersebut lalu meletakkan wanita itu ke dalam perut kereta mewahnya. Lalu laju sahaja kereta tersebut memecut laju memecahkan suasana dimalam tersebut memandangkan jalan raya yang kosong dan tidak ramai orang disekitar kawasan tadi.

"Tahan, sikit lagi nak sampai" tangan kanannya sibuk mengawal stereng keretanya manakala tangan kirinya menarik helaian tisu yang berada terlekat diatas lalu diberikan kepada wanita tersebut. 'Tisu? Seriusly? Apa dia fikir darah yang keluar ni sikit ke?' Getus hati wanita tersebut.

"Nah kau ambik ni dulu sumbat dalam lubang tembakan tu dulu, pekak ke apa kau ni?" Melihat wanita tersebut tidak memberi apa apa respon selain mengerutkan keningnya. Farrel memberhentikan keretanya dibahu jalan raya dan membantu wanita tersebut dengan mengumpal tisu tisu menjadi bebola lalu disumbatkan kedalam lubang tembakan tersebut.

"Arghhhh pedihhhh lah bangang" berdesing telinga Farrel tatkala ayat tersebut meluncur keluar dari bibir wanita tersebut. Tangan kekar Farrel berhenti dari menyumbat tisu kedalam lubang tembakan tersebut. Lalu dengan geramnya dia memecut laju kereta tersebut sehingga melanggar lampu isyarat yang berwarna merah.

"Woi pandu perlahanlah sikit, kau nak mampos awal ke hah?!" Jerkah wanita tersebut apabila berasa gerun dengan pemanduan berani mati oleh Farrel. Hey hey Farrel Aydan ni bos jangan main main okay?.

"Diamlah perempuan!!" Tengking Farrel apabila wanita tersebut tidak henti henti dari menjerit meminta perlahankan keretanya.

"Wey kau nak mati awal ke? Kalau kau nak mati awal jangan bawak aku oii, kesian ahh sikit dekat aku, aku tak kahwin lagi tau?!" Jerit wanita tersebut dengan nada yang geram.

"Okay fine, kalau macam tu kau keluar sekarang" lalu kereta tersebut diberhentikan dibahu jalan raya. Sambil anak matanya menikam tepat kearah wanita yang bertudung litup tersebut.

"Kau bergurau ehh?" Ayat tersebut meluncur keluar tatkala sistem penglihatannya melihat keadaan diluar yang penuh dengan pokok pokok tinggi dan jalan yang gelap suasana yang amat menyeramkan.

"Ada nampak muka aku bergurau?" mendatar sahaja suara Farrel tatkala menutur ayat itu berserta wajahnya yang bengis amat menyeramkan sekali.

"Boleh tak kau jangan main main? Kau fikir nyawa aku ni boleh beli dekat kedai runcit ke?" Geram wanita tersebut apabila melihat lelaki tersebut seakan akan tidak kisah dengan nyawanya.

"Okay kalau kau nak aku bawa kau ke hospital kau perlu minta maaf dulu dengan aku" Senafas sahaja Farrel menutur kata kata tersebut sambil dia membuka telefonnya takut takut anak buahnya mendapat apa apa maklumat dari kejadian serang hendap keatasnya tadi. Tapi tak tahu nak kata nasib baik ataupun nasib malang. Nasib baik dia sepat menyelamatkan diri dan nasib malang apabila dia perlu menghadap wanita yang bermulut laser.

'Menyesal betul aku bawa minah ni, kalau tak, tak perlu aku tadah telinga dengar dia menyumpah dekat aku, haishh tak bersyukur betul minah ni aku yang hesmes ni tolong dia' getus hati Farrel.

Tanpa banyak melayan kerenah wanita yang sedang merengek disebelah, Farrel menekan pedal minyak lalu laju sahaja kereta mewah tersebur melunjur membelah jalan raya. Tidak jadi dia mahu tinggalkan wanita tersebut disitu apabila dia mendapat mesej dari seorang anak buahnya yang mengatakan bahawa ada musuhnya yang mengekori keretanya.

"Allahhu akhbar" terpacul keluar ayat tersebut apabila Farrel membawa kereta secara tiba tiba dengan kelajuan yang maksima.

"Aku terpaksa hantar kau ke tempat lain." Kata Farrel apabila melihat wanita tersebut seperti terpinga pinga.

"Tapi kenapa?" Tanya wanita tersebut dengan gementar.

"Aku terpaksa, keadaan mendesak, jadi aku tak boleh hantar kau ke hospital. Aku kena hantar kau ke tempat lain, faham?" Terang Farrel dengan rasa rimas. Rimas dengan wanita tersebut yang banyak tanya. Wanita tersebut terus berdiam diri apabila mendengar kata kata Farrel itu.

Selepas beberapa minit, mereka tiba jua di destinasi. Tanpa membuang masa Farrel terus mengheret wanita tersebut memasuki rumahnya yang menjadi tempat dia bergiat melakukan apa sahaja seperti menyiksa anak buah musuhnya, menyimpan senjata api, dan juga tempat sebagai dia melakukan latihan bertumbuk dan menembak.

"Eh kau nak bawak aku masuk sekali ke?"Tanya wanita itu sambil menarik lengannya yang dipaut kemas oleh Farrel.

"Kau nak hidup atau tak nak?"

"Hidup"

"Then masuk cepat, aku nak rawat luka kau tu" Farrel menarik pantas lengan wanita itu. Lantaklah kalau nak tercabut pun aku boleh bayar.

"Tapi kenapa bawa aku balik rumah kau pulak?, oh kau nak menunjuk yang kau ni orang kayalah hah?, lepastu kau nak perangkap aku?,lepastu kau call Jais?, lepastu Jais datang serbu rumah ni, lepastu kena tangkap basah?, lepastu kena kahwin dengan kau? Macamtu??" bunyi suara wanita tersebut membebel membuatkan telinga Farrel memerah. Merah telinganya kerana dituduh sebegitu rupa walaupun dia lelaki dan dia ada nafsu namun dia tidak lagi jadi bodoh untuk buat semua itu!. Dia tidak pernah langsung menyimpan perasaan terhadap mana mana perempuan kerana sudah perit. Perit dipermalukan didepan khalayak ramai oleh bekas tunangannya.

"DIAMMMM!!!!" Bergema rumah agam tersebut apabila Farrel menjerkah wanita itu yang tidak habis habis membebel.

"Mak Jah!, oh mak Jah!." Laung Farrel memanggil pembantu rumahnya. Mak Jah sudah lama berkhidmat dengan keluarga Farrel  ketika lelaki itu masih lagi kecil. Jadi sebab itulah kenapa Farrel mengambil Mak Jah sebagai pembantu rumah khasnya, kerana sudah terbiasa dengan wanita yang berusia tersebut.

"Farrel, ada apa Farrel?" Tanya Mak Jah dengan lemah lembut. Tiada panggilan 'Tuan' untuk Farrel kerana Farrel sendiri yang menyuruh wanita itu tidak menggunakan panggilan 'Tuan'  dihadapan namanya. Dia tak nak rasa bongkok nanti.

"Mak Jah boleh tak rawat minah senggal ni?" Lalu diheretnya lengan wanita tersebut kearah Mak Jah.









❚•TIMELINE•❚

Start: 9 Februari 2025
End: 10 Februari 2025
Updated: 9 Februari 2025

-WARNING-

No part of this work may be pirated, stored for reproduction or altered in any form or by any means without written permission from the author. The characters found in this work are the creative result of the writer. Similarly, the cover illustration is the creative result of the illustrator alone. It has nothing to do with a living or dead -Author

MRS. FARREL AYDANWhere stories live. Discover now