What If #10

81 14 11
                                    

"Itu... Beomgyu nak confess kat seseorang!"





Saat ini juga, aku merasakan ketidaksenangan hati. Hati aku bagai nak berkecai bila dengar yang Beomgyu nak confess. Pada siapa?





Sejujurnya, aku dalam dilemma. Patut ke aku tengok atau pergi dari sini? Kalau aku nak tengok juga Beomgyu meluahkan perasaannya pada seseorang, yang sakit di sini mesti aku.




Tapi kalau aku pergi dari sini, mesti Beomgyu akan kecewa sebab sahabatnya-iaitu aku-tak ada di sini. Jadi inikah sebabnya kenapa Beomgyu suruh aku datang sendirian ke sekolah? Sebab dia dah rancang sesuatu nak confess pada seseorang.





Tapi kenapa Beomgyu tak nak bagitahu yang dia nak confess pada seseorang? Kenapa tak bagitahu yang selama ni dia sukakan seseorang?




Beomgyu, aku ingat kita ni kawan.





Okey, tenang Aivey. Jangan sampai aku nangis kat sini. Aku kan kawan Beomgyu. Kawan kena support kawan, kan?




"Excuse me.." aku cuba menyisipkan badan di antara pelajar-pelajar ini sampailah aku berada di depan. Di sini, aku melihat dengan jelas. Beomgyu berada di tengah, menjadi pusat tumpuan. Aku lihat, ada seorang gadis bersamanya.





Aku sangatlah terkejut bila melihat siapa pelajar perempuan itu. Jadi, selama ni Beomgyu sukakan...





"Bunga ni untuk seseorang. Tau kan apa maksud bunga ros merah ni?" aku mendengar suara Beomgyu berkata demikian.





"Aku dah lama pendam perasaan aku. Nasib baiklah ada seorang kawan aku ni, dia yang bantu aku untuk sedar dan bangkit. Disebabkan dia, aku dapat keyakinan nak confess hari ini."






Jangan-jangan..kawan yang Beomgyu maksudkan itu ialah aku?






"Aku tak nak pendam perasaan ni lagi. Aku, Choi Beomgyu, nak cakap yang aku suka-"






Tak, aku tak sanggup nak dengar. Aku sangat tak sanggup. Belum sempat pun aku dengar Beomgyu habiskan kata-katanya, aku sudah pergi dari situ. Aku menghilangkan diri dari kerumunan itu.








Niatku sebelum ini hendak ke perpustakaan sekolah terhapus begitu saja. Hilang mood aku pagi-pagi macam ni. Hati aku sangat sakit melihat kejadian sebentar tadi.







Betul lah cakap orang. Jangan pernah sukakan sesiapa jika dia ialah kawan kita sendiri. Buktinya, ia baru saja berlaku padaku. Akhirnya aku tewas dengan air mata. Aku dah tak dapat menahan lagi. Air mata yang sudah lama bertakung akhirnya mengalir ke pipi.







Entahlah ke mana kaki ku membawa diriku. Yang penting aku semakin menjauh dari kerumunan tadi. Aku yakin, Beomgyu mesti dah luahkan perasaannya pada gadis yang dia sukai selama ni. Dan aku sangat yakin, mesti gadis itu juga menerimanya.








Hei, siapa je yang berani nak menolak cinta Beomgyu? Gadis itu sangat bertuah kerana Beomgyu menyukainya. Lagi-lagi hati aku bertambah sakit bila memikirkan kejadian tadi.






Sesakit inikah rasanya kalau cinta bertepuk sebelah tangan?








Beomgyu, maafkan aku. Ini semua memang salah aku. Salah aku sebab dah terlanjur menyukai kau. Sepatutnya aku harus kawal perasaan aku, tapi aku gagal. Perasaan cinta pada seseorang memang tak dapat dikawal, bukan?








What If | Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now