Bab 14 : Terhalang

Start from the beginning
                                    

    “KAMU SEMUA NI PENIPU! KENAPA KAMU SEMUA TAK NAK BAGITAHU HAL SEBENARNYA KEPADA KAMI!? MENTOR YANG BERIBAWA LAH KONON!”

    “KAU DAH MELAMPAU RUDY!”

Ejen Leon segera datang ke arah Rudy untuk melempangnya. Ejen Bakar dan Karya memegang bahu  Ejen Leon agar dia tidak dapat menghampiri Rudy. Ejen-ejen muda lelaki turut menarik bahu Rudy yang ingin berjalan ke arah Ejen Leon. Kedua-duanya tidak boleh bersabar lagi, sekali marah hilang terus iman di dada.

    “Bawa bertenang Leon, dia budak lagi. Sabar,” pujuk Ejen Bakar. Dia tidak sangka yang kawannya akan bertindak sebegini. Mungkin akibat stress, kawannya itu tidak dapat mengawal emosi dirinya.

Rudy dan Ejen Leon menatap mata antara satu sama lain. Kedua-dua mereka ni memang berdarah panas, jadi tak peliklah kalau mereka berdua bergaduh.

...

Keempat-empat mentor sedang duduk di satu meja yang besar untuk berbincang, tetapi masing-masing hanya mendiamkan diri macam tiada apa yang berlaku.

    “Ejen Leon, saya tak sangka yang awak ni sanggup bertindak kasar pada budak-budak. Ini contoh yang tidak baik sebagai seorang mentor,” pesan Ejen Geetha. Dia memang mengatahui yang keadaan sekarang ni sungguh tegang sampai buat orang stress. Tetapi sebagai mentor, Ejen Leon harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

    “Maafkan aku Geetha. Aku sedar yang aku tak boleh kawal diri aku, kawal emosi aku. Aku akan berusaha untuk bersabar kepada ejen-ejen muda kita,” ucap Ejen Leon yang meminta maaf dengan ikhlas.

    "Saya maafkan awak untuk kali ni, jika awak buat lagi macam ni. Saya terpaksa melaporkan kelakuan awak pada kepada Generel Rama," jawab Ejen Geetha.

    “Baguslah macam ni lah kawan aku. Tapi... kau kena tinggalkan Rudy buat sementara waktu ni. Biar dia sejuk sikit, nanti dah sejuk barulah dia minta maaf” ujar Ejen Bakar yang memandang ke arah wajah Ejen Leon.

Kesemua mereka mula berbincang tentang topik penting selepas Ejen Leon selesai meminta maaf. Topik kali ni tentang Sarah... mereka masih tidak memberitahu dia yang Rizwan kena gantung dari Akademi, sebulan pula tu. Mereka bercadang hanya merahsiakan sahaja perkara ini dari pengatahuan ejen muda dan Sarah. Kalau bagitahu ejen-ejen muda, pasti Moon akan mengantoikan semua rahsia tentang kehilangan Rizwan kepada Sarah. Mulut Moon sedikit istimewa dari ejen-ejen muda yang lain. Lagi satu, apa reaksi Sarah apabila terima berita tentang Rizwan. Boleh stress dibuatnya Sarah jika dia mengatahui berita tentang Rizwan digantung dari Akademi gara-gara ingin membalas dendam demi dia. Sarah baru sahaja hendak sihat dari segi mental dan fizikal, jika Sarah dah sihat sepenuhnya baru mereka bercadang akan beritahu tentang hal Rizwan. Mereka berempat akan mengelakkan diri daripada melawat Sarah untuk sementara waktu ni, boleh pecah rahsia jika seseorang melawatnya sebab Sarah ni pakar mengorek maklumat.

     ‘Moga-moga rancangan ni terus   lancar tanpa masalah,’ bisik hati Karya.

♡♡♡

K

arya hendak pulang ke rumah, dia berasa amat letih dan mengantuk hasil mengajar murid-murid kesayangannya. Sewaktu dia baru sahaja nak hidupkan enjin kereta, dia tiba-tiba teringatkan talefon bimbitnya yang tertinggal dia atas mejanya di dalam bilik guru. Karya berjalan dengan penuh malas untuk menuju ke bilik guru, dia berasa menyesal tidak memeriksa sama ada talefonnya ada di poketnya atau tidak.


     ‘Alhamdulilah, jumpa juga kau. Nasib baik kau tak hilang, kalau kau hilang habislah aku. boleh pula aku tercicirkan kau masa kemas meja aku,’ desis hati Karya yang mencium talefonnya.

Apabila Karya baru sahaja memakai kasut di luar pintu bilik guru, dia terdengar jeritan seorang perempuan.  Apa lagi, dia terus memecut pergi ke arah suara tersebut. Suara itu membawa Karya ke kelas 6 Vallea, iaitu kelas paling hujung di Sekolah Kebangsaan Cyberaya. Karya masuk ke kelas 6 Vallea dengan langkah berjaga-jaga, dia berada di dalam posisi bersedia untuk menyerang. Tiba-tiba kedua-dua pintu kelas 6 Vallea ditutup dan dikunci. Karya sudah bersedia untuk berlawan.

DUSH!

Wajah Karya ditumbuk (tumbuk curi) dengan kuat, habis dia terjatuh dan kepalanya terhantuk lantai. Perutnya pula dipijak, Karya cuba untuk berlawan tetapi dia berakhir dengan mengerang kesakitan. Kedua-kedua orang lelaki itu menyerang Karya bertubi-tubi sampai Karya tak mampu untuk berlawan akibat terlalu sakit. Apabila diperhatikan wajah dua orang yang menyerangnya, dia dapat mengenal pasti identiti mereka berdua. Tidak lain tidak bukan ialah... mestilah Hanafi dan Shafiq! Mereka berdua merupakan orang yang terlatih dalam seni mempertahankan diri, sampai Karya tak mampu berlawan di buatnya.

    “Kau ni takdelah hebat sangat pun! Gaya macam kuat je tadi, HAHAHA!” ejek Hanafi yang mencangkung di hadapan muka Karya.

    “Terima jelah adik kitaorang yang cantik lagi sempurna tu! Bukan susah mana pun,” tambah Shafiq yang berdiri di sebelah abangnya.

    “Aku takkan terima adik kau!” jerit Karya yang memberontak.

    “Orang macam kau ni susah sangatlah dipujuk. Kalau macam tu... kitaorang terpaksa bagi kau dua pilihan,” ucap Shafiq dengan senyuman psychotic.

    “Pilihan pertama, kau kena kahwin dengan adik kitaorang dan hidup happily ever after. Pilihan kedua, kau pergilah bersatu dengan kekasih sejati kau. Tapi... bukan bersatu kat dunialah, kau perlu bersatu dengan kekasih kau di neraka nanti! HAHAHAHA!” gelak Syafiq yang lebih kurang macam syaitan, abangnya abangnya Hanafi turut ikut gelak.

Karya meludah ke arah wajah Hanafi dan Syafiq sekali gus akibat terlalu geram dengan kata-katan kejam yang diberikan oleh Syafiq. Hanafi dan Syafiq mengelap pipi mereka yang terkena air liur bercampur darah milik Karya.

    “Kau ni memang dah lebih!" jerit Hanafi yang mula berdiri.

Hanafi telah menarik rambut Karya dan mengheretnya ke dinding, Hanafi telah menghentak kepala Karya kat dinding berkali-kali. Shafiq pula mengambil peluang dengan menyepak kepala Karya. Mereka berdua betul-betul sudah hilang rasa empati.

    “Ni last aku tanya kau, kahwin dengan Husna ataupun mati!” ucap Hanafi yang mengenggam rambut Karya. Wajah Karya betul-betul berada di hadapan wajah Hanafi.

    “Sampai mati pun aku takkan kahwin dengan adik kau!” jawab Karya yang menahan kesakitan tubuh badannya.

    “Kau dah sia-siakan peluang terakhir kau,” ujar Shafiq dengan wajah terseyum sinis.

Hanafi terus mencekik leher Karya tanpa berkata apa-apa, Shafiq hanya tersenyum dan tergelak melihat Karya dicekik. Bukan nak tolong dia pun.

    “L-lepaskan a-aku,” rintih Karya yang tidak boleh bernafas.

    “Kau yang buat pilihan ni, jadi terimalah!”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua! Mesti kamu semua berasa tidak puas hati dengan ending bab kali ni kan? Hoho. Mia saje tulis macam ni untuk merancakkan novel Mia yang terlalu aman damai. Seperkara lagi, sorrylah sebab lambat update. Macam biasa, ilham tiada di kepala ;). And Mia nak bagitahu yang Mia mungkin tidak update lama sikit sebab Mia kena balik kampung sebab Pak Usu Mia nak berkahwin. Jadi... maafkanlah Mia ya. Okaylah korang, mak dah panggil suruh basuh pinggan ni. See you guys at next chapter! Assalamualaikum! <3

Kekasih Hati Mr InvisoWhere stories live. Discover now