TEASER 6

3 0 0
                                    

Hyeri pun membuka surat tersebut dengan tangan yang gementar. Dia pun mulai membaca surat tersebut.

"M-mwo (Apa)? B-betul ke ni tuan? S-saya a-akan..." kata Hyeri dan memandang Haneul tanpa menghabiskan kata-katanya kerana tidak percaya.

Dalam surat tu tertulis 'PERTANDINGAN MEMASAK ANTARA KAFE DAN RESTORAN'.

"Ya Hyeri. Saya dah daftarkan awak dalam pertandingan tersebut untuk mewakili kafe kita. Pekerja di bahagian dapur semua setuju untuk memilih awak sebagai wakil."

"T-tapi tuan. Saya rasa tak layak."

"Aniya (Tidak) Hyeri. Awak sangat layak. Kami yang meminta tuan untuk menghantar awak sebagai wakil kafe ini," ujar Seolha.

"T-tapi..." Hyeri tak sempat nak habiskan kata-katanya kerana telah dipotong oleh Haneul.

"Pergilah Hyeri. Saya tahu awak teringin sertai pertandingan ni. Inilah peluang awak untuk menaikkan nama kafe kita dan menunjukkan bakat awak."

"B-baiklah tuan. Saya akan terima. Saya akan buat yang terbaik untuk pertandingan ini esok."

Setelah perjumpaan dengan Haneul, Hyeri segera pulang kerana dia diberikan cuti hari ini untuk membuat persediaan untuk esok. Haneul dan Seolha yang akan menemaninya di sana sepanjang pertandingan.

12 Loved Man [ E-BOOK VERSION ] ✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя