Aiman hanya menggosok belakang lehernya.

"Aku terlebih makan nasi lemak lah pagi tadi" jawab Aiman tidak bersalah.

Aiman melihat gadis disebelah kanan Thariq Ridzuwan yang kusyuk  menulis sesuatu di dalam buku ditangannya.

Membulat mata jejaka itu apabila mengecam wajah gadis itu, segera disiku lengan Thariq Ridzuwan yang sedang rancak berbual dengn Inspektor Kamal dan orang bawahannya.

"Apabenda kau ni? Sakit tahu tak!" Marah Thariq Ridzuwan apabila lengannya disiku berkali kali oleh Aiman.

Dia yang melihat muka terkejut Aiman dengan mulut yang memuncung seperti menunjuk sebelahnya, segera berpaling melihat sebelah kanannya.

Husniya Radwa yang merasakan seperti dirinya diperhati mengangkat muka dari mencatatkan laporan di bukunya.

Kedua duanya terkedu apabila mata mereka bertembung. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

'Mulut kau memang masin Dahlia!'  Bentak Husniya Radwa didalam hati.

Jejaka itu agak berbeza dari dulu, makin tinggi, badannya lebih tegap dan wajahnya lebih matang dan kacak berbanding 5 tahun lepas. Pendek kata 'Perfect'

Aku jeke yang tak naik tinggi, Dahlia pun dah naik 162 cm sekarang, aku masih 153cm.

"Er, korang kenal satu sama lain ke?" Soal Inspektor Kamal apabila melihat suasana janggal antara dua orang manusia di hadapannya.

Mereka bagaikan tersedar dari lamunan masing-masing sebelum berpaling ke arah Inspektor Kamal.

"Apa kau cakap tadi?" Soal Thariq Ridzuwan, dia kurang jelas dengan soalan yang diberikan oleh lelaki itu.

"Aku tanya korang dah kenal satu sama lain ke?" Soal Inspektor Kamal lagi.

"Er ha.."

"Tak" laju Husniya Radwa memintas tanpa memandang kearah Thariq Ridzuwan.

Baik Thariq mahupun Aiman, keduanya terdiam mendengar jawapan gadis itu.

"Boleh kita mulakan lawatan?" Soal Husniya Radwa sambil memandang kearah Aiman, Inspektor Kamal dan orang bawahannya. Lansung tidak dipandang wajah lelaki berbaju loreng disebelahnya.

"Ha jomlah, karang lambat pula" ajak Aiman bagi menghilangkan suasana janggal itu.

Mereka berjalan menuju kearah pelabuhan, tempat dimana semua kapal berlabuh untuk menurunkan barang dan kontena.

"Pst, macam lambat lagi je ibu kau nak dapat menantu kalau macam tu reaksi dia bila jumpa kau" bisik Aiman.

"Sebelum kasut boot aku masuk dalam mulut kau, lebih baik kau tutup mulut longkang kau tu" kata Thariq Ridzuwan keras.

"Pala dia ni, garang kali dia, sabar sayang, jangan garang garang, malu dilihat teman teman" usik Aiman.

Pak!

"Aduh! Sakitlah gila!" Jerit Aiman sambil menggosok kepalanya yang dipukul oleh Thariq Ridzuwan.

Suara lelaki itu berjaya menarik perhatian pekerja di kawasan itu.

Thariq Ridzuwan hanya tersenyum kepada Inspektor Kamal yang melihat kearah mereka, manakala Husniya Radwa hanya memandang sekilas kearahnya.

Mata-mata yang memandang kearah mereka tidak dihiraukan.

"Lagi sekali kau buka mulut longkang kau, kaki aku yang naik dekat kepala kau" ugut Thariq Ridzuwan sebelum melangkah pantas kearah tiga manusia dihadapan mereka.

Dahlia yang melihat kelibat Husniya segera berlari mendapatkan gadis itu.

"Husniya!" Laungan dari gadis itu membuat kan langkah mereka terhenti.

"Hehe sorry sorry" pinta Dahlia apabila lima pasang mata sedang merenung kearahnya.

"Beb ni kau lupa bawa file untuk tools" Dahlia menyerahkan sebuah file kepada Husniya sebelum memandang kearah 4 jejaka yang memandang kearah mereka.

"Ridz? You are Thariq Ridzuwan right?" Soal Dahlia apabila mengecam wajah tampan lelaki tinggi lampai itu.

"Yes I am, Miss Dahlia" jawab Thariq Ridzuwan sambil tersenyum sebelum menundukkan kepalanya sedikit.

"Korang kenal ke?" Soalan yang sama diulang oleh Inspektor Kamal.

"Gila tak kenal, kitorang semua kawan lama" kata Dahlia sebelum tersenyum lebar.

"Amboi cik kak, Ridz je kau tegur ek, aku banyak punya hensem dekat sebelah ni kau buat tak nampak" celah Aiman.

"Eh kau pun ada labu? Ingatkan dah kena usung" jawab Dahlia.

"Usung?" Soal Aiman semula.

"Haah usung ke liang lahad" Dahlia melepaskan ketawa melihat wajah kelat Aiman.

'Kurang ajar perempuan ni dari dulu sampai sekarang tak berubah.' Gumam Aiman.

"Oh tadi Cik Husniya cakap dia tak kenal diorang" balas Inspektor Kamal.

"Er oh mungkin dia tak perasan kut awal tadi, kan Husniya?" Soal Dahlia kepada sahabatnya yang ralit menyemak file ditangan.

Gadis itu yang terkejut apabila namanya disebut hanya menganggukkan kepala.

"Okeylah, got to go, bye guys"

"Thankyou beb" kata Husniya Radwa mendapat balasan anggukan dari Dahlia.

"Ridz" panggil Dahlia.

Thariq Ridzuwan hanya mengangkat kening sebelum tersenyum ringkas apabila Dahlia menunjukkan telefonnya.

"I will" balas lelaki itu sepatah setelah dapat menangkap maksud Dahlia.

Husniya Radwa hanya menayangkan wajah kosong sebelum kembali melangkah. Lantak korang lah.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now