Menyesal? Ya sangat menyesal apabila mengenangkan perangai tidak matangnya 5 tahun lepas.

'Aku tunggu kau'

'Comeback safely'

'Take care of yourself'

Thariq Ridzuwan tersenyum kecil apabila teringat pesanan yang sering diberikan oleh gadis kecil itu.

Masih dia ingat perbualan terakhir mereka.

"Kau nak apa sebagai hadiah kalau aku berjaya lepas latihan asas ni?" Soal Thariq Ridzuwan

"Hadiah? Kau yang lulus latihan aku yang dapat hadiah?" Soal Husniya Radwa kembali

"Haah, kau cakap je nak apa" kata Ridzuwan lagi.

Husniya terdiam lama.

"Just comeback safely, that will be the great gift ever for me" kata Husniya Radwa perlahan.

"Of course, Boleh aku tanya sesuatu?" Sudah lama dia ingin bertanya kepada gadis itu.

"Sejak bila kau minta izin nak tanya? Ha tanya lah"

"Kau selalu cakap yang kau doakan aku, boleh aku dengar doa yang selalu kau baca untuk aku?"

Husniya Radwa terdiam mendengar permintaan Thariq Ridzuwan.

"Please Radwa, aku teringin nak dengar doa kau"

"Okey, this my dua for you in my prayer every single day, ya Allah, aku sayang lelaki ini, kagum tiada batas, berlebihan tapi nyata. Apapun yang ada difikirannya, siapapun didalam hatinya dan kemanapun langkahnya, restui dia"

Terkedu Thariq Ridzuwan mendengar doa itu, terharu dan agak tersentap, entah kenapa dia rasa seperti Husniya Radwa mengetahui sesuatu.

"Kau akan tunggu aku kan?"

"Aku boleh jaga hati aku untuk kau beberapa tahun kedepan tapi tidak dengan adanya cerita kau dengan perempuan lain".

"Mengelamun pulak dia, rindu ke, itula kau dulu ego, buta menilai antara kaca dan permata",Perlian dari Emir Aiman di balas dengan jelingan.

"Kau takpayah nak buka kelas sastera dekat sini,"balas Thariq Ridzuwan apabila mendengar peribahasa yang diberikan oleh lelaki itu.

"Yelah, terlampau fokus dekat kekasih separuh jalan yang kau baru kenal tu sampai tak hargai orang yang teman kau dari kosong sampai jadi macam sekarang ni ha" perli Aiman lagi, kerap kali dia berpesan kepada Thariq Ridzuwan agar fikir masak-masak tentang siapa yang layak mendampingi lelaki itu.

Dia kurang gemar dengan bekas kekasih Thariq Ridzuwan selepas Husniya Radwa, dapat dilihat dengan mata kasar, terang lagikan bersuluh sportlight bahawa gadis itu hanya menumpang kesenangan Thariq Ridzuwan.

"Tapi cakap cakap pasal dia, macam mana eh dia sekarang? Dah hampir 5 tahun tak dengar cerita, sejak kita tamat latihan dulu" soal Aiman. Kali terakhir dia mendengar khabar gadis itu adalah sehari sebelum telefon mereka dirampas untuk menjalan kan latihan asas selama 3 bulan.

Thariq Ridzuwan hanya mengangkat bahu, dia juga sudah tidak mendengar khabar gadis itu.

"Apa kata kau cari dia balik?" Aiman memberi cadangan.

"Hm, sounds nice", kata Thariq Ridzuwan bersetuju dengan cadangan Emir Aiman.

"Tapi aku dah takada nombor dia" sambung lelaki itu.

Emir Aiman yang mendengar segera menepuk dahinya.

"Bro, jangan buat malu muka aku sebab berkawan dengan kau, zaman dah moden, instagram kan ada?"Aiman menggelengkan kepalanya. Adoila kawan.

"Nantilah aku cari" putus Thariq Ridzuwan sebelum melangkah masuk kedalam lapang sasar itu.

_______________________

Pelantar Minyak Pengerang, Johor

"Kau balik esokkan ke pangkalan?" Soal Dahlia Batrisyia apabila melihat Husniya Radwa yang sedang mengemas pakaian.

"Haah, dah tiga hari aku tinggal sini, kena balik pangkalan untuk buat laporan macam biasa, asal? Rindu?" Usik Husniya Radwa yang sibuk memasukkan pakaian kedalam beg.

"Takada maknanya, kau balik rumah kita atau balik rumah family?" Mereka berdua menyewa rumah berdekatan dengan tempat kerja mereka memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama.

"Rumah kita lah, malas balik rumah family, asyik bergaduh je" balas Husniya Radwa tanpa memandang kearah sahabatnya.

Dahlia Batrisyia hanya memandang gadis kuat dihadapannya itu, sejak sekolah rendah mereka bersahabat sehingga sekarang bekerja di tempat yang sama cuma berbeza bidang. Dia memilih bidang Mechanical Engineer Oil & Gas manakalan Husniya memilih bidang Maritime Occupational Safety & Health.

Baginya, gadis dihadapannya terlalu kuat, sejak kecil dia diajar berdikari, disisihkan oleh keluarga sendiri, Dia diajar menjadi dewasa di usia yang sangat muda.

Alprazolam ditangan Husniya Radwa dipandang lama sebelum dia mengeluh perlahan. Ubat itu hanya akan dibawa apabila gadis itu berada didalam tekanan.

Dia pasti Husniya Radwa membawa ubat itu kerana dia tertekan setelah bergaduh dengan ibunya beberapa hari lepas sebelum dia datang ke pelantar.

"Kau okey kan?"

Husniya Radwa mengangkat sebelah keningnya.

"Takda apalah, jaga diri kau, kunci pintu rumah tu jangan rindu aku, seminggu lagi aku balik" kata Dahlia Batrisyia sebelum tergelak kecil.

"Ceh, jangan kau yang rindu aku sudahla"

"Aku dengar cerita minggu depan akan ada lawatan dari pihak polis dan tentera dekat pangkalan" Dahlia Batrisyia memandang kearah Husniya Radwa ingin melihat reaksi gadis itu. Namun kosong saja riak wajahnya.

"Kau rasa dia ada tak?" Soal gadis itu lagi.

"Siapa?" Soal Husniya Radwa dengan kening yang diangkat sedikit.

"Ridz"

Kalini Husniya memberi respon, badannya mengeras mendengar nama lelaki itu. Nama yang sudah lama tidak meniti di bibirnya.

"Entah",balas Husniya Radwa sebelum kembali menyambung kerja. Dia tidak suka membahaskan tentang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Atau mungkin masih bertakhta?

"Macam mana kalau dia datang nanti?" Soal Dahlia Batrisyia, sengaja memancing sahabatnya itu.

"Tetiba je kau ni, dah la aku nak tidur" beg yang siap di zip di letakkan di tepi katil sebelum dia menutup lampu tidur di sisi katilnya.

Dahlia hanya tersenyum melihat reaksi sahabatnya.

"Haih, teringat abang Thariq Ridzuwan kita tu kan, macam manalah rupa dia sekarang kan? Makin handsome ke dia?"

Pak!

"Diam perempuan, aku nak tidur" marah Husniya setelah membaling bantal ke kepala Dahlia.

Dahlia tergelak besar melihat wajah masam Husniya.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now