BAHAGIA YANG KU CARI - BAB 1

143 22 9
                                    

Lama juga aku termenung sendirian akibat apa yang sudah berlaku atas diri aku. Aku kadang kadang terfikir aku ni jahat sangat ke sampaikan tunang aku, i mean bekas tunang nak putuskan perhubungan ini. Sampaikan dia curang dengan perempuan lain di belakang aku. Baru sahaja aku ingin menangis balik, ada seorang jejaka menegur aku.

"Apa?" soal aku dengan kasar kepada lelaki itu. Dia sedang menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku.

"Lap air mata kau tu, buruk. Nanti orang ingat aku buat kau menangis" selamba lelaki itu mengutuk aku. Tahulah aku buruk time menangis, jangan lah kutuk depan depan.

Aku memandang di sekeliling ku. Memang betul ramai orang tengok aku dengan lelaki ini. Ramai juga bercakap yang ' apa benda laki ni buat kat perempuan tu sampai menangis. Tak gentleman langsung '. Aku cepat cepat mengambil tisu di tangannya dan mengelap sisa air mataku.

"Hishh. Terima kasih" ucap ku kepada lelaki itu.

"Boleh aku duduk sebelah kau?"

"Duduklah. Takde orang pun. Kalau awak rasa ada orang kat situ tak payah duduk" kata ku ini sedikit mendiamkan dirinya. Dia hanya membuat selamba sebelum mengibas tempat duduknya.

"Nama kau siapa?"

"Perlu ke tahu ?" soalannya dibiarkan. Aku kembali menyoalnya.
Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Dewi Seroja Dahlia "

"Hm such a beautiful name" puji lelaki itu menyebabkan hidung ku kembang semangkuk.

"Awak ?"

"Dato Adam Raykal" kata lelaki itu dengan bongkak. Perkataan Dato itu saja ditekankan dengan kuat.

"Oh. Dato rupanya. Dato suka ke duduk dekat tepi jalan raya ni? I mean selesa ke?" aku juga saja menekankan perkataan dato itu dengan kuat.

"Panggil je Raykal. Kau nak aku panggil kau apa ?"

"Dahlia"

"Dahlia tu semua orang panggil kau ke ? Like kawan kawan kau family semua"

"Kawan kawan yes panggil Dahlia. Kalau belah ayah yang Indonesia tu panggil Seroja. Belah mak dahlia. Kenapa ?"

"Saja tanya. Kalau macam tu aku panggil kau Dewi. Lagi sedap dari Dahlia"

"Okay. Kalau macam tu saya panggil awak Adam. Baru cun" kata ku sambil melagakan penumbuk dengan Adam.

"Aku pergi dulu. Aku dah lambat. Nanti ada jodoh kita jumpa lagi" kata Adam sebelum hilang daripada kornea mata ku.

"Woi ! Termenung apa kakak ku sayang" tegur adik ku sambil menampar pipi ku dengan kuat. Siapa lagi kalau bukan kembar ketiga ku. Dewi Sofia Damia namanya. Kebanyakan orang luar di sana banyak memuji Mia berbanding ku kerana namanya lagi sedap dari aku. Tetapi bagi aku nama aku lagi sedap haha.

"Kak, kau teringat mamat yang dulu kau cerita ke ?" soal Mia yang sedang meletakkan kepalanya di atas pehaku. Aku hanya menganggukkan kepala tanda ya. Malas sungguh aku mahu membuka mulut untuk pertanyaan Mia.

"Kak ! Enam tahun kak, kau tunggu lelaki itu. Move on je lah. Tantah dia dah kahwin pun. Move on jelah" Mia terus bangun dari baringannya lalu merenung ku dengan tajam.

"Kau bayangkan eh kak. Umur kau sekarang 26. Masa kau putus tunang tu umur kau 20. Enam tahun kak dah berlalu. Move on je. Kau ni kan kak, aku yang kena jawab tau dekat mak cik bawang kat kampung sana. Semuanya tanya pasal bila kau nak kahwin" Mia menjelaskan dengan panjang lebar kepada aku. Aku hanya mengeluh panjang

BAHAGIA YANG KU CARI [OG]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant