BAHAGIA YANG KU CARI - BAB 2

89 16 1
                                    

Kaki panjang persis model melangkah masuk ke dalam library. Aku dan Dazrin berpengangan tangan macam pasangan couple. Aku yang mahu melepaskan tautan tangan tidak boleh kerana Dazrin makin mengeratkan tautan tangan. Dia ni kan suka sangat pegang tangan aku, aku pun tak tahu lah kenapa suka sangat pegang tangan aku. Dazrin ni suka pegang tangan aku, yang si Mia suka baring dekat peha aku. Macam macam hal.

"Ish! Lepaslah Dazrin. Aku nak pergi sana lah" bisik ku sambil melepaskan tautan tangan kami. Ergh susah gila nak lepas kan tangan aku. Makin dia genggam kuat kuat adalah. Makin lama makin aku biarkan sahaja. Buat sakit tangan aku je kalau
buat macam tu. Tangan dia dah lah macam tangan bapak gajah.

"Tak nak baby girl" bisik Dazrin di tepi telinga ku. Haish macam mana aku tak blushing dengan dia ni, suka sangat panggil aku baby girl. Sepatutnya Mia yang baby girl bukan aku. Tapi takpelah at least boleh feel feel ada boyfriend halal. Nak sentuh sikit pun boleh hehe. Ha mulalah Dazrin senyum sinis memandang aku, apa lagi mesti merah pipi aku ni.

"Hi guys. Sorry lambat" sapa ku kepada mereka lalu duduk di atas kerusi yang disediakan di dalam library itu.

"Hi Dahlia! By the way boyfriend kau ke sebelah kau ni? Kenapa tak bagitahu aku kau ada boyfriend? Kalau bukan dia single tak ? Nak kenal kenal jugak" soal Athirah bertalu talu. Ha ini lah sikap Athirah yang korang tak tahu. Banyak mulut ! Kalau boleh dalam circle kitorang mulut dia lah paling becok sekali. Dah macam mulut murai. Pok pek Pok pek.

"Ad-

"Yes. Her boyfriend. My name is Dazrin Saif Daniyal. Nice meet you" belum sempat aku nak cakap Dazrin dah potong dulu. Sejak bila pula aku girlfriend dia ni. Mandai mandai je budak ni. Tahu sangat lah dia nak jealous kan si Sarie ni. Kalau nak tahu Nilam Sarie ni tunang kepada Dazrin. Mungkin Sarie tak tahu aku kembar kepada Dazrin, sebab masa mereka bertunang aku tak datang. Daripada ekor mataku muka Sarie seperti menahan geram. Alamak ! Perang ketiga mungkin akan berlaku sekejap lagi.

"Hei Dahlia ! Kau ni tak tahu malu ke ? Tunang aku pun kau nak rembat ke ? Oh patutlah kau putus tunang dahulu sebab kau curang belakang abang aku kan ? Mamat ni kan puncanya korang putus?"

"Eh Dazrin ? I tak sangka perangai you macam ni. Kalau betul you tak nak dekat I cakap je lah. Tak payahlah sampai you nak curang belakang I. If you betul betul curang kita putus!" kata Sarie dengan panjang lebar. Dia cuba mengatur nafasnya. Haih pening! Inilah si Dazrin. Bila berlaku macam ni boleh pula dia main fon macam takde apa yang berlaku.

"Sarie.. Aku rasa kau dah salah faham ni. Aku dengan Dazrin memang takde apa apa. Kami cuma..

"Cuma apa ?!" jerit Sarie dengan sekuat hati. Sebaik lah kitorang semua dalam bilik yang kitorang sewa. Itu kalau dekat luar Sarie ni jerit habis kena marah dengan orang luar.

"Cuma adik beradik. Kitorang kembar sebenarnya. Cuma aku tak bagitahu korang pun. If tak percaya boleh tengok aku punya dengan Dazril punya ic" aku cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Sarie. Masing masing terkejut apabila aku menjelaskan yang si Dazril ni salah satu kembar aku. Diorang tahu aku ada kembar bernama Dewi Sofia Damia je. Takde pula nama Dazril Saif Daniyal.

"Ha tunjuk cepat ! Aku nak tengok!" terketar ketar tangan aku mengeluarkan ic daripada handbag Gucci. Mana tak terketar ketar tangan aku. Nilam Sarie ni dia paling garang dalam circle ni. Like baran 😌. Athirah becok 😼. Nadhirah soft soft girl. Izrieyana like bad girl gitu 😓😓.

"Urgh, fine. I'm sorry" Sarie meminta maaf kepada ku. Aku hanya mengangguk kan kepala. Aku pandang Dazrin. Dan hm-

"Ehem. By the way pasangan tunang atau berkahwin atau bercouple sila keluar dari bilik ini ya. Saya tak nak ada masalah cemburu atau perang dunia ketiga lagi. Saya nak happy happy je harini" Nadhirah cuba memulakan perbualan apabila kami semua hanya mendiamkan diri selama 5 minit. Kata kata daripada Nadhirah membuatkan Sarie dan Dazrin keluar daripada bilik ini.

"Dahlia. Kenapa kau tak bagitau kitorang yang kau ada kembar terkaya dekat dunia ni? Kau tahu tak yang aku minat gila dekat dia! Dah lah handsome, lepastu muka baby face macam kau" siapa lagi kalau bukan Athirah yang becok ni. Sudah ku duga dia punya soalan begitu banyak.

"Dia dulu duduk dengan mak cik aku dari kecik. Sebab mak cik aku takde anak. Time dah besar baru dia duduk dengan aku. By the way tak perlu kot nak bagitahu korang tak penting untuk dibagitahu. Dia handsome ? Hm dalam mimpi lah handsomenya. Sakit hati je adalah kalau kau hidup dengan dia" kata ku dengan panjang lebar. Sempat juga aku mengutuk Dazrin di depan kawan kawan ku. Alhamdulillah Sarie tidak memarahi aku berlebihan.

"Em Nadhirah. Ni semua siapa punya ? Untuk aku ke ?" soal ku apabila melihat kotak hadiah terlalu banyak disusun seperti bentuk pokok Krismas.

"Tak lah. Bukan untuk awak. Ni ada orang tumpang letak. Nanti esok lusa dia ambil balik hadiah tu"

"Oh, ingat untuk aku" aku tersengih janggal. Haih buat malu je lah Dahlia.

Apabila setelah 1 jam berlalu kami semua berkongsi cerita. Akhirnya kami hendak pulang ke rumah masing masing. Ada juga terselit aku bercerita kepada mereka tentang kehidupan aku semasa di Turkey dan Italy semasa study dahulu. Dan aku juga terkongsi cerita tentang Adam Raykal. Jejaka yang aku tunggu dari dulu lagi. Mereka juga ada mengatakan betul kata kata Mia, mungkin aku perlu move on dari Adam. Ada juga Athirah kata yang itu hanya bayangan aku sahaja. Izrieyana juga ada mengatakan bahawa satu hari nanti mungkin aku akan jumpa dia. By the way Izrieyana datang apabila kami sudah setengah jam berborak.

"Dahlia. Awak balik naik apa ni? Dazrin dah bawa balik si Sarie. Awak nak naik apa ni?" soal Nadhirah dengan lemah lembut. Ini yang aku suka apabila dengan Nadhirah. Sentiasa tenang, walaupun ketika gaduh dia sentiasa berlemah lembut. Tidak sesekali pun menaikkan suara terhadap kami semua.

"Tak tahu lah. Naik grab kot. Lepas ni aku nak jalan jalan dulu. Korang nak ikut atau balik terus?" soal ku kepada mereka sambil mengemas barang yang kami gunakan tadi. Sambil sambil kami berborak kami juga melukis gambar antara satu sama lain. Maklumlah kami semua pandai lukis ceh !

"Saya ikut awak lah. Nanti balik awak boleh tumpang saya. Athirah awak nak ikut kitorang ke? Atau awak nak balik dulu ?" soal Nadhirah kepada Athirah yang sibuk melayari telefon bimbitnya yang jenama iPhone 13. Maklumlah Athirah ni orang kaya. Mana taknya boleh beli handphone semahal itu.

"Aku ikut korang lah. Aku tadi pun naik Pak Mat datang sini. Mungkin lambat lagi Pak Mat ambil aku. Sebab aku suruh Pak Mat ambik aku pukul 6. Sekarang baru pukul 2 petang" jawab Athirah. Lah baru pukul 2 ingat dah pukul 4 petang. Baru 1 jam aku dekat sini rupanya. Ingat lama sangat. Gerak pukul 12 sampai sini pukul 1. Borak borak dah satu jam.

"Kita nak pergi mana sekarang ni ? Shopping atau makan dulu ?" soal ku kepada mereka.

"Of course lah shopping !!!" jerit Athirah sekuat hati. Dia ni je selalu beria yang jerit kuat kuat.

"Victoria Secret? Gucci ? H&M ?" soal Nadhirah.

"H&M hehe. Aku nak beli baju sikit. Aku tengok kat TikTok ada baju baru baru kat H&M tu" kata ku sebelum kami memasuki ke dalam H&M. Belum sempat aku hendak masuk ke dalam H&M aku dilanggar seorang lelaki. Tingginya lebih kurang 180 lebih. Aku ni baru 170 cm.

"Hei!" aku mengangkat muka ku untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Dan aku tergamam apabila melihat mukanya.

 Dan aku tergamam apabila melihat mukanya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.


8 vote for unlock next chapter 🌷

Keep vote and comment 🌹.

  1272 words,

240221.

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Apr 30, 2022 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

BAHAGIA YANG KU CARI [OG]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ