01

22 7 9
                                    

“Nari nak apa lagi? Jaemin tu semua dia ada. Kerja, rumah, kereta. Muka dia pun boleh tahan.”

“Mama, jawapan Nari cliché je. Sebab Nari takde perasaan kat dia. Camne nak jadi isteri kalau Nari tak suka dia?”

“Habis tu? Kalau nak tunggu kamu tu ada perasaan sampai NCT  disband pun kamu tak kahwin lagi.”

“Hish mama ni. Tetiba NCT. Ingat lawak ke.”

 Nari mengeluh kecil. Pagi-pagi lagi mamanya dah bising pasal kahwin. Padahal dia baru 23 tahun. Kerja pun baru mula.

PIIIIIINNNNNNNN!

“OH SHIZ!” Sepantas kilat Nari menekan brek, sampai nak tercabut kaki. Tetapi bunyi dentuman kuat merisaukan Nari. Dia segera keluar dari kereta.

Seorang lelaki dah terduduk di atas jalan.

“Encik tak apa-apa ke?” Tanya Nari walaupun jawapannya semestinya tak. Motosikal milik lelaki itu dah terbaring beberapa meter dari mereka. Nampak macam teruk juga keadaan motor itu.

“Awak ni bawak kereta guna mata ke guna lutut?” Perlahan tetapi ‘deep’ sekali mukadimah lelaki tersebut. Nari tidak mempedulikan kata-kata lelaki tersebut, dia terus membantu lelaki itu. Beberapa kenderaan yang melintas sekadar melihat ke arah mereka.

“Sorry encik sebab bawak kereta pakai lutut.” Selamba sahaja jawapan Nari.

“Letak tepi la sorry tu. Kalau saya mati siapa nak bertanggungjawab? Lutut awak?”

“Alaa encik ni kan saya dah kata sorry.” Tanpa mempedulikan Nari, lelaki itu memeriksa keadaan dirinya. Semua anggota masih ada, cuma luka di sana sini. Tetapi tulang di tangan kanannya terasa longgar.

“Er, encik. Apa kata saya bawak cik gi hospital. Tangan cik tu, macam patah je.”

“What? Mulut awak tu bebaik sikit eh. Saya okay je. Ni sekarang motor saya ni lagi penting macam mana saya nak gi kerja ni?”

“Oh, motor lagi penting? Encik makan pakai motor ke selama ni?” Balas Nari.

“Awak nak marah saya pulak sekarang? Kalau kepala saya tertanggal pun awak yang salah tau. Ada mata pakai lutut.”

Nari terdiam seketika. Betul jugak, salah aku dia jadi camni.

“Okaylah encik. Camni, saya bawa gi hospital dulu lepas tu kita settle pasal motor encik. Semua kos repair motor ngan bil hospital nanti saya bayar.”

“Takyah la gi hospital. Saya okay.”

“Encik, kalau encik tak nak gi hospital satu sen pun saya tak nak bayar. Baik encik ikut saya.” Lelaki it membuntangkan biji matanya.

“Eii perempuan ni. Kita lak diugutnya. Fine, saya ikut.” Malas nak bertekak dengan Nari, lelaki itu menurutkan sahaja kata gadis itu. Sakit hati jugak berurusan dengan orang camni. Nasib baik aku penyabar, lelaki itu memuji diri sendiri.

0101 - johnnyWhere stories live. Discover now