"Aku dah kahwin, "

Terjojol mata Uwais. Dah kahwin? What? Dia tak salah dengar kan? Rasanya elok lagi telinga dia ni. Baru pagi tadi dia korek.

"Kau apa? "

"Aku.. Dah.. Kahwin. Jelas? "Ulang Qays sekali lagi.

"Tak, sekarang ni bila ketika dan di mananya kau kahwin? Siapa isteri kau? "Ya, Uwais mengaku. Dia tengah terkejut beruk sangat sekarang ni. Sampai hati Qays tak jemput dia.

"Aku nikah dengan Aira, "

"Aira anak Dato' Mikail, majikan umi kau? Kan? "Melihat anggukan Qays. Uwais tepuk dahi. Bukannya apa, dia tahulah tengok Aira punya liar tu macam mana. Kalau dekat luar seksi semacam. Naik meremang bulu roma dia.

"Kau biar betul Qays. Bukannya korang tak sebulu ke? "Bertaut kening Uwais sekarang ni.

"Aku seriuslah ni... "

"Okey bro, aku bukan apa. Sorry eh kalau aku cakap, bukannya kau tak suka ke perempuan yang macam tu? I mean sejenis perempuan yang macam Aira. Pakaian terdedah apa semua ni kan? "Uwais taulah Qays kawan dia. Qays memang tak suka perempuan macam tu. And now, perempuan macam tu yang jadi isteri dia. Like wow! Qays what happened?

"Ya, aku memang tak suka perempuan yang macam tu tapi even Aira tu macam tu, aku dapat rasa yang dia sebenarnya baik. Aku yakin dia akan berubah nanti cepat atau lambat, "entah kenapa Qays dapat rasa Aira ni something.

"Apa-apa pun untuk kau, aku doakan yang baik-baik je bro. Aku harap kau bersabarlah dengan perangai dia tu, "walaupun jauh di sudut hati Uwais dapat rasa yang Aira langsung tak layak untuk lelaki sebaik Qays.

"Aamiin... Mana ayah kau? Dia okey ke aku nk kerja part time kat sini dari petang sampai malam? "

"Dia okey je. Dia cakap dekat aku petang ni dia tak masuk bengkel so, aku dengan kau je dekat sini sekarang ni. Ha sorang lagi Abang Ikram. Ni dia tak de mungkin keluar tarik kereta kot, "ujar Uwais.

"Sempena kau first time kerja dekat sini. Kau tunggu kejap, "Uwais bangun bergerak ke dalam bilik yang disediakan khas oleh ayahnya untuk bahagian kira-kira duit dan komputer untuk buat senarai barang bengkel.

Uwais kembali keluar dengan di tangannya ada satu plastik baju.

"Ni baju bengkel untuk kau. Tak de lah rosak baju kau nanti kena minyak kan, "Uwais hulur plastik tersebut kepada Qays.

"Uish kau susah-susah je. Thanks bro, "Qays senyum nipis sebelum plastik baju bengkel tersebut diambilnya.

















TEPAT pukul 9:30 malam, baru Qays pulang ke rumah. Dah rasa melekit badannya sekarang ni. Dah nampak bilik air dah sekarang ni. Dia nak mandi, nak rehat kejap lepas tu nak sambung study sikit.

"Baru balik Qays? "Tanya Puan Mariam sebaik sahaja terdengar bunyi pintu utama rumah tersebut. Dia dengar sebab bilik dia dekat tingkat bawah ni je.

"Ya umi. Kerja banyak juga hari ni. Lagipun, hari ni first day kan? "

"Kamu dah makan? Kalau belum naik mandi dulu kejap lagi turun makan, "

Qays tersengih. Kalau Puan Mariam tak tanya tadi, dia tak makan dah rasanya. Alang-alang umi tanya baik dia makan. Lapar juga ni.

"Boleh juga. Kejap eh umi. Nak bersihkan diri ni dulu, "terus Qays naik ke atas untuk bersihkan diri. Ya lah semua barangnya telah dipindahkan ke dalam bilik Aira. Itu semua atas arahan Dato' Mikail dan juga Datin Hanna.

Perlahan-lahan pintu bilik ditolak. Kepalanya dijengul sedikit ke dalam sebelum memboloskan tubuhkan ke dalam bilik. Dapat dilihat Aira sedang sibuk di meja belajarnya. Tapi, bunyi pintu yang terkuak buat fokusnya terganggu.

"Dah pandai eh balik malam? Huh, dah start tunjuk belang ke? "Penat di badan Qays pun belum hilang lagi, dah timbul isu dari Aira untuk bergaduh.

"Awak janganlah salah faham dengan saya. Saya jumpa Uwais je, "ujar Qays. Aira bangun berdiri berhadapan dengan Qays.

"Alasan. Jumpa kawan sampai malam. Kalau aku pulak keluar balik malam macam ni, kau mesti marahkan? "Entahlah Aira rasa panas sangat hati dia ni. Geram je dengan si Qays ni. Dulu, acah baik, acah alim. Duduk rumah tak pergi mana dan sekarang lepas kahwin dah pandai keluar balik malam?

Qays berjalan mendekati Aira. Aira menapak ke belakang. Hujung bibir Qays terjungkit senyum. Tau pula Aira senyap bila dia buat macam ni. Timbul idea mahu mengusik Aira. Dimajukan juga langkahnya sehingga Aira terjatuh ke atas katil.

Qays menunduk. Tinggal beberapa cm je lagi wajah mereka mahu bertembung. Aira pejam mata. Laju jantung dia berdegup ketika ini.

"Kenapa awak pejam mata? "Tersentak Aira ketika Qays bersuara.

"Hah? "Blur untuk seketika.







2/2/2022

Here's the update.. Sorry kalau ada typo tak double check pun.. Ehek..

TBC...

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Onde histórias criam vida. Descubra agora