58 | THE AFFIDAVIT

Start from the beginning
                                    


DARI JAUH kelibat dua orang pengawal peribadi Datuk Raja Haidar kian menghiasi penglihatan Mawar. Disitu rupanya wad Zarra. Sepertinya keluarga dari organisasi Gambino tersebut sengaja meletakkan wad Zarra jauh untuk menjaga privasi mereka.

"Selamat pagi, puan."

"Pagi, Carlos. Tuan Haidar mana? Tuan Muda Hayden?"Tanya Mawar. Berharap dua orang manusia itu tidak berada di hospital sekarang ini. Lagi-lagi lelaki yang bernama Raja Hayden Behzad. Awal pagi tadi Hayden sempat memberi amaran tidak perlu berjumpa dengan Zarra dengan alasan dia masih tidak sihat. Alasan tak masuk akal!

"Tuan Haidar baru saja bertolak dari sini. Tuan Muda tak ada. Dia tak ada inform kami dia pergi mana."

Tak ada inform pergi mana?

Menyungging sinis senyuman Mawar. Hati Mawar sakit seperti ditusuk dengan pisau belati. Sejak semalam percaya Mawar pada Hayden makin menipis. Hayden juga tidak memujuk.

Dia fikir Hayden melakukan pendekatan lembut tapi alih-alih lain pula jadinya. Mawar cuma mampu menangis sendiri dalam kamar setelah melihat Hayden sudah terbongkang lena atas sofa.

Jantan paling membosankan di dunia ini!

"Zarra dah sedar?"

"Dia dah sedar sekitar pukul 3 pagi tadi, puan. Tapi sekarang bukan masa untuk melawat. Tuan Haidar tak benarkan sesiapa masuk wad selepas dia pergi dari sini."Tegah Carlos penuh tegas.

"Saya datang atas arahan Tuan Muda Hayden. Ada benda yang saya nak cakap dengan Zarra."Tutur Mawar tika Carlos seperti meragui kedatangannya. Boleh tahan ketat juga kawalan Datuk Raja Haidar ini.

"Sekejap, saya nak buat report dekat Tuan Haidar."Carlos keluarkan telefon pintarnya. Menghubungi Datuk Raja Haidar mengenai kemunculan Mawar yang tidak diduga itu.

Berputar meluat bebola mata Mawar. Inilah masalah orang kaya-kaya! Sentiasa berjaga dengan orang sekeliling malah keluarga sendiri juga diragui.

"Silakan, puan."

"Thanks. Tinggalkan kami berdua sendiri. Saya tak ada sesiapa involve. Kalau Tuan Muda tiba-tiba sampai, suruh dia tunggu dekat luar. Ini hal saya dengan Zarra. Faham?"Selepas Carlos memberi kebenaran, Mawar segera menerjah pintu wad besar privasi tersebut.

"Faham, puan."

Pintu ditutup. Masih terpacak depan pintu, Mawar dikepung kesunyian wad. Di penjuru bilik terlantar sekujur tubuh yang cuma bergantung dengan mesin oksigen. Tak sangka Noora membelasah Zarra sampai begitu sekali sampai lebam kehitaman wajah gadis itu.

"Assalamualaikum."Salam meniti dingin di bibir Mawar.

Zarra beri respon positif dengan celik sedikit kelopak matanya. Yang lain tidak mampu dia buat. Sakitnya sampai tidak dapat berkata-kata satupun ayat!

"Saya tahu awak kenal saya. Kalau awak kenal Tuan Muda Hayden bermakna awak kenal saya."Mawar mulakan perbualan mereka setelah melihat wajah Zarra berkerut-kerut. Samada terkejut ataupun sedang menahan sakit Mawar juga tak pasti.

"Saya Mawar. Isteri Tuan Muda Hayden."Perkataan Isteri sengaja Mawar tekan dalam. Huh, hati perempuan mana yang tak sakit melihat perempuan lain berteriak mengaku sedang hamil anak suami sendiri. Lagipula Zarra jauh lebih muda darinya. Mestilah jantan miang spesis Raja Hayden Behzad terliur bagai nak rak!

"Saya dah tengok video tu. Saya tak terkejut cuma nak jawapan daripada awak, Zarra. Sebelum tu saya tak nak awak berahsia dengan saya. Kalau awak ada buat, awak mengaku. Jangan macam suami saya. Dia tak akan mengaku. Dia dah banyak tipu saya."

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now