Pemergian Kotaro di sambut dengan pembantu peribadinya tidak jauh daripada Kirito . Kelihatan dari jauh keakraban pembantu peribadi lelaki itu dengan adiknya. Melihat pemandangan di hadapan secara tak langsung senyuman Kirito melebar. Setidaknya masih ada yang ikhlas menyayangi adiknya.

"Shiki siap sedia,"

"Huh, untuk apa?" soal Shiki yang sedang mendekati tuannya.

Kirito menoleh ke arah langit yang sudah bertukar gelap.

"Masa untuk kita tinggalkan kerajaan," ujar Kirito seraya mencipta portal di sampingnya.

Shiki terdiam. Sememangnya rancangan awal mereka begitu. Namun, tidak pula Shiki menyangka akan seawal ini.

"Kau yakin dengan keputusan ni?" Soal Shiki yang mengikuti langkah Kirito ke dalam portal.

Kirito mengangguk. Dari sudut riak wajahnya saja sudah terbukti bahawa lelaki itu tidak main-main dengan keputusannya untuk kali ini. Perjalanan mereka di kerajaan ini sudah berakhir.

"Tak ada alasan lain untuk kita kekal di sini," balas Kirito sebelum menghilang daripada kawasan Koloseum milik kerajaan Esfahan.

Setiba mereka di perkarangan rumah, terlihat kedatangan mereka telah pun di sambut meriah oleh Miyako yang terlibat dahulu dihantar pulang dengan yang lain.

"Macam mana hari ni tuanku?" Soal Ichiro kegirangan.

Baru saja Kirito mahu membuka mulut, kata-katanya cepat dipintas Shiki di sisi.

"Kejap... Kau tak ikut sekali dengan kita orang tadi kan?" celah Shiki sembari mengerutkan dahinya.

"Ehe! Aku terlajak tido tadi," jawab Ichiro sambil tersengih seakan tidak bersalah.

Shiki menghela nafas perlahan. Ada-ada saja alasan lelaki itu.

"Jadi macam mana?" Ulang Ichiro.

"Kirito layak ke pusingan akhir. Jadi kemas barang korang esok hari terakhir kita di sini," arah Shiki sebelum berlalu pergi.

Seketika suasana hangat tadi berubah dingin. Tiada siapa yang mahu memulakan bicara setelah apa yang di utarakan Shiki.

"Kita nak ke mana?" Soal Kaito hairan sekali gus memecahkan keheningan yang tercipta.

"Lepas pertarungan esok kita akan kembali ke Edona," jawab Kirito jujur.

Kaito tersentak. Barulah dia teringat sekitar di tahun ini kerajaan kelahirannya kembali bangkit. Tak sia-sia dia menjadi pelajar terbaik dalam subjek sejarah di akademi pada masa hadapan.

"Edona? Tapi kerajaan tu..." Lezabel menatap sahabatnya yang lain yang turut keliru dengan keputusan ini.

"Korang akan lihat kewujudan kerajaan lama nanti. Sekarang kemas siap-siap barang penting korang. Aku tak nak ada yang tertinggal," arah Kirito sebelum beredar dari gerombolan ahli keluarganya itu.

.
.
.
.
.
.


Pada keesokan paginya, seperti hari semalam, ruangan Koloseum terlihat riuh dengan sorak-sorai penonton. Lebih-lebih lagi para penonton bagi pihak putera Kotaro. Mereka mahu melihat kemenangan bakal pemerintah mereka di masa hadapan.

"Kotaro! Kotaro!" Sorak-sorai penonton apabila Kotaro melangkah masuk ke dalam gelanggang pertarungan.

"Pak cik Kotaro," bisik Kaito. Dia tidak menyangka pertarungan yang tercatat di dalam buku sejarahnya kini berada betul-betul di hadapan mata.

Pertarungan di antara Putera Mahkota Esfahan menatang pemerintah Edona.

"Boleh tahan popular," puji Kirito yang melihat sorak-sorai para penonton.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Oct 07, 2023 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Onde histórias criam vida. Descubra agora