*
*
*
*
*

"Oi, budak Esfahan pastikan kau lawan betul-betul dan jangan mati," ujar lawan Noaki iaitu Akane cukup angkuh untuk anak seusia dia. Pedang yang di tuding pula, ke arah Noaki menunjukkan bertapa tinggi tingkat ego lelaki itu.

Noaki hela nafas perlahan. Sabarnya dipertingkatkan lalu senyumannya dilebarkan.

"Peserta bersedia?" soal seorang pengadil yang mengadili perlawanan pada hari itu.

Noaki dan Akane mengangguk serentak.

"Peserta tidak dibenarkan membunuh tetapi dibenarkan untuk mengalah. Peserta yang kalah dikira apabila dia pengsan dan tidak mampu untuk melawan balik. Pihak yang menang pula akan ke peringkat akhir dan peserta yang kalah tidak akan bertanding lagi," terang pengadil itu yang memberitahu tentang peraturan perlawanan sebelum bertanding.

Noaki dan Akane mengangguk sekali lagi. Faham dengan peraturan perlawanan.

"1... 2... 3 mula!"

BANG!

Akane meluruh laju ke arah Noaki dengan pasir emas yang meruncing seperti tombak. Pergerakan tangkas daripada Akane terlihat berjaya melemahkan pertahanan Noaki.

Tombak pasir yang terbentuk daripada emas tadi tampak menusuk tubuh Noaki tanpa belas kasihan. Namun hasilnya terselindung dengan debu yang mengganggu pemandangan.

"Urgh..." adu Noaki ketika debu tanah naik menjulang angkasa.

"Hahaha... mana kau? Dah mengaku kalah?" soal Akane cukup percaya diri. Anak matanya terlihat tajam melingas, seakan predator yang mahukan makanannya. Di tambah lagi dengan senyuman psychopath milikinya. Akane mahukan Noaki Kuzuki itu.

"Tsk, tak menyabar langsung." decit Noaki di sebalik debu tanah yang menjulang ke angkasa.

Tangannya melibas ke kiri dan kanan. Mengeyahkan debu tanah yang mengganggu penglihatan.

Terserlah Noaki dengan pedang emas miliknya yang melayang melindungi tuannya seperti perisai.

"Yoshh! Mari mulakan!" ujar Noaki cukup bersemangat dan serentak dengan itu, kawasan kolusium menjadi sejuk. Manakala lantai kolusium membeku.

"Siapa predator sebenar sekarang?" ujar Shiki sembari tersenyum.

Kaito yang berada di samping lelaki itu mengerutkan dahi, tidak memahami makna kata-kata naga tua itu.

"Erk, sejuk!" Akane melompat undur ke belakang. Menjaga jarak dengan lawannya.

Melihat reaksi pantas daripada Akane itu membuatkan Noaki tersenyum. Tanpa dia sedar perubahan di tubuhnya semakin ketara. Tambahan lagi apabila ekor, milik seekor snow leopard meliuk perlahan di belakang Noaki.

"Lambat!" Noaki muncul di belakang Akane lalu mengangkat pedang miliknya dan...

SLASHH!

Belakang tubuh Akane terlihat berbekas luka melintang dengan darah yang memercik.

"Arghhh!" Adunya lalu melibas belati milik ke arah Noaki. Tak lupa juga mengarahkan pasir emas miliknya mengunci pergerakan lelaki itu. Namun gagal!

Ais milik Noaki tidak mudah cair dengan mudah.

BAM!

Sasaran Akane gagal mengenai musuhnya. Malah bahkan kelincahan Noaki semakin meningkat.

"Aku boleh kalah kalau macam ni!" desis Akane sambil menggigit bibirnya. Lantai yang licin dan suhu yang sejuk bukanlah suatu kemahirannya, memandangkan hidupnya diabadikan di atas guru yang panas. Akane gagal menyesuaikan diri dalam perlawanan ini.

"Hoh, snow leopard?" gumam Ratu Rosaelia. Dia tertarik dengan kuasa yang dimiliki Noaki.

Berbeza halnya dengan General Azraa. Dia yang melihat perubahan tubuh Noaki menekup mulut lalu mengalihkan tatapan matanya. Dia akui kuasa Noaki kini lebih kuat berbanding ketika dia berlawan dengan lelaki itu, pun begitu perubahan Noaki yang ini dia tidak dapat jangkakan.

Lebih kepada Comel?

BAM!

Hujan tombak ais daripada Noaki menggegarkan lantai kolusium. Bukan hanya itu dia bahkan menghancurkan separuh daripada kolusium itu. Kekuatannya kini berkali ganda lebih besar dari sebelum ini. Jika Akane terselamat, maka nasib berpihak kepada lelaki itu.

"Sejuk," ujar Lezabel yang berada di kerusi penonton.

"Kolusium ni dah dilengkapkan shield. Rasa sejuk dekat sini tak sama macam dekat dalam tu," terang Shiki apabila Kaito terlihat tertanya-tanya tentang situasi yang sedang berlaku.

"Ouu... jadi kiranya kuasa abang tu lagi sejuk dari yang kita rasa dekat?" soal Kaito dan di sambut dengan anggukan daripada Shiki.

"Hidup lagi?" soal Noaki yang masih tidak dapat mengesan keberadaan musuhnya itu setelah tombak ais miliknya dilancarkan.

Tap... Tap.. Tap..

Noaki mendekati kawasan terakhir kali Akane berada. Terlihat dia mengerutkan dahi apabila langkah kakinya membawa dia ke arah tubuh yang membeku kesejukan.

"Lah? Beku? Kuat sangat ke kuasa aku?" soal Naoki kalut. Takut di tuduh membunuh pula.

Namun tidak lama kemudian, pengadil datang ke arah mereka dan memeriksa keadaan Akane yang membeku di dalam sebuah kristal ais.

"Dia masih hidup. Juara pertama Noaki Kuzuki!" laung pengadil itu.

Kenyataan daripada pengadil membuatkan Noaki tersenyum seraya mengangkat penumbuk kanannya ke udara.

Kirito, Kotaro dan Yosuke tersenyum. Seterusnya, giliran mereka pula. Dan tidak akan ada kekalahan berada di pihak mereka.




(PETA DUNIA ARDALAN)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(PETA DUNIA ARDALAN)

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now