FD - 12

5 2 0
                                    

Hari ini merupakan hari pertama kelas aku bermula setelah cuti semester setelah beberapa bulan. Dapatlah juga berehat walaupun seketika dan bermulalah juga hari yang teruk bagi aku. First day kereta aku dah buat hal.

Kali ni, enjin kereta aku tidak mahu memberi sebarang bunyi. Nak cakap rosak, baru je beberapa hari lepas aku hantar untuk buat sedikit pembaikian. Almaklumlah kereta yang telah digunakan banyak keturunan. Kereta ini juga merupakan hadiah terakhir dari arwah atok aku kepada abang aku.

Boleh dikatakan hampir 10 tahun juga.  Abang aku yang juga baru sahaja bersiap siap untuk ke Universiti itu hanya memerhati tingkah laku aku didepan kereta sambil bercekak pinggang. Dia hanya ketawa kecil. "Beli kereta baru lah."
Katanya sambil ketawa sekali lagi.

"Amboi, selagi boleh pakai.. selagi itu lah kita pakai. "

"Dik, kereta ini dah lama. Nak baiki pun banyak guna duit, membazir. Better beli baru je."

"Ada duit?"

Aku menggeleng

"Hahaha, kesian..Beli sendiri."

Aku melipat lengan baju panjangku sehingga ke siku. Lalu kepala abangku dipeluk erat. Telinganya juga aku tarik dan cubit sepuas hati. Cara bercakap tadi, seolah olah nak tolong belikan.

"Abang tak guna!"

"Ampun! Nanti abang ada duit, abang beli. Lepaskan abang,Lia."

"Taknak! Abang, banyak kali janji. Tapi semua tak pakai.  I can't trust you anymore."

"You can trust me. Lepaskan abang dulu."

"Selagi tak ada bukti, selagi tu Lia tak percayakan abang."

"Balik nanti, abang belanja Lia spaghetti ye. I promise." Katanya perlahan.

Aku terus melepaskannya selepas aku mendengar nama makanan kegemaranku disebut.

Segala baranganku diletakkan kedalam kereta abangku. Berharap aku tidak terlambat untuk kelas pertamaku.

Setibanya aku dihadapan kolejku, aku terus keluar dari kereta tersebut sambil menggalas bag laptopku dibelakang. Aku berjalan sehinggalah aku tiba dihadapan ruangan belajar. Kedua dua mataku melilau mencari Aqilah. Kebiasaannya, aku akan menunggu dia di sini.

Jam ditanganku ditilik sebentar. Hanya tinggal 10 minit sahaja lagi sebelum kelas pertamaku bermula. Aku terus mengambil tempat disebuah pondok berdekatan. Telefon ku dikeluarkan. Nombor Aqilah dicari .

"Hey." Kedengaran suara garau yang lembut menyapaku dari belakang. Aku menoleh dan melihat satu senyuman yang memandangku.

" i thought dah masuk kelas. Waiting for me?" Soal Harriz sambil dia membaiki collar baju kemeja hitamnya. Aku tersenyum sedikit.

" kenapa senyum senyum? Betul eh?" Aku terkejut, aku sempat menampar pipiku sedikit.
"Auch!" Aku menggosok perlahan pipiku.

"Don't hurt yourself,chagiya. Apa ni.. tampar saya sajalah instead of tampar diri sendiri."

"Tamparan manja." Katanya dengan nada yang sangat lembut dan perlahan.

Aku menelan liur. Aku tak faham. Aku terkedu. Lain macam.

"Saya tunggu Aqilah, dia tak datang lagi kelas ni. Kebiasaanya dia datang awal."

"Tapi, kelas dah nak start ni. Kita masuk kelas dulu lah. Nanti terlewat, harini Puan Heliza yang ajar. Awak pun kenal kan dia macam mana. Better gerak dulu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Final Destiny . (OG)Where stories live. Discover now