four

81 18 0
                                    

Kereta milik Yeosang di pandu masuk ke dalam sebuah rumah kosong. Yeosang memberhentikan kereta sebelum menekan punat untuk membuka bonet kereta.

Hyerin membuka pintu sebelum menuju ke belakang kereta untuk mengambil begnya. Selepas mengambil beg miliknya, Hyerin menunggu di hadapan pintu utama rumah itu.

"Nah kunci, buka lah dulu" ujar Yeosang sebelum melemparkan kunci rumah ke arah Hyerin dan gadis itu menangkapnya.

Krekk

Hyerin membuka pintu utama itu dan melangkah masuk ke dalam rumah besar itu. Hyerin memandang sekeliling rumah itu, kemas.

Hyerin membawa begnya menuju ke arah satu bilik tetapi suara soft deep milik Yeosang memberhentikan langkahnya.

"Kau nak pergi mana. Tidur bilik aku. Aku malas nak tolong kau angkut barang bila mama datang sini. Ingat ni drama" ujar Yeosang pedas. Hyerin memandang ke arah Yeosang sebelum merengus geram. Dia membawa begnya menuju ke arah bilik milik Yeosang dan meletak beg nya di penjuru bilik.

Hyerin membuka bagasi dan mengeluarkan beberapa pakaian untuk menukarnya di dalam bilik air. Dia menutup kembali bagasi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Yeosang masuk ke dalam bilik sebelum mendengar bunyi air dari bilik air. Dia membuka coat tuxedonya sebelum menyangkutnya di belakang kerusi. Yeosang merebahkan badannya ke atas katil sebelum ingin melelap matanya.

To be continue

Aku dah buat group for fanfic update. Sesiapa nak masuk boleh pm aku. Nanti aku letak link group dekat mb and profile aku

[√] MANNEQUIN | KANG YEOSANGWhere stories live. Discover now