Thorn hanya merenung tangan dia yang ada dalam genggaman tangan Ali sekarang.

Tak semena-mena,air mata Thorn mengalir. Dia terus turun katil dan peluk Ali.

Thorn: ALI!!Snifff...Aku rindu kau!! Kitaorang semua rindu kau....Sniff...Kenapa kau lambat sangat nak datang....? Aku dah hampir putus asa....

Tersedu-sedu Thorn menangis dalam pelukan Ali. Ali mengetap bibirnya kuat,cuba nak tahan airmatanya dari tumpah. Dia hanya memeluk Thorn kuat dan perlahan-lahan menggosok belakang kepala Thorn untuk tenangkan dia.

Ali: Shushh....Tak apa Thorn...Sekarang kau dah selamat...M-Maafkan aku... Aku lambat selamatkan korang....

Thorn: Sniff...Huaaaa!!

Tangisan Thorn membuatkan Solar membuka matanya.

Solar: Ergh...T-Thorn..?*tak sedar siapa yang pegang dia*

Thorn yang terdengar suara Solar terus bangun,hampir² terjatuh sebab tak seimbang. Nasib baik Ali tahan dia daripada terjatuh.

Ali:Bertenang Thorn...Kau okay..

Thorn:S-Solar..*gasp*

Thorn membulatkan matanya selepas melihat orang yang sedang memangku badan Solar.

Kepala Solar tertoleh kearah Thorn bila terdengar suara dia. Mulut dia terukir senyuman kecil lepas lihat luka Thorn berbalut tapi dia masih tak sedar dengan kedudukan dia sekarang.

Solar: Apa kau buat tu Thorn? Sinilah. Ke luka kau sakit lagi? Oh,hai Ali. Lama tak nampak kau.

Sama ada anasthetic Solar tak hilang lagi ataupun kepala dia masih biul  lepas hentaman tu.

Thorn tak cakap apa-apa,dia hanya terketar-ketar menunjukkan jarinya kearah Solar dimana Solar pun mengikuti arah telunjuknya.

Amato tak tau nak bagi reaksi apa dalam situasi macam ni.Dia hanya tersenyum senget sambil memangku badan Solar.

Amato:Er...Hai..?*unsure what to do*

Solar berkelip pandang dia sebelum memandang Thorn semula.

Solar: Ini ilusi je kan? K-kita kena tangkap kan?

Thorn lihat tangan dia yang ada dalam pegangan Ali.

Masih real,so ini bukan mimpi or ilusi.

Sebenarnya dia pun tak tau dah apa yang betul dan apa yang salah sekarang ni...

As the father, Amato memeluk Solar dan mengajak Thhorn untuk mendekati mereka. Ali membantu Thorn untuk berjalan.

Tangan Thorn sekarang ada dalam pegangan Amato.

Amato:*comforting smile* Rasa real kan? Ni ayah Thorn,Solar...Kamu berdua dah selamat...

Ambil masa beberapa saat sebelum bilik itu dipenuhi dengan tangisan

Thorn: Huaaaa!!! Ayahhh!!*peluk Amato*

Solar:*genggam baju Amato kuat* Sniff...K-Kenapa... Sniff....Kenapa ayah l-lambat sangat...?

Amato memeluk kedua-dua bahagian anaknya itu kuat.

Dia terasa gagal sebagai seorang ayah.

Thorn menangis tersedu-sedu pada bahunya manakala Solar menyorokkan wajahnya pada dada Amato, obviously crying.

Amato: Ayah minta maaf.... Ayah lambat... Kamu berdua memang kuat sebab dah bertahan lama dekat sana...Dah,dah...Shh...shh...Ayah ada ni....

Ali menarik Mechabot keluar dari bilik itu untuk memberikan mereka ruang.

Yelah,lagipun diaorang lagi lama tak nampak satu sama lain.

Mechabot: Kau okay?

Ali: *sniff* Aku okay. *smile* Jom pergi dapur? Aku rasa kita ada karipap lagi.

Mechabot: *instant* Okay jom!

Ali tergelak sebelum berjalan bersama Mechabot meninggalkan medbay tersebut.

Ya,mereka perlukan ruang peribadi dan Ali tengah lapar sekarang so yeah .

Masa makan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(A/N: Please keep in mind yang masa di Bumi dan masa di galaxy berjalan berbeza. Masa Bumi lebih cepat berbanding di galaxy)
.
.
.
.
.
.
BANG!

Elemental membetulkan posture badannya selepas menendang penceroboh yang cuba memasuki Cyberraya melalui cargo itu.

Habis kemik kontena bekas penceroboh tu kena tendang.

Hidup ke tidak itu bukan urusan dia.

Elemental mengheret orang² tersebut dan menggari mereka semua sebelum menghantar signal backup untuk ambil semua penceroboh tu.

Kerja dia cuma tangkap,bukannya heret pergi masuk lokap.

Sementara menunggu backup dia basuh sarung tangan dia yang ada kesan kotor sebab menumbuk orang tadi.

Dia ternampak bayangan² tu lagi.

Elemental:*sigh* Aku dah agak aku patut ambik ubat tu sekali sebelum aku pergi misi.

Dia tidak menghiraukan bayangan yang cuba nak bercakap dengan dia tu.

Semasa menunggu untuk back-up sampai,dia terdengar bunyi tapak kai mendekati dia.

Dia terus aktifkan pedang di semula dan halakannya pada penceroboh itu.

Seorang lelaki bertopeng dengan suit kelabu berdiri dibelakangnya, langsung tak kisah dengan pedang yang kini berada di hadapannya.

Elemental: Siapa kau?

Lelaki itu hanya menunjukkan holo-ID dia.

...: Aku Uno,dan kau mesti Elemental,kan?

Elemental hanya mengangguk.

Elemental: Apa yang kau buat dekat sini? Ini misi persendirian.

Uno: Ah,aku ditugaskan oleh Datuk Othman untuk bawa kau ke misi baru.

Elemental menurunkan pertahanannya.

Elemental: Misi lain dari Datuk? Tapi aku tak dapat apa² notifikasi.

Uno menunjukkan sebuah hologram misi pada Elemental.

Uno: Arahan dari Datuk sendiri.

Elemental mengeluh kecil sebelum memerhatikan log misi tersebut.

Kalau Datuk dah suruh jadi dia kena ikut jugak.

Elemental: Baiklah,tunjukkan jalan. Mari selesaikan misi ni cepat.

Kalaulah Elemental boleh nampak secara X-ray,mesti dia boleh nampak senyuman sinis Uno disebalik topeng itu.

Uno: Baiklah,mari pergi, Elemental.*smirk*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

It's about drive!
It's about power!
We stay hunger,we devoured-!
//plakk-//

He he.

Hello bellow my potatoes~

So,yeah. It is what it is-

Harap korang fahamlah dengan perjalanan masa yang berlaku ya? Waktu galaxy dengan waktu Bumi tak sama sayang so yeah. Harap faham.😋

Anyway,harap korang suka chapter ni~

Do vote and comment!

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now