Perasaan ini,
Bukan satu bukan dua,
Perasaan ni terlalu banyak,
Sehinggakan diri sendiri,
tidak memahaminya,
Aku mampu mengukir senyuman,
Meskipun aku dikhianati ,
Meskipun aku dilukai,
Meskipun aku dibenci,
Tetap aku tersenyum dan berdiam.
Hempaslah segala maki cacian,
Kutuklah aku,
Jerkahlah sepuas puasmu,
Aku akan berdiam,
menahan sakit hati aku,
Aku ini hanyalah anak yang menyusahkan,
Tidak layak untuk melawan kata kata mu,
Aku mengerti rasa sakit dirimu
Keperitanmu,
Usahlah memohon maaf,
Kerana ia akan menyemat dendam,
Yang semakin lama semakin,
Mengikis rasa kasih sayang ku,
Akibatnya aku tidak akan mempedulikan dirimu lagi.
Tiada siapa tahu bagaimana perasaan aku!
Adakah aku marah?
Adakah aku sedih?
Adakah aku kecewa?
Hanya aku sahaja yang tahu
YOU ARE READING
Luahan Hati
Short StoryAku menulis sekadar hendak berkarya, Jika ada silap dan salah tegurlah aku...
