"Apa maksud kamu? Ini ialah bonda. Park Soo Young,"kata Joy atau sekarang ialah Soo Young.

'Wah,patutlah unnie sangat mengambil berat tentang saya. Rupanya,dia ialah ibu saya di kehidupan sebelumnya,'bisik hatinya.

"Sae Hyun,bonda lihat hubungan anakanda dan Jihoon semakin erat. Bila anakanda ingin melansungkan majlis pernikahan?"tanya Joy.

Y/N yang mendengarnya terkejut.

'Betul,puteri dan juga Jihoon sepatutnya dah berkahwin sekarang,'bisik hatinya.

"Anakanda rasa lebih baik kita tunggu sehingga anakanda sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang,kepala anakanda pening sejak anakanda sedar. Jadi,apa kata kita tunggu sehingga anakanda sembuh sepenuhnya dulu?"Y/N mula mereka alasan.

Padahal di fikirannya mulai serabut.

'Macam mana kalau saya terpaksa tinggalkan badannya bila mereka berkahwin nanto? Lebih baik saya tangguhkan dulu supaya masa saya bersama Jihoon lebih lama,'itulah yang bermain di fikirannya.

"Kalau itu permintaan anakanda,baiklah. Ayahanda dan bonda sudah tua. Jadi,lebih baik kamu dan putera cepat-cepat berkahwin,"kata Joy.

Y/N tersenyum.

Skip.. Di kawasan istana...

"Tua? Kita cuma beza dua tahun. Apa yang tuanya? Dia masih muda kalau di zaman saya,"Y/N membebel sambil berjalan.

Tanpa dia sedari,seorang lelaki berpakaian raja sedang mendekatinya. Y/N melihat ke hadapan. Dia terus tunduk. Raja itu terus memegang tangan Y/N.

"Haih,anakanda. Ayahanda rasa risau sangat,"katanya. Dia mengangkat wajahnya. Sekali lagi,dia tergamam.

"Sunbaenim?"panggilnya.

Siapa sangka,orang yang menjadi ayahnya ialah senior di sekolah tinggi yang sangat terkenal,Kim Dongjun.

"Sunbae? Apa maksud kamu?"tanya Dongjun.

"Anniya. Apa pun,ayahanda sihat?" Y/N meneruskan lakonannya.

'Sepatutnya,saya jadi pelakon bukan pendakwa raya. Saya sangat pandai berlakon,'bisik hati Y/N.

"Kenapa kamu tanya ayahanda pula? Kamu kemalangan. Ayahanda sangat risaukan kamu sebab kamu kemalangan. Ayahanda gembira melihat kamu dah mula bersiar-siar,"kata Dongjun.

Y/N cuma senyum paksa.

'Aish,sampai bila saya perlu berlakon? Saya panggil unnie sebagai eomma,saya panggil sunbae sebagai appa. Ini dah mengarut,'bisik hatinya.

"Kita bercakap nanti saja. Ayahanda pergi dulu,"Dongjun melepaskan tangan Y/N lalu pergi.

"Wah,tak sangka betul,"kata Y/N.

Kemudian,dia mula berfikir.

"Nanti dulu,kalau Dongjun sunbaenim menjadi ayah saya,takkanlah......Chanyeol sunbaenim ialah ayah Jihoon?"dia bercakap sendiri.

Tepat pada masa,Jihoon kini berada di sebelahnya.

"Puteri?"panggil Jihoon.

Y/N yang terkejut terus mengeluarkan kata-kata kasar. Jihoon tergamam.

"Puteri,kamu baru menyumpah ke?"tanya Jihoon.

Y/N membetulkan suaranya.

"Mianhae. Saya tak sengaja,"kata Y/N.

"Terkejut beta tadi. Oh ya,awak nak ke mana?"tanya Jihoon.

"Dapur. Awak nak ikut?"Y/N menepuk belakang Jihoon.

"Anniya. Beta pergi dulu,"kemudian Jihoon pergi dengan belakangnya yang sakit dipukul Y/N tadi.

'Apalah dia ni. Apapun,dia polos seperti biasa. Haih,sekarang saya nak pergi dapur. Baik saya bawa makanan ke bilik Aisha nanti,'bisik hatinya kemudian dia menuju ke dapur.

Di dapur....

Semua tukang masak melihat Y/N yang sedang melihat seluruh dapur itu.

"Maafkan saya,puteri. Tapi,apa yang puteri buat di sini?"tanya salah seorang tukang masak.

"Awak ketua tukang masak di sini?"tanya Y/N.

Dia mengangguk.

"Apa nama awak?"tanya Y/N lagi.

"Wooyoung,"katanya.

Y/N terus berpaling. Seperti yang disangkanya,dia ialah kawannya,Jung Wooyoung.

'Wah,sangat sesuai dengan dia. Wooyoung dan 'Wooyoung'. Kedua-duanya pandai memasak,'bisik hatinya.

"Ketua Wooyoung,saya ingin guna dapur ini sebentar. Boleh awak benarkan?"arah Y/N.

"Nae?"Wooyoung seperti terkejut mendengarnya.

"Cuma sekejap. Saya cuma guna sekejap. Arasseo?"Y/N mengelipkan matanya berulang kali.

Wooyoung akhirnya membenarkannya. Y/N menepuk tangannya.

'Let's start!'bisiknya.

Skip..... Di bilik Aisha....

"Cik Puan,tuan puteri datang menghadap,"seorang dayang memberitahu Aisha bahawa Y/N telah datang.

"Suruh dia masuk,"kedengaran nada teruja di suara Aisha.

Manakan tidak,Y/N satu-satunya orang yang sanggup berkawan dengannya sejak ayahnya telah dituduh. Apabila Y/N masuk,Aisha terus bangun namun dia tergamam.

"Nanti,puteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nanti,puteri. Kenapa puteri bawa makanan?"tanya Aisha.

"Saya nak awak rasa. Awak nyatakan pendapat awak. Macam mana,Cik Muda?"Y/N tersenyum.

Kini,Y/N dan Aisha sedang menghadap makanan yang dihidangkan oleh Y/N. Aisha terpaksa merasa makanan itu kerana dia dipaksa oleh Y/N. Sebelum ini,dia tidak pernah tahu kalau Y/N pandai memasak atau tidak. Aisha memasukkan makanan ke dalam mulut. Seperti sedang melayan muzik,dia menikmati makanan Y/N.

"Macam mana?"tanya Y/N.

"Ianya sangat sedap. Ia berbeza dari makanan yang saya makan sebelum ini. Ianya lembut dan tidak begitu berminyak,"kata Aisha.

"Bagus! Ini dipanggil pasta berkrim,"kata Y/N.

"Pasta?"Aisha hairan.

'Ah,sekarang pasta masih belum wujud,'bisiknya.

"Awak boleh panggil mi berkrim susu. Mari makan,"ajak Y/N.

Apa lagi,mereka terus menjamu pasta yang dimasak oleh Y/N.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWhere stories live. Discover now