Chapter 2

35 2 0
                                    

"Apa nama kau?"

Untuk pertama kali Zacki bertanya namaku. Setelah memberitahu namaku, dia melambakkan ranting-ranting kayu kepadaku. Aku sempat terkedu. Jadi, dia cuma mahu aku membawa kayu-kayu untuknya. Aku mengekorinya. Diam dan hanya mengikut langkahnya. Tak ubah seperti bayang yang setia tetapi tidak dapat berkata apa-apa tentang perasaan.

Sampai di tempat perkhemahan kami, Zacki mengambil kayu-kayu itu dan mula menyalakan api. Kemudian, dia menarik Darina ke situ, mahu menghalau kesejukan gadis itu. Aku cuma mampu senyum dan ambil tempat sendiri tanpa dipelawa.

Rasa tidak diperlukan.

Memang aku tak diperlukan kerana aku hanya beban pada mereka. Aku hanya salah seorang yang mereka selamatkan.

Aku hanya mangsa lemah yang menunggu orang lain untuk menyelamatkan hidup sendiri. 

Erella -Short StoryWhere stories live. Discover now