"Panggilkan tabib. Puteri tidak sedarkan diri. Ppali!"arah Jihoon kemudian mendukung Y/N.

Haknyeon terus berlari mencari tabib seperti yang diarahkan.

Di bilik Puteri.....

Tabib yang dipanggil Haknyeon tadi sedang memeriksa nadi Y/N yang tidak sedarkan diri itu. Kemudian,dia pun melepaskan tangannya.

"Macam mana? Dia tak apa-apa,kan?"tanya Jihoon.

Dayang Shim dan Dayang Im juga sedang menunggu keputusan tabib.

"Puteri tak apa-apa. Mungkin,puteri masih belum cukup rehat dari kemalangan yang berlaku sebelum ini. Kita cuma menunggu puteri sedar,"kata tabib.

Semua menghela nafas lega. Tabib itu menyimpan barangannya lalu dia pun meninggalkan bilik itu.

"Maafkan patik,putera. Sepatutnya patik terus berada di sisi puteri tak kira apa pun. Tapi,puteri arahkan kami supaya jangan mengikutinya,"kata Dayang Shim.

"Tak mengapalah. Ini bukan salah kamu. Dia cuma mahu menghabiskan masa dengan beta,"kata Jihoon.

Kemudian,Jihoon pun bangun. Dayang Shim dan Dayang Im terus bangun dan tunduk hormat. Jihoon pun keluar dari bilik Y/N.

Keesokan harinya.....

Y/N mula membuka matanya. Tiba-tiba,dia bangun dengan mengejut. Dia mengatur nafasnya dan akhirnya dia sudah boleh bernafas dengan betul. Mimpi buruknya mula menghantuinya lagi.

Flashback....

Y/N sedang memegang sepucuk pistol. Dia mengacukan pistol sebagai langkah berjaga-jaga dalam memburu Xiumin. Tanpa sengaja,dia terlanggar dengan seseorang. Y/N terus mengacukan pistol kepadanya. Itu ialah Jihoon. Y/N meletakkan pistolnya.

"Awak rupanya. Saya hampir menembak awak,"kata Y/N.

"Y/N,ada nampak Xiumin?"tanya Jihoon.

Y/N menggeleng.

"Yah,kalau kita dapat tangkap dia,awak perlu belanja tteokbokki. Arasseo?"Y/N melihat Jihoon.

"Arasseo,"kemudian dia melihat ke belakang Y/N.

Seorang lelaki sedang mendekatinya dengan memegang sebilah pisau.

"Y/N,jaga-jaga!"kemudian dia memeluk Y/N dan berpusing.

Y/N yang melihatnya tergamam. Jihoon ditikam di depan matanya dan orang yang menikamnya tidak lain,tidak bukan ialah Xiumin! Xiumin yang telah menikam Jihoon terus melarikan diri. Jihoon terus terbaring.

"Jihoon!"panggil Y/N. Kemudian,dia memegang kepala Jihoon.

"Pergi... tangkap dia. Ppali,"kata Jihoon.

Y/N menggeleng.

"Mianhae. Awak cedera disebabkan saya,"Y/N mula menangis.

Kemudian,dia mencapai telefon di poketnya dan menelefon ambulans. Selepas itu,dia meletakkan telefonnya di sebelahnya. Tidak lama kemudian,kumpulannya iaitu Haknyeon,Chanyeol dan Gahyeon masuk ke dalam tempat itu.

"Nan gwaenchana. Lagipun,ini..... bukan salah..... awak,"kata Jihoon.

"Yah,Park Jihoon! Bertahanlah!"Gahyeon terus menekan lukanya.

"Y/N,mianhae. Rasanya saya tak dapat nak belanja tteokbokki untuk awak hari ini,"kata Jihoon.

"Jangan bercakap lagi,"arah Y/N.

Air matanya mengalir semakin laju. Jihoon memegang wajah Y/N.

"Saranghae,Jang Y/N,"Jihoon tersenyum.

Tangan yang memegang wajah Y/N tadi terus jatuh. Matanya tertutup. Darah Jihoon masih melekat di wajah Y/N yang tergamam.

"Anniya,Park Jihoon!! Jangan tinggalkan saya!"Y/N terus terjerit-jerit memanggil nama Jihoon.

Haknyeon,Gahyeon dan Chanyeol yang melihatnya juga menangis kerana salah satu rakan sekerjanya telah meninggal dunia.

Keesokan harinya,di tempat pengebumian....

Y/N,Gahyeon,Haknyeon dan Chanyeol tunduk hormat di majlis pengebumian Jihoon. Kemudian mereka berempat bangun. Y/N merenung gambar Jihoon yang tersenyum. Dia merasakan Jihoon sedang melihatnya sambil tersenyum. Kemudian,seseorang berdiri di sebelah Y/N. Y/N melihatnya dan mendapati dia ialah Aisha. Selaku junior Jihoon sepanjang mereka berada di sekolah tinggi,Aisha juga berasa sedih kerana dia sudah menganggap Jihoon seperti abangnya sendiri.

Aisha memandangnya dan tersenyum. Joy yang masih menangisi kematian satu-satunya adik lelakinya sedang bersandar di dinding sambil melihat gambar Jihoon. Dan sejak dari itu,Y/N tidak lagi menangis dan nekad untuk menangkap Xiumin dengan tangannya sendiri.

Flashback End....

Y/N mula dipenuhi rasa bersalah sejak dari kejadian itu. Kematian Jihoon yang disebabkan olehnya masih menghantuinya siang dan malam.

'Oleh kerana Xiumin juga ada di sini,adakah Jihoon juga akan mati di zaman ini? Anniya,saya takkan benarkan sama sekali,'bisik hatinya.

Kemudian pintu biliknya dibuka. Dayang Shim masuk ke dalam biliknya. Dia yang menyedari Y/N telah sedar terus duduk di sebelah Y/N.

"Puteri,puteri dah sedar? Gwaenchana?"Dayang Shim memeriksa keadaan Y/N.

"Nan gwaenchana. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya,"kata Y/N.

"Syukurlah. Putera sampaikan memanggil Dayang Im menghadapnya semata-mata untuk mengetahui keadaan puteri,"kata Dayang Shim.

Y/N tersenyum.

'Dia sangat sama,'bisik hatinya.

Sikap prihatin tidak lari dari Jihoon tidak kira di zaman apa pun.

"Oh ya,Dayang Shim. Saya bosan. Apa kata kita pergi ke dapur?"ajak Y/N.

"Tapi,puteri baru saja sedar,"kata Dayang Shim.

"Marilah. Saya dah lama rasa nak memasak,"rayu Y/N.

"Arasseo. Tapi kita menghadap permaisuri dulu,"Dayang Shim terpaksa menuruti Y/N.

Y/N terus bangun dan menyuruh Dayang Shim menukar bajunya.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWhere stories live. Discover now