51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF

Start from the beginning
                                    

Kosong. Kenapa semuanya begitu kosong? Kosong dari pelbagai tempat. Mawar terdetik meraba perut sendiri. Berkerut-kerut keningnya cuba mengingati peristiwa yang telah berlaku sebelum ini.

"Baby—"

"Baby saya."Mawar lilau anak mata.

"Baby..."

"Baby saya mana? Siapa ambil baby saya? Pulangkan baby saya..."Wanita itu mengagau hendak turun dari katil.  Masa ini, mutiara hangat dan jernih sukar sekali dikawal. Biar sekalipun dia masih terhuyung-hayang dan terhincut-hincut lemah, Mawar gagahkan diri mencapai tombol pintu wad.

Wad yang tidak berkunci akhirnya berjaya membawa Mawar memboloskan diri. Jauh kakinya melangkah pergi. Mata-mata yang pelik memerhatikan tingkah lakunya yang seperti hilang arah mencari sesuatu menjanggalkan diri Mawar. Lidah kelu untuk mengeluarkan sebarang soalan. Takut untuk bertanya!

"Encik, mana baby saya? Baby saya hilang. Baby saya hilang dalam wad! "Adu Mawar kepada dua pasangan lelaki dan perempuan yang sedang berada di luar wad.

"Encik, puan... Tolong saya cari baby saya. Baby saya hilang ,Encik."

"Maaf, puan. Kami tak tahu."

"Anak saya... "

"Mana suami puan? Puan tunggu sini , okey? Kami berdua tolong puan buat laporan kehilangan anak puan."Jelas pemuda itu sambil menarik bahu isterinya supaya lari dari kedudukan mereka. Melihat penampilan Mawar yang cengkung serta tidak terurus, sudah semestinya perempuan itu sedang meroyan.

"Awak berdua janganlah bagitahu nurse yang baby saya hilang! Saya takut. Nanti nurse tu marah saya sebab saya tak jaga baby saya!"Suara Mawar meninggi deras pada dua pasangan muda itu.

"Puan wajib buat laporan. Sayang, tolong I tengokkan perempuan ni dulu. I nak buat laporan dekat depan tu."Arah pemuda tadi kepada sang isterinya.

"Eh, awak bodoh ke apa? Jangan buat report! Nanti orang tahu saya tak pandai jaga baby! Lepaskan saya lah! Saya nak anak saya saja!" Melenting, Mawar menjerkah muka isteri pemuda itu sebaik tangan perempuan tersebut mendarat lembut pada bahunya untuk memberikan sejumlah ketenangan.

"Puan, sabar puan. Puan ingat nombor telefon suami puan tak? Saya boleh tolong puan hubungi suami puan."

Suami? Otak Mawar bergeliga untuk berfungsi secara normal tapi gagal. Siapa suaminya?

"Saya tak ada suami. Suami saya dah lama mati. Saya bukan cari suami saya. Saya cari anak saya!"Ucap Mawar. Kasar. Kenapa orang sekeliling sekarang ini susah sangat nak faham dia?

"Kalau awak tak dapat tolong saya, tak apalah! Saya tak harapkan pertolongan orang macam awak dan suami awak!"Bentak Mawar lantaran meleraikan tangan wanita tersebut dari bahunya.

"Puan—"Cuma mampu terpinga bingung, wanita tadi tidak dapat memuntahkan sebarang ayat. Terkesima dengan gertakan Mawar yang nyaring.

Mawar merengus geram. Sepertinya dia masih tidak berputus asa mencari bayi membesar di dalam kandungannya selama ini yang telah hilang entah ke mana. Disitu matanya telahpun menangkap tubuh seorang wanita sedang menggendong seorang bayi baru lahir disamping suami tersayang.

"Baby?" Mawar menonong menghampiri pasangan suami isteri itu. Lebar senyumannya tatkala matanya berjaya menujah wajah kecil bayi di dalam gendongan wanita tidak dikenali itu.

"Baby, ini mama sayang."

"Maaf, puan. Puan siapa ya?"Soal si suami. Agak kasar. Tubuh isterinya segera dilindungi dari Mawar.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now