"Yah,ini bukan zaman kerajaan Joseon. Kenapa awak nak pakai pakaian macam ni? Lagi satu,siapa pula puteri yang awak maksudkan?"kata Y/N.

"Puteri,ini patik. Dayang Shim Eun,"kata perempuan itu.

Y/N terus bangun dan merasakan kepalanya sakit.

"Puteri,kepala puteri masih sakit ke?"tanya Dayang Shim.

"Aish,berhenti panggil saya puteri!!"jerit Y/N.

Tiba-tiba,dia menangis. Y/N mula serba salah.

"Janganlah menangis,"Y/N cuba memujuknya.

"Ini salah patik. Kalau patik berkeras nak teman puteri,mesti puteri takkan hilang ingatan,"kata Dayang Shim sambil menangis.

"Kenapa awak asyik panggil saya puteri?"kemudian dia mengalihkan pandangan.

Y/N melihat pantulan dirinya di cermin.

'Apa yang,'dia terus mendekati cermin itu.

'Ini memang wajah saya,'dia terus memeriksa badannya.

'Tapi,kenapa saya berpakaian macam ni?'hatinya berbisik.

"Nanti dulu. Kita berada di zaman apa sekarang?"tanya Y/N.

"Kita ada di zaman Dinasti Joseon,"kata Dayang Shim.

"Joseon? Jadi,saya ini puteri di zaman Dinasti Joseon?"tanya Y/N,masih tidak mempercayai kata-kata Dayang Shim.

"Puteri ialah puteri kerajaan ini,Kim Sae Hyun,"kata Dayang Shim.

"Kim Sae Hyun?"jauh Y/N termenung.

'Apa ni? Saya ialah puteri? Kenapa namanya menyedihkan betul?'bisik hati Y/N.

"Puteri,patik akan kembali semula,"Dayang Shim bangun lalu keluar dari biliknya.

Y/N terus bangun.

"Apa ni? Saya ialah puteri? Macam mana saya boleh sampai ke zaman Dinasti Joseon? Apa yang berlaku ni?"Y/N sedang bercakap seorang.

Kemudian,barulah dia perasan yang badannya tidak merasa sakit walaupun dia ditembak sebelum ini. Puteri! Puteri! Kedengaran seseorang memanggil dari luar. Bang!! Pintu dibuka.

"Puteri,tak sangka puteri dah sedar,"seorang wanita pertengahan umur memanggilnya puteri.

Y/N berpaling dan matanya terbuntang.

"Nanti dulu. Eomma?"Y/N sangat terkejut. Wajahnya sangat iras dengan mendiang ibunya,Yoona.

"Eomma,kenapa awak jadi dayang pula?"tanya Y/N.

"Puteri,patik bukan bonda puteri. Patik ialah Dayang Im. Dayang Im Yoon Ah,"katanya.

'Itu nama mak. Apa ni? Ini kehidupan sebelum kelahiran semula saya ke apa?'bisik hatinya.

"Nanti,apa yang terjadi ni?"tanya Y/N.

"Puteri,sebentar lagi putera akan tiba. Putera sangat teruja bila dengar puteri dah sedar,"kata Dayang Im.

Kemudian,kedengaran derapan kaki sedang mendekati biliknya.

'Mak saya jadi dayang? Siapa jadi putera? Sunbaenim ke?'Y/N membuat andaian sendiri.

Dan kemudian pintu bilik itu dan akhirnya Y/N dan putera itu bertemu. Y/N lebih terkejut. Putera itu terus berlari dan memegang tangan Y/N.

"Syukurlah kamu dah sedar,puteriku,"kata putera itu.

Dalam mata Y/N masih tidak mempercayai siapa di hadapan matanya.

"Jihoon,"panggil Y/N.

Dia ialah lelaki sama yang mati ditikam oleh Xiumin semasa cuba menyelamatkannya dan juga dia ialah cinta hati Y/N,Park Jihoon.

"Puteri,puteri ingat putera?"tanya Dayang Shim.

"Apa maksud kamu?"tanya Jihoon.

"Begini. Masa mula-mula puteri sedar,dia langsung tak ingat patik,"kata Dayang Shim.

"Puteri juga memanggil patik bondanya,"kata Dayang Im pula.

"Jihoon,betulkah ini awak?"tanya Y/N.

Y/N meraba-raba wajah Jihoon.Jihoon mengangguk. Y/N terus memeluknya. Jihoon yang masih tergamam terus membalas pelukannya.

'Jihoon,awak tak tahu betapa rindunya saya pada awak. Awak mati disebabkan saya dan akhirnya saya dapat bertemu awak lagi,'bisik hatinya.

Air matanya mengalir. Jihoon meleraikan pelukan perlahan-lahan.

"Wae? Dinda terlalu rindukan kanda sehinggakan dinda menangis?"Jihoon menyakat Y/N.

Jihoon mengelap air mata Y/N. Kemudian,dia memberi isyarat supaya Dayang Shim dan Dayang Im meninggalkan mereka.

"Saya ingat awak dah mati,"kata Y/N.

"Apa ni? Dinda bermimpi yang kanda mati? Sampai macam tu sekali kamu risaukan kanda,ya?"kata Jihoon lalu tersenyum.

Y/N bermaksud lain kerana Jihoon meninggal di depan matanya pada zamannya.

"Sudahlah. Dinda rehatlah dulu. Kanda akan datang lagi,"kata Jihoon.

Dia menggosok kepala Y/N lalu meninggalkannya.

'Kalau betullah ini mimpi,saya tak nak bangun. Selagi awak ada,saya takkan pergi,'bisik hatinya.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu