"Settle." Tangannya menepuk lembut dada lelaki itu sebelum dia mengatur langkah masuk kedapur bersama pinggan yang sudah kosong. Pinggan kaca itu diletakkan didalam singki sebelum dicuci. Setelah siap mengemas dia pergi kearah Mikael yang sedang duduk diatas sofa.

"By the way Mikael. Mungkin malam ni I balik lewat. I hope you don't mind." Sorotan matanya memandang Mikael. Telefon yang dipegang lelaki itu diletakkan ditepi setelah dia mendengar suara lunuk itu.

"Kalau macam tu biar aku hantar dengan ambil kau," cadang Mikael.

"Takpe Mikael. I tak nak susahkan you. I boleh jaga diri." Mikael menggeleng.

"Tak susahkan aku pun." Medina mengangguk seraya mengambil stokin hitam yang berada didalam almari kasut lalu dihulurkan pada lelaki itu.

"Thank you." Medina mencapai bag tangannya sebelum dia mengambil kasutnya yang berada dalam rak. Kasut diletakkan diatas lantai. Punggungnya dihenyekkan diatas sofa. Pandangan matanya memandang Mikael yang menuju kearahnya.

Lelaki itu melututkan kakinya lalu dia mengambil kasut Medina sebelum dia menyarungkan kasut itu dikaki Medina. Wanita itu pegun.

Lelaki itu tak tahu ke bahawa hatinya sudah sarat dengan rama-rama?

"Thank you." Medina bangun lalu meraih tangan Mikael. Lelaki itu hanya berdehem. Masing-masing keluar dari rumah lalu menuju ke kereta mewah yang elok tersusun digaraj. Medina melepaskan tautan tangan sebelum dia masuk masuk kedalam kereta itu.

Setelah setengah jam berapa didalam kereta akhirnya kereta mewah itu berhenti dibawah bangunan megah. Medina memandang Mikael disebelah.

"Thank you sudi hantar I," ujar Medina sebelum dia melabuhkan ciuman dipipi kanan Mikael. Dengan cepat dia keluar dari kereta itu. Mikael terkebil-kebil menghadam perbuatan Medina.

"You ambil I dalam pukul 9 tau. Kalau tak boleh ambil let me know and jangan lupa makan roti yang I bekalkan untuk you," tambah Medina lagi sebelum dia melangkah masuk kedalam bangunan itu. Mikael hanya menggeleng kepala melihat karenah wanita. Seketika bibir menguntumkan senyuman nipis apabila matanya memandang plastik yang berisi bekal lut sinar.





MEDINA melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia mengeluh perlahan. Mikael tak pernah lambat macam ni. Angin sejuk menerpa kulit putihnya. Hujan diluar bangunan dipandang.

"Nak tunggu dia atau nak balik?" soalnya sendiri. Mesej dah. Call pun dah tapi tak dibalas atau dijawab. Dia bangun lalu keluar dari lobi bangunan itu. Matanya disapa dengan seorang kanak-kanak yang sedang duduk ditepi bangunan sambil memandang hujan. Dia tak sampai hati nak tinggalkan kanak-kanak itu kerana zaman sekarang banyak kes penculikan budak. Lagi-lagi ditengah bandar macamni.

"Adik..." panggil Medina. Kanak-kanak itu memandang Medina. Perlahan-lahan Medina mendekati kanak-kanak itu.

"Kenapa sorang-sorang ni?" soal dia lagi.

"Nak mandi hujan tapi mama tak kasi." Medina tersenyum kecil.

"Ouh... Mama adik tak kasi mandi hujan sebab dia taknak adik sakit." Kanak-kanak itu bangun lalu menuju kearah Medina. Tangan wanita itu ditarik.

"Eh..."

"Aunty jom mandi hujan..." ajak kanak-kanak itu. Medina tak sampai hati nak menolak. Dia meletakkan tas tangannya diatas kerusi berhampiran sebelum dia mengikut langkah kanak-kanak itu. Titisan hujan sudah membasahi bajunya.

"Aunty... Thank you sebab teman Fira main hujan." Medina tersenyum kecil seraya mengelus lembut rambut kanak-kanak itu.

"Kenapa Fira nak mandi hujan sedangkan Fira boleh je mandi dekat pool or theme park?" soal Medina. Rambut yang menutup wajahnya diselit kembali ditelinga. "Sebab Fira rindu papa..."

Mikael'sDär berättelser lever. Upptäck nu