49 | LITTLE HAKAN ARSALAN

Start from the beginning
                                    

"Kalau boleh, papa tak nak Hakan jadi macam papa. Papa tak nak Hakan jadi macam Nathan. Kami senasib. Dilahirkan ke dunia untuk dapatkan harta. Tapi, Hakan papa akan cuba sedaya-upaya untuk selamatkan Hakan dari kerakusan manusia. Papa janji."

"Hakan cepat membesar dan cepat sembuh macam baby lain ,okey? Papa sunyi, Hakan. Mungkin ini hukuman yang papa kena jalani sekarang ni. Papa terima, Hakan."

"Papa rindukan dia. Kalau papa tak tinggalkan dia, semua ni tak akan berlaku. Semua ni salah papa. Kalau Hakan dah besar nanti, dah boleh pukul papa, Hakan pukullah papa. Papa memang berhak untuk dipukul."

"Papa manusia biasa, Hakan. Papa bukan malaikat. Hakan akan tahu benda ni nanti. Hakan akan faham. Dosa memang tak pernah lari dari kita. Dunia ni kejam. Penuh dengan kepalsuan ,fitnah dan pengkhianatan. That's a reality of life, my son."

"Hakan—"

Hayden kucup jari-jemari kecil Hakan. Lama. Bau yang sangat dia rindukan. Kata orang, baunya datang dari syurga.

"Boleh papa minta sesuatu?"

Hakan kelihatan buka sedikit matanya, kemudian melilau mencari arah datang suara Hayden.

"Doakan mama supaya cepat sedar. Lepas mama dan Hakan sembuh, kita balik rumah kita. Kita bergurau sama-sama. Kita ketawa sama-sama. Kita makan sama-sama. Just three of us. Only us. Hakan tolong papa, okey? Hakan kuat. Papa tahu Hakan anak kuat dan cekal. Anak yang pintar."

Lirih, Hayden terasa dadanya bagai dipijak-pijak. Kebahagian yang sudah lama dia impikan bersama Mawar selepas gagal bersama arwah Rossa. Tapi, kali ini dia nekad tak akan gagal lagi menggapai kebahagiaan seperti itu.

"Kita akan bina hidup baru. Kita akan pergi jauh. Jauh sejauhnya dari orang lain. Itu janji papa."

"I'm sorry, Hakan. I'm not a good father. Papa dan abaikan mama dengan Hakan. Papa akan tebus balik kesalahan papa. Okey? Maafkan papa, okey? Mama dengan Hakan sama-sama maafkan papa, okey? Papa dah sedar, Hakan. Papa tahu salah papa."

"Papa sayangkan Hakan. Papa sayangkan dan cintakan mama. Dan, papa tahu Hakan dan mama sayangkan mama. Oh, papa lupa. Papa ada bawa sesuatu untuk Hakan." Pemuda itu seluk sebuah mainan kapal terbang di dalam poket jaket bombernya.

"Here." Tangan Hakan diambil, dibawa untuk menyentuh permainan kapal terbang sebesar saiz jari anak kecil tersebut.

"Do you like it? Papa tahu Hakan suka. Papa beli untuk Hakan. Kalau Hakan sembuh, papa janji akan belikan Hakan lebih besar lagi. Papa janji. Yang penting, Hakan kena kuat demi papa dan mama."

"Papa letak dekat sini, okey? Nanti kita boleh main sama-sama lagi. Sekarang ni, Hakan kena tidur dan rehat secukupnya." Permainan kapal terbang tadi dilepaskan dari genggaman Hakan.

Dentuman bunyi pintu wad mencuri tumpuan Hayden. Kelihatan James menapak mendekatinya dengan perlahan.

"Tuan Hayden, Ratu Kalsom nak jumpa dengan tuan sebentar. Kami baru aje sampai di hospital."James tepuk bahu Hayden. Menyedarkan jejaka itu tentang ketibaan Ratu Kalsom dari Perancis yang baru tiba hospital sebentar tadi.

Hayden mengangguk sekali. Bangkit dari kerusi lalu menuju ke arah pintu wad. Kira-kira jarak sejauh sepuluh meter, retina mata Hayden sudah dapat menangkap bayangan Ratu Kalsom dan dua orang pengawal peribadinya.

"Hey—nenda."Hayden hulur segaris senyuman pada Ratu Kalsom.

"Macam dengan keadaan baby tu?" Tanya Ratu Kalsom. Serius. Memandang tajam wajah Hayden.

"He's fine."

"Ada menangis cari Mawar?"

Hayden menggeleng. Dari pandangan mata Ratu Kalsom, dia tahu wanita berumur itu sedang menahan kemarahan dan kekecewaannya. Walau kiasan raut wajah yang tersenyum, Ratu Kalsom seperti tidak senang dengan berdepan dengan dirinya.

"Are you okay, baby?"

"I'm good."Jelas Hayden sepatah,  melakarkan segaris senyuman sumbing pada bibir Ratu Kalsom.

"Good." Balas Ratu Kalsom.

"And good to see you again, baby. Jom balik Salmonacreeks. Nenda nak bincang sikit dengan Hayden."Selepas mendakap tubuh Hayden serta menghadiahkan satu ciuman pada pipi Hayden, Ratu Kalsom terus menarik lengan Hayden pergi dari kawasan itu.

"NENDA sangat kecewa, Raja Hayden Behzad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NENDA sangat kecewa, Raja Hayden Behzad. Terlalu banyak perkara dah berlaku sekarang ni. Kehilangan Nathan, Hades tak tahu pergi mana, Mawar bertarung dengan nyawa dan bayi kecil tu dilahirkan secara pra-matang. Nenda nak tanya kau, Hayden. Adakah kau dah puas dengan apa yang kau dah buat sekarang ni?"

Hayden sekadar mampu berdiam. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan untuk menyebelahi diri sendiri. Dia tahu, ini adalah kesalahan yang seratus-peratus dia olah sendiri. Dia tak mampu menjaga Salmonacreeks dengan baik.

"Hayden—"

Hayden angkat mukanya. Menelaah wajah merah padam Ratu Kalsom. Pak! Kepalanya tiba-tiba terteleng ke tepi selepas tamparan perit itu hinggap papa pipi.

"Dayus engkau ni. Kalau papa kau tak cerita apa yang kau dah buat dekat Mawar, selamanya nenda tak tahu perangai busuk kau ni. You raped her? Then, leave her for three months? Dia bawa anak kau. A son. Bayi tu satu permata untuk Gambino, Hayden!"Bentak Ratu Kalsom.

"Habis, Nenda nak buat apa dekat anak aku?" Hayden keluarkan satu peti suara yang cukup dingin.

"Nenda akan bawa dia ke Perancis. Jauh dari kau, jauh dari ayah kejam macam kau. Dibesarkan dekat sana dan akan menguruskan perniagaan Gambino di Perancis. Nenda tak nak kau jumpa dia."

"Tiga bulan tu aku tak ada niat nak tinggalkan Mawar sendirian dalam apartment. I'm suffering from imsonia and depression! Aku perlukan waktu untuk healing dan perlukan masa untuk berfikir macam mana nak khabarkan berita ni dekat Mawar!" Nada Hayden naik setelah Ratu Kalsom membuat keputusan untuk membawa Mawar dan Hakan ke Perancis selepas semua ini selesai. Jauh dari dirinya.

"Kau tak perlu masa, Hayden. Kalau kau bijak, kau kena jelaskan perkara ini awal-awal dekat Mawar. Selesaikan tugas kau dulu. Kes Rossa belum selesai. Kes Nathan juga belum selesai."

"Jangan heret Hakan ke dalam senarai wasiat. Hakan berhak dapat kehidupan yang sempurna. Aku tak nak Hakan jadi macam Nathan atau jadi macam aku. Hakan berhak tentukan kehidupan dia sendiri. Don't do this bullshit to my son!"Jerkah Hayden.

Meja kaca di depan mata ditumbuk sekuat hati. Diterbalikkan dengan perasaan marah. Lalu, kakinya mendayung meninggalkan Ratu Kalsom.

Tidak peduli dengan laungan Noora, Hayden bergegas mendapatkan keretanya di halaman parkir villa salmonacreeks. Membawa kereta itu pergi dengan laju dari villa secepat yang mungkin. Tanpa arah tujuan, Hayden tetap mencari Hakan dan Mawar di hospital untuk meluahkan perasaan.

*****
07.09.2021
Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now