BAB 1

475 26 6
                                    

Pada hari ini. Hari yang paling dinanti-nantikan oleh seorang jejaka bernama Ali bin Ghazali. Setelah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Oxford Britain, dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya yang tercinta. Kepulangan ini bukanlah biasa-biasa sahaja, tetapi kepulangannya adalah membawa sebuah kejayaan yang terbaik kerana Ali berjaya mendapat sijil ijazah master dalam bidang teknologi.

"Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menghabiskan pelajaran." Gumam lelaki tersebut sambil matanya melihat sijil pelajarannya. Dari mula menaiki kapal terbang sehinggalah sudah masuk ke dalam sekalipun, matanya tidak lekang melihat akan sijil kejayaan tersebut.

Setelah sekian lama menikmati perjalanan di atas udara, kapal terbang MAS berjaya membuat pendaratan yang selamat di Kuala Lumpur International Airport. Ali bersiap sedia mengalas begnya serta membawa keluar sebuah beg bagasi yang diletakkan di sebelah tempat duduk kosong yang terletak di sebelah tingkap.

"Cyberaya, aku sudah pulang." Gumam si Ali dengan perasaan yang gembira serta bersyukur kerana dapat kembali menjejakkan kaki di tanah air setelah lima tahun dia di London.

Ali mula meninggalkan kapal terbang lalu menuju ke sebuah kafe yang ada di dalam KLIA. Sementara dia bersarapan, dia sempat menelefon seseorang yang akan mengambilnya pulang ke rumah.

"Assalamualaikum ayah." Sapa Ali.

"Waalaikumussalam. Anak ayah dah sampai KLIA ke tu?." Soal Dr Ghazali. Kedengaran ayahnya amat gembira akan kepulangan anaknya itu.

"Alhamdulillah. Ali dah sampai dah pun kat KLIA. Ayah macam mana kat rumah? Sihat?." Soal anaknya dengan nada yang teruja. Sudah lama telinganya itu tidak mendengar suara ayahnya. Maklumlah duduk di luar negara tiada masa. Terpaksa korbankan masa untuk pembelajaran.

"Alhamdulillah. Ayah sihat je kat sini. Haaa lagi satu, dah alang-alang kamu dah sampai. Nanti ayah datang jemput kamu."

"Ehh takpelah ayah. Lagipun teksi kan ada. Tambahan pulak ayah kan mesti sibuk bekerja sekarang kan?." Soal Ali.

"Ehh takdelah. Hari ni ayah cuti. Takde projek baru masuk lagi. Minggu depan ayah kerja balik." Ujar Dr Ghazali.

"Ermm kalau macam tu...bolehlah ayah ambik Ali."

"Haaa ok. Tunggu kat situ. Nanti ayah datang. Jangan ke mana-mana pulak." Pesan ayahnya. Ali tertawa kecil dengan apa yang diperkatakan oleh bapanya itu.

"Haha, haih ayah ni. Ali bukan budak-budak lagi ayah. Ali dah besar kan."

"Haih apa salahnya. Bukan selalu ayah dapat bercakap dengan kamu macam ni. Dah lah, ayah gerak sekarang. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Mereka berdua menamatkan panggilan.

"Pesanan untuk tuan." Seorang pelayan wanita menyapa Ali sambil membawa sepiring cawan kopi latte dan sepinggan pancake madu untuk Ali.

"Ouh, terima kasih." Balas lelaki itu. Dia kembali melihat semula telefon pintarnya. Apabila dia membuka galeri, terpapar gambar-gambar dia dengan sahabat-sahabat Mat Saleh di London. Ada gambar Ali melawat jambatan London, gambar Ali dengan seorang pengawal tentera Britain dan sebagainya yang berkaitan dengan negara Puteri Elizabeth.

"Haih, I Miss you all." Gumam Ali. Bila dia melihat sebuah fail, kelihatan gambarnya bersama dengan seorang cikgu bertubuh kerdil dan bersama dengan pelajar yang lain sedang bergambar di dalam kelas. Ali cuba mengimbau semua akan kenangan di dalam gambar tersebut.

"Ouh ya! Ni Puan Munah! Cikgu lama aku dulu! Haih apalah dia buat sekarang ye?." Gumam Ali di dalam hati.

Dia juga turut memerhatikan gambar rakan-rakannya yang lain seperti Viktor, Mia, Boy, Shaun, Sarsi, Mawar, Melati dan seorang gadis yang amat dia kenali sekali ketika dia masih kanak-kanak ketika itu. Gadis itu memakai cekak bewarna hijau dan berambut separa pendek.

Mulalah benak fikiran Ali teringat akan pelbagai kenangan pahit manis ketika dia bersama dengan gadis tersebut.

"Haha. Haih...kenapalah aku merasakan kisah yang lalu macam...baru je semalam terjadi." Gumam Ali sambil mengukir senyuman seorang diri. Lagi-lagi bila dia teringat kisah dia dengan gadis itu.

"Haih Alicia, apakah kau masih ingat lagi pada aku kalau aku jumpa kau? Aku harap kau tidak lupa pada aku." Gumam Ali.

~~Balik... Putaran realiti terbalik...🎵🎶~~ (bunyi nada dering telefon Ali)

"Haaa Assalamualaikum ayah." Balas Ali. Telefonnya segera diletakkan di telinganya.

"Waalaikumussalam, ni ayah dah sampai kat gate depan ni." Kata Dr Ghazali.

"Ha ha ye. Ali gerak sekarang." Ali terus menyimpan telefonnya di dalam poket hoodie. Duit kertas bernilai RM20 juga sempat diselitkan pada piring cawan.

Bersambung...

SANG PUTERA IRIS (EA FANFIC)Where stories live. Discover now