September.
Nur Iris Darwish tersenyum nipis. Kenangan lalu seakan berputar kembali. Pertemuan pertamanya di sini, sebuah taman yang diberi nama Patera.
Jaraknya 300 kilometer ke dalam dan mengambil masa berhari untuk sempai ke sini.
Namun itu semua tidak menjadi masalah baginya.
Kerana seorang Nur Iris Darwish bukanlah seorang yang lemah, dia mampu memanah, dia mampu berkuda, dia juga tangkas menggunakan pedang.
Tetapi...
"Iris!" satu suara menariknya semula ke alam nyata. Kepalanya menoleh ke arah empunya suara.
Noah Adam Abdullah.
Bibir merahnya menarik senyuman lebar.
Kelihatan lelaki itu bergerak pantas ke arahnya. Wajah tegang dan tidak beremosi Noah Adam langsung tidak mengungat dirinya, malah terasa teruja mahu bertemu dengan lelaki itu.
"Kau ke mana?! Tchh! Suka buat aku risau."
Kttap!
Dahinya di jentik menggunakan jari besar lelaki itu.
"Sakitlah." tuturnya bersama cebikan panjang.
"Kenapa masuk ke sini?" tanpa menghiraukan dirinya, lelaki itu menyoal. Mata besar itu melilau sekeliling pagar sesat.
Nur Iris menghembus nafas kasar.
Kenapa semua masih begini? Adakah kerana dirinya ini seorang wanita?
Tidak tahukah mereka Siti Khadijah itu juga seorang wanita, yang sangat hebat. Harta tulangnya juga disuruh jual untuk membantu agama.
Mengapa tidak Nur Iris Darwish.
"Kenapa masuk ke sini Iris? Kau tahukan bahaya bila-bila masa je boleh datang."
Matanya merenung ke arah Noah Adam.
"Aku cuma nak rasa bebas. Lagi pun dedaun di sini cantik dan segar."
Lelaki itu terdiam.
"Adam. Tak boleh ke sekali je kau benarkan aku ke sini? Bebas macam kau selalu buat."
"Tak boleh. Kau adalah puteri yang sempurna. Di sini bukanlah tempatmu."tuturnya tegas.
YOU ARE READING
PATERA
RandomKota Patera yang penuh dengan ceritera tersurat Start : 21/9/2021 End : until The ending was here
