"Shhh— Tak payah salahkan diri you sendiri masa ni. Kita tak tau apa jadi dekat Nathan malam tu. Mungkin dia mengigau lepastu, terjatuh dari tangga tanpa sedar. I'm sorry, honey. I akan sentiasa bersama you."

"Dia kemungkinan lumpuh. Semua ni salah aku sebab dah abaikan dia..."

Noora eratkan lagi pelukan pada tubuh Hayden. Hilang Hayden yang bengis cuma tinggal Hayden yang lemah saja sekarang ini. Belakang Hayden ditepuk-tepuk seperti melayani si budak kecil berusia tiga tahun.

"Hayden, pandang I. Tak kira apa yang berlaku sekarang ni bukannya salah you seratus-peratus. I tahu you sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak tengokkan Nathan. Okey?" Pujuk Noora lembut.

"Lepas ni, I nak you ambil iktibar atas apa yang berlaku. Jangan abaikan Nathan, jangan sesekali abaikan I, dan jangan abaikan Villa Salmonacreeks. Kami ini dunia you, Hayden. Bukan orang-orang diluar sana seperti Mawar. Tengok apa yang Mawar dah buat dekat you. Waktu getir macam ni ada ke dia nak jenguk Nathan? Dia nak Nathan just for her own good."

"I love you. Nathan loves you. Semua orang sayangkan you..."Bisik Noora. Seinchi tubuh Hayden tidak akan dia lepaskan. Sudah lama dia ingin memeluk tubuh Hayden. Wangian Hayden yang senantiasa membangkitkan rasa rindunya buat lelaki ini.

DIRENTAP tangan Noora jauh dari kawasan Hayden terlelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIRENTAP tangan Noora jauh dari kawasan Hayden terlelap. Kelihatan lelaki itu sangat nyenyak dibuai lena di atas kerusi pelawat yang telah tersedia.

"Apa kau dah buat ni Noora? Mama tengok teruk dah budak tu." Tiba di tempat yang agak terperuk, bentakan Datin Ammara membolosi bibir dengan lancang.

"Noora tak sengaja."Kendur nada Noora tapi tak ada riak bersalah pun terhias pada wajah wanita itu.

"Tak sengaja? Tak sengaja apanya? Kenapa nak libatkan Nathan sekali? Kau ni dah melampau. Eh, kalau Hayden tahu benda ni, mati kita ni!"

"Noora buat semua ni sebab nak Hayden balik. Noora perlukan suami Noora. Sekarang ni dia dengan Mawar dah jumpa balik dan Winstons dah berjaya buktikan dekat I! He had slept with that woman behind my back!"

Noora keluarkan telefon pintarnya dalam beg tangan seraya ditunjukkan gambar Hayden dan Mawar sedang bercengkerama romantik di Bayu Apartment semalam. Bukan itu saja, masih banyak lagi babak-babak panas Hayden dan Mawar berjaya ditangkap oleh orang suruhannya.

"Dan perempuan tu sedang hamil anak dia. Tapi Noora? Apa fungsi Noora? Apa yang Hayden dah buat dekat Noora selama ni harus dibayar. Noora menderita, mama. Perkahwinan dah dekat setahun tapi Hayden tak pernah sentuh I!"

"Dia tidur dengan perempuan sebab nak zuriat! Bukan dia cintakan perempuan tu. Hayden tak pernah cintakan Mawar. Hayden cintakan kau!"

"Dia cintakan Mawar, mama. Dia tak pernah cintakan Noora."Bidas Noora yakin sambil mengacip giginya erat. Air mata dendam akhirnya mengalir jua dari empangan matanya.

"Tak, mustahil. Mustahil Hayden tak cintakan kau. Kau seorang wanita yang berkerjaya dan jelita, Noora. Cuma kau kena berusaha lebih keras lagi untuk dapatkan dia. Dia dah lama kehilangan isteri. Noora mesti tahu benda ni."

"Mama tak tahu apa yang terjadi. Dia tak cintakan Noora. Noora kena korbankan sesuatu untuk dapatkan dia." Ujar Noora mendalam. Tangan Datin Ammara ditepis supaya tidak lekat pada kulitnya lagi.

"Noora—"Datin Ammara terkesima.

"Jangan sentuh Noora."

"Noora sayang. Mama minta maaf. Mama akan bela Noora dan tak akan ceritakan apa-apa pada keluarga Hayden. Mama janji."Janji Datin sekali linangan air mata.

"Tinggalkan Noora dengan Hayden sendirian. Noora kena jaga Hayden. Hayden perlukan Noora."Usir Noora perlahan tapi sangat menyentap jiwa Datin Ammara.

"Leave me alone! You're not my mom anymore!" Tengking Noora.

Selepas jtu, panjang kaki Noora meninggalkan Datin Ammara. Benci. Dia benci dengan Datin Ammara tidak menyokong tindakannya ini. Mutiara jernih meleleh sekitar pipi diseka laju. Tubuh Hayden yang kesejukan dan masih kaku melayar mimpi dipeluk semula.

"Nathan...."Rengek Hayden dalam tidur.

"Shhh— Ini Noora. It's okay, honey." Noora cepat-cepat mengelus ubun-ubun Hayden. Kening Hayden disentuh dengan tapak tangan. Panas!

MAWAR hempaskan nafas berat keluar hidung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MAWAR hempaskan nafas berat keluar hidung. Cuma mampu menahan sabar yang cuma tinggal setipis kulit bawang. Gagang interkom diletakkan semula pada tempat asal dia gagal lagi menyambung talian ke telefon pintar milik Hayden.

Bunyi suis lampu automatik terpetik diluar kamar memakukan Mawar tak lama. Lambat-lambat dia bingkas dari birai katil ingin melihat siapa yang datang.

"Hayden?"

Figura Hayden kelihatan amat tergesa-gesa keluar dari sebuah bilik berkunci dengan penampilan yang sangat tidak terurus. Kemudian, lelaki itu menapak semula ke arah pintu depan apartment sambil menyarungkan sehelai jaket ke badan.

"Hayden, macammana dengan keadaan Nathan? Awak belum jawab lagi soalan saya. Dah tiga hari awak tak angkat call saya."Tergesa-gesa Mawar mengejar kaki Hayden. Lengan lelaki itu terus direntap bersama riak pelik mewarnai wajah Mawar.

"Hayden?" Dibelek dari atas ke bawah penampilan Hayden yang bersuit hitam dan berkemeja hitam seperti orang baru saja habis menghadiri acara pengebumian itu.

"Nathan tak apa-apa cuma masih perlukan pemantauan yang serius." Jawab Hayden dingin.

"Pemantauan yang serius? Maksud? Awak jangan sembunyikan keadaan sebenar dia. Kalau dia kritikal, i think he needs me." Gumam Mawar berharapan Nathan mudah kuat dan sedar bila dia ada disisi nanti.

"Dia tak perlukan kau."

Mati lekukan senyum Mawar atas kenyataan suaminya. Bebola mata yang bersinar-sinar tadi terus berkedip kemerahan menahan rasa sebak yang entah datang dari mana.

"Nathan perlukan saya , Raja Hayden Behzad."

Hayden rentap lengannya kuat dari tangan Mawar.

"We have to split. Aku ada banyak kerja dekat luar. Lepas ni, mungkin aku jarang balik sini. Kalau ada apa-apa, bagitahu James." Tukas Hayden.

"Hayden—"

"Hayden, i need you. Your baby is waiting for you." Hilangnya tubuh Hayden dari apartment, Mawar terduduk lemah atas sebuah sofa.

"Saya rindukan awak. Baby nak awak pegang dia..." Mawar pegang pasrah perut boyotnya. Kecewa.

*****
01. 09. 2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now