"Tadi abang ajak pergi pejabat abang, sayang tak nak.."

"Jom pergi office abang.."

"Nak peluk.." Pinta Inara manja.

"Meh peluk dulu, meh.." Tangan didepakan. Haish! Comelnya lah aura ibu mengandung ni!

Tubuh Inara ditarik ke dalam pelukannya.

"Jom." Inara tersenyum lalu dia terus bangun dari duduknya. Tangan Adrian ditarik keluar dari butik dengan senyuman lebar.

"Macam tu je ke, bodoh?!" Firdaus menghentak kaunter butik itu dengan perasaan tidak puas hati.

Kalau aku tahu semudah kacang hijau pulut kuning macam tu je cara nak pujuk Inara, dari tadi lagi aku dah telefon Adrian!

"Mengada betul perempuan tu." Kutuk Firdaus. Puih!

"Haih.. Aku pun nak suami macam Encik Adrian tu.." Syarifah disebelah mula berangan-angan.

"Eh?" Firdaus memandang Syarifah dengan jengkel.

"Apa? Aku ni comel apa?"

"Angan-angan kau terlalu tinggi, nyah.. Sama macam readers cerita ni."

"Biar ah! Kau apa tahu?!" Bahu Firdaus disenggol dengan kuat.

"Nyenyenye.." Syarifah menjeling Firdaus. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..

Ingin dia pukul itu Firdaus anjing.

Cuba bagitahu siapa je yang tak nak Adrian Khalaf jadi suami? Dah lah hensem, penyabar, romantik.. Memang patut readers suka.

Haih! Syarifah pun nak..







         "ABANG.." Adrian yang sedang memeriksa beberapa buah dokumen penting itu mengangkat wajah memandang Inara apabila diseru oleh isterinya.

Pen yang berada di tangannya diletak ke atas meja kaca tersebut manakala fail pula ditutup.

"Why, love?" Tumpuan dia hanya kepada Inara yang berada dihadapannya sahaja.

"Jom pergi makan, abang.." Adrian menilik jam ditangannya. Masih terlalu awal untuk keluar makan tengah hari.

"Jom.." Dia bangun dari kerusi kerjanya dan tangan Inara dicapai. Tak apa, kerja tolak tepi. Isteri lebih penting..

"Sayang nak makan apa?"

"Satay ostrich.." Adrian menelan liur perit. Itulah Adrian! Kan dia dah betul-betul mengidam daging burung unta..

"Okay, sekarang juga kita pergi beli.." Alamatnya kena drive jauh lah kau, Adrian..

"Tapi nak yang abang masak." Tambah Inara lagi. Adrian mengangukkan kepala.

"Kita beli daging lepastu balik rumah, abang masak.."

"Sayang abang!" Pipi Adrian dicium mesra.

"Sayang isteri abang juga." Pipi Inara dicubit geram. Gigit kang!

"Abang tak marah?" Tanya Inara polos.

His Eternal Love Where stories live. Discover now