Moon: Boleh tahan hot jugak dia ni.

Mika: Macam mana dia boleh ada kuasa?

Jet: *tengok tab* Tak ada apa² data untuk yang tu. Dan aku dah upah orang tanya dekat Pulau Rintis tu. Memang BoBoiBoy tu superhero yang ada kuasa yang lindungi Pulau Rintis tu.

Rudy melihat semua maklumat yang mereka ada.

Rudy: Kuasa Elemental. Yang kita tahu cuma lima kuasa berdasarkan dari apa yang orang sana cakap. Dengan kuasa sekuat tu,tak ke kau rasa dia boleh bunuh kita semua sekali sapu saja?

Kata² Rudy membuatkan semua terfikir.

Betul juga kata dia. Kuasa sekuat tu boleh bunuh mereka. Itupun kalau BoBoiBoy....

Alicia: *geleng* Tak,dia tak kan bunuh kita. Itu bertentangan dari apa yang dia perjuangkan selama ni. Dia superhero,dia tolong orang.

Khai: Hm...Tak juga..Kau tengok apa yang dia boleh buat. Dia lawan kita semua tanpa kuasa.

Alicia:*sigh* Aku tahu.

Roza: Heh,superhero pun ada masalah jugak.

Mika: Apa maksud kau?

Roza menunjukkan helaian kertas yang ada berita.

Roza: Apparently, BoBoiBoy tu tak boleh kawal perasaan dia. Perasaan dan kuasa dia berkait rapat. Dia pernah bakar beberapa harta orang hanya sebab dia stress. Sebab kejadian tu,orang dah mula tak percaya pada dia sebab takut dia hilang kawalan kuasa.

Bulat: Jadi,dia tak boleh kawal kuasa dia ke?

Roza: Lebih kuranglah. Jadi,kiranya kita kena tahan dia dulu baru boleh dapat Ali dan IRIS semula.

Iman:*sigh* Macam mana? Mereka dah tak ada dekat Pulau Rintis tu.

Chris: Oh,kejap. Aku ada dengor haritu masa siasat tempat tu. Setiap dua bulan mereka akan balik.

Moon: Jadi,mereka akan balik jugak ke nanti?

Chris: Gitulah rasanye. Tapi dok gitu pung.

Mika: Ceh. Dia mesti nak lawat ayah dia kan? Kita tunggu sajalah.

Alicia; Betul tu. Dr.Ghazali masih lagi ada dekat sini dan tak mustahil dia dah tahu Ali ada dengan budak tu. Sebab tak kan lah tiba² mereka bagi pengumuman yang Ali dah dijumpai dan dirawat sekarang?

Moon: Lah,habis tu? Tak kan kita nak main serang je? Kau lupa apa yang dia buat dua bulan lepas?

Rudy: Heh,kali ni kita bersedia,Moon. Orang tak guna tu akan kena tak lama lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali di Stesen TAPOPS dekat angkasa keesokkan harinya,ahli Kokotiam tak ada apa yang nak dibuat sebab dah tak ada misi untuk disapu.

Mereka dah buat semua sepanjang dua bulan lepas.

Sekarang ni,mereka semua duduk melepak dekat ruang utama. Yaya dan Ying berborak sesama mereka sambil minum teh,Gopal dan Fang tengah main game manakala BoBoiBoy dan Ali tengah berlatih.

Ali: Aduh...Kau laju sangatlah BoBoiBoy! Bagilah aku chance!

BoBoiBoy: Pfft- Kau boleh je kejar aku tapi kau malas kan?

Ali:*giggle* Ehek,aku penatlah.

BoBoiBoy:*geleng kepala* Hehe..Dahlah,jom rehat dulu. Kau dah berlatih lama dah ni.

Ali: Okay~*simpan yoyo*

Ali pergi pada Gopal dan Fang sebab nak main sama dan BoBoiBoy baring dekat sofa dengan tabletnya.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now