45 | GOD DAMN , LOVE

Start from the beginning
                                    

"Awang dah sembunyikan hak aku, kau ingat aku boleh berdiam diri macam orang bodoh ke? 5 bulan, Mawar. Kau dengan Awang sama-sama dah—" Tergantung ayat Hayden tika pipinya terasa pijar dilempang oleh sesuatu. Panas, sekali darah turut menyerbu lancar seluruh mukanya.

"Awak tak boleh paksa saya macam mana awak paksa sebelum ni. Saya bukan boneka. Kalau awak teruskan cara awak macam ni, tanggapan awak buat saya tunduk balik dekat awak salah. Bertambah benci lagi adalah!"

Hayden mengangguk kepala turut pandangan tajam ditala pada wajah Mawar.

"Kau kena ingat yang kau isteri aku. Mungkin kau dah tahu macam mana nak layan suami kau."

"Obey me." Ungkap Hayden seperti memberi amaran terakhir manakala jari telunjuk ditekan pada dada Mawar.

"Bawa budak tu masuk ke dalam dan jangan biarkan sesiapa masuk ke dalam bilik rahsia. Don't touch her. Aku nak jumpa dengan Awang petang ni. "Tegas Hayden kepada James.

Terpinga-pinga Mawar apabila dua orang pengawal Hayden mengheret kasar tubuh Yasmin pergi dari situ.

"Eh, apa benda ni main tarik-tarik ni! Jijiklah! Tak padan dengan muka macam ayam kampung sesuka hati nak tarik tangan orang! Pui!" Yasmin ludah muka James sekuat hati.

"Kurang ajar kau ni budak. Muka hensem tarik tangan kau suka pulak!"Bentak James lantas mengelap mukanya yang basah akibat ludah Yasmin dengan tali leher.

"Pedophile!" Teriak Yasmin di depan James.

"Jaga sikit mulut kau. Tak ada selera aku dengan budak berhingus macam kau ni. Hingus berbuih-buih keluar hidung. Geli tau tak!" Balas James seraya menghumban tubuh Yasmin ke dalam lift.

"Kak Mawar! Tolong Yasmin!"

"Yasmin!" Jerit Mawar setelah bergelut dengan Hayden untuk menyelamatkan Yasmin yang semakin hilang dari pandangan ditelan lift menuju ke apartment Hayden.

"Lepaskan Yasmin, bodoh!"Amuk Mawar lalu menerkam tubuh Hayden disebelahnya.

"You're such a hound and a selfish man!"

Menggila, Mawar benar-benar tidak tahan hati. Tidak sedar, air mata sakit hati mengalir jua dari kolam pipi. Hayden benar-benar melampau dan tidak sepatutnya mengheret Yasmin ke dalam permasalahan mereka. Sedar-sedar,  tubuhnya sudah berada dalam gendongan Hayden. Makin kuat dia meronta, makin kuat tangan Hayden merengkuh badannya.

           DUDUK meneleku di bibir katil manakala matanya menumpu tajam pada tubuh seorang lelaki yang sedang membelakanginya sekarang ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           DUDUK meneleku di bibir katil manakala matanya menumpu tajam pada tubuh seorang lelaki yang sedang membelakanginya sekarang ini. Keheningan suasana mencelah selepas perang tikam lidah berlangsung di antara mereka sebentar tadi. Dan, Mawar sekali lagi memulakan bicara di antara mereka memandangkan Hayden telahpun mengunci bibirnya rapat dan beku.

“Hayden Raja Behzad is always Hayden Raja Behzad. Awak tak pernah berubah. Saya jadi air, awak tindas saya. Saya jadi api, awak tercabar macam orang gila. Awak takut dengan bayang-bayang awak sendiri.”

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now