"Lunch tadi kau belum makan, kan? Kita singgah makan kafe Shah dulu."



TANGANNYA naik menepuk meja kafe itu dengan kuat. Sesekali dia menjeling semua pelanggan di dalam kafe tersebut.

"Ini tidak boleh jadi!" Bentak Firdaus geram.

"Maaf, encik.. Tapi kafe kami memang betul-betul tak ada jual kimchi.." Ujar pelayan yang berdiri disebelah meja yang menempatkan Firdaus dan Inara.

"Kenapa tak ada kimchi?!" Tanya Firdaus geram sambil mata mencerlung memandang pekerja baharu kafe tersebut.

Tawa ditahan apabila memandang wajah terkulat-kulat pekerja baharu itu. Tahu pun cuak?

Sebenarnya, dia perasan bahawa perempuan itu masih belum pernah dilihatnya sebelum ini jadi apa salahnya kalau dia mengusik? Muahahaha..

Inara disebelah menundukkan kepala dan mukanya ditutup dengan rambut berombaknya. Firdaus ni memang suka buat hal!

"Ma-maaf. Kafe ni memang tak ada kimc—.."

"Pembohong! Aku pernah makan kimchi dekat sini.."

"Be-betul lah encik! Siapa yang buat kimchi tu? Kafe ni memang tak ada kimchi dalam menu." Jelas pekerja kafe itu lagi.

"Mak aku yang buat." Jawab Firdaus ringkas membuatkan semua pekerja kafe yang sedang memerhatikan di dapur melepaskan gelak terbahak-bahak.

Sememangnya semua pekerja kafe disana sudah tahu perangai bebal Firdaus. Jadi mereka hanya diamkan sahaja.

"Ffy, dah lah tu. Kesian dia.." Tegur Inara apabila memandang wajah mahu menangis pekerja itu.

Dapat dilihat pekerja itu sedang menahan tangisannya yang bila-bila sahaja mahu keluar. Dia kena tipu kan tadi? Huwaaa..

Firdaus membetulkan kerongkongnya, belum sempat dia ingin bertanya lebih, terasa belakang kepalanya ditepuk kuat dari arah belakang.

"Kau kenapa buli pekerja aku?" Tanya Shah serius tanpa secalit senyuman.

Inara sudah menahan tawa melihat wajah terkebil-kebil Firdaus. Mungkin otak Firdaus masih tidak dapat berfungsi dek kerana kepalanya yang ditepuk kuat itu.

"Sakitlah, bangang!"

"Awak boleh masuk sambung buat kerja. Kalau lelaki ni datang lagi dekat sini, jangan layan.." Pesan Shah kepada pekerja baharunya itu.

Tidak menunggu lama, terus pekerja itu melangkah ke arah dapur.

Shah melabuhkan duduk di hadapan Inara.

"Hai, si cantik.." Tegur Shah kepada Inara.

"Stop it, Shah." Berbahang pula wajah Inara apabila ditegur begitu oleh Shah. Lelaki itu hanya tergelak lucu melihat wajah merah Inara.

"Kau tahu tak yang si Shah ni dalam proses mengenali seorang hamba Allah ni?" Inara memandang Shah dengan reaksi yang terkejut.

"Seriously, Shah?" Shah mengangguk..

"Is she someone I know?" Tanya Inara lagi dan kemudian Shah menggeleng.

"Dia selalu datang sini mengurat I." Lehernya digosok malu. Inara memandang Shah dengan pandangan yang penuh makna

Manakala Firdaus sudah berdiri dihadapan sebuah tong sampah. Tubuh dibongkokkan dan dia berpura-pura mengeluarkan isi perut. Geli!!

His Eternal Love حيث تعيش القصص. اكتشف الآن