Pengalaman seseorang sememangnya lebih menakutkan dari kekuatan seseorang. Latihan kasar yang aku jalani selama ini adalah untuk menguatkan dan meluaskan kolam mana aku. Aku tak perlu tunggu tahap meningkat untuk meningkatkan mana aku. Dengan latihan kasar ini ia membuatkan kolam mana aku bertambah secara semula jadi.

Aku menunggu berita dari mereka dan meninggalkan sarangku. Kini aku dibenarkan bebas ke dunia luar namun perlu kembali semula untuk menjadi alpha kelak. Rufus mencadangkan untuk memulakan kerajaan bebas bermula dari kerajaan naga. Hanya masa sahaja menentukan aku akan menjadi alpha.

Aku menemui mereka menggunakan kebolehanku merasai mana mereka dan dari peta. Aku sudahpun memilih tempat sebagai tempat untuk mewujudkan portal dan penanaman bunga Hell Spider Lily. Aku memanggilnya sebagai Lilies Portal yang merupakan [Hidden Dungeon]. Hanya aku dan mereka yang dibenarkan sahaja dapat memasuki gua ini.

Setiap makhluk yang memecah masuk ke dalam gua ini aku akan dapat tahu walaupun dari jauh. Aku menemui mereka dan mereka agak terkejut kerana aku dapat mengesan mereka sebelum mereka berikan sebarang petunjuk bahawa mereka berada di sana. Aku cuma kata aku berada berdekatan dan dapat hidu bau mereka. Aku terus membawa mereka semua ke gua aku. Mereka terus terkejut dengan apa yang mereka lihat dan mereka terkaku sebentar.

Hanya Gohan dan rakannya saja yang kelihatan keliru dan tidak faham dengan tindak balas mereka. Tentulah mereka terkejut, untuk mendapatkan sekuntum bunga ni mereka perlu memburu raja demon tapi di sini... Terdapat ribuan bunga ini seolah ini adalah taman khas untuk bunga ini.

"Ma-macam mana tempat ni ada ribuan bunga ni?" Soal Puteri mereka dan aku hanya tersenyum senget.

"Beta yang wujudkan bunga ni. Beta boleh tukar 5 kuntum bunga ni dengan hero yang ada tapi dengan syarat," ujarku dengan yakin sambil menerapungkan lima kuntum bunga tersebut di hadapanku.

"Apa syaratnya?" Soal salah seorang dari mereka dan puteri Alussia terus memandang bengis sebagai amaran untuk tidak menunjukkan kegelocohannya. Askar yang mengekori terus terdiam.

"Maaf, tapi... untuk apa tuan muda ingin menukarkan hero dengan bunga ini?" Soal Puteri Alussia penuh hati-hati. Nampaknya mereka masih ada adab.

"Beta cuma mahu kembalikan mereka ke tempat asal mereka memandangkan mereka perlu kalahkan demon lord untuk kembali ke dunia mereka. Bukankah lebih mudah jika tidak perlu berlawan?" soalku memandang ke arah Gohan dan yang lain-lain mula kecoh dengan apa yang mereka dengar.

"Tapi... Kami menyeru hero untuk kalahkan Demon Lord! Nyawa penyeru kami hampir terkorban untuk menyeru mereka dan sekarang kamu mahu pulangkan mereka? Ianya mengarut!" jerit salah seorang dari mereka. Ahh... patutlah dia terasa, melihat dari informasinya dia adalah penyeru bertahap sederhana.

"Tujuan kamu semua untuk menyeru heroes sudahpun lari dari yang asal. Beta melihatnya sejak 30 000 tahun yang lalu. Semenjak Demon King telah dikalahkan dan keadilan serta keamanan sudah dikecapi, kalian tetap menyeru heroes untuk kepentingan diri kalian sendiri," ujarku sambil mendongak. Sebelum ini aku meminta Rufus menceritakan bagaimana mulanya penyeruan hero. Rupanya ia adalah kaedah oleh genius dari bangsa Demon dan sage yang bijaksana dari bangsa humana.

Mereka mendapat jalan bahawa bunga yang ada dengan puak demon  merupakan jambatan untuk merentasi portal. Manakala kerana jangka hayat seekor naga yang melepasi usia mana-mana makhluk merupakan masa untuk portal terus dibuka, mereka menjadikan naga sebagai bahan utama. Dengan gunakan darah naga ianya tidak cukup dan tidak utuh membuatkan sage bijaksana menemui jalan penyelesaian iaitu menggunakan tulang naga dan akhir sekali skil yang hanya ada pada bangsa humana iaitu penyeruan dapat membuka portal ke dimensi lain. Mereka menyeru makhluk paling pintar dan terkuat dari dimensi yang lain, memandangkan manusia merupakan makhluk utama dalam carta tertinggi jadi manusia yang dapat mereka seru.

Naga yang setia bersama demon mengorbankan diri untuk menggunakan tulangnya sebagai bahan membuka portal dan tanpa mereka sangka, bunga yang sentiasa bersama demon bukan sahaja hanya lahir bersamanya namun ia juga merupakan nyawanya. Dia terlambat untuk menyedarinya sehingga sage humana terus menggunakan portal yang dibinanya. Kaedah yang pada mulanya hanya eksperimentasi untuk merentas dimensi kini disalah guna oleh penyeru-penyeru lain untuk memanggil hidupan dari dimensi lain untuk melakukan tugas yang berbahaya bagi mereka.

Waktu itu, demon, hero dan naga bersatu untuk menentang demon king namun kini pemikiran manusia generasi baharu menjadi rasis dan menganggap demon king adalah dari bangsa demon dan banyak kemungkinan demon king akan menyerang mereka lagi dengan kemunculan demon.

"Kami tetap perlukan mereka untuk melindungi dunia ni dari kecelakaan sebab it-"

"Kecelakaan yang dikatakan tidak akan pernah wujud kalau peperangan ini berhenti," potongku tegas.

"Bagaimana peperangan ini akan berhenti kalau mereka enggan untuk menyerah? Dunia ini pada mulanya dunia kami, dunia humana. Mereka datang dan rampas hak kami! Mereka menyerang kampung dan desa serta membunuh anak-anak kecil! Kami takkan duduk diam," ujar Puteri Alussia penuh tegas. Aku mendekatkan jariku ke mulutku membuatkan wajahku tertutup dengan lengan bajuku yang lebar.

"Malangnya... selama ini kalian sememangnya duduk diam," ujarku sambil memandang mereka penuh sinis. Mereka semua membutangkan mata terkejut dengan provokasiku.

"Kebanyakan dari mereka dihalau dari tempat tinggal mereka sendiri dan kalian membina perkampungan di tempat yang dirampas sedangkan mereka pilih kawasan yang dipersetujui oleh hubungan aman humana dan demon sebelum ini. Generasi yang baharu, kalian mula menyerang dan menculik anak-anak mereka dan dijadikan hamba dan bahan tarung serta melanggar perjanjian. Kemudian, apabila mereka bangkit untuk menuntut tanah mereka semula, kalian memanggil heroes untuk membersihkan masalah yang kalian lakukan. Di mana yang menunjukkan kalian tidak duduk diam? Apabila kalian hanya hantar heroes untuk bertarung dan hanya meneman mereka di belakang? Heroes datang ke dunia ni hanya sia-sia," ujarku sambil tersenyum walaupun di dalam hatiku mulai panas selepas melihat memori silam Rufus.

"Itu semua tuduhan melulu naga muda. Heroes... Kita tak boleh biarkan naga ini terus membahayakan kita," Ujar Puteri Alussia dengan tegas.

"N-Nanti! tapi dia dah selamatkan kita tuan puteri," ujar Yunov cuba menghalang. Seorang yang setia dan nampaknya dia tidak memungkiri janji. Aku patut menjadikannya sebagai pengikut aku.

"Kalau kamu menyebelahi dia maknanya kamu adalah pembelot," ujar Puteri Alussia.

"T-tapi..." Yunov mula rasa bersalah dan hanya memegang pedangnya sedangkan yang lain mula mengangkat pedang. Aku tersenyum sinis dengan apa yang mereka lakukan.

"[Lock]," sebutku lalu jalan keluar dari [Hidden Dungeon] terus tertutup dan hanya meninggalkan kami terperangkap di dalam gua itu. Mereka terus kelihatan cemas dan para [Magician] mula ingin membaca mantera untuk menyerang. Aku mewujudkan kerusi seperti kerusi takhta di belakang dan duduk sambil mendagu dengan malas.

"[Silent], [Rotten], [Dispelga], [Bow]," sebutku dan penyihir tidak dapat meneruskan manteranya. Pedang serta peralatan perang mereka terus menjadi habuk, [Buff] dan [Shield] serta semua peralatan mereka atau sihir untuk menguatkan mereka kehilangan kesannya dan aku membuatkan mereka terduduk di tanah dan tidak dapat berdiri seakan ditekan dengan udara yang padat.

"Apa yang berlaku?" soal Gohan dan rakan sekelasnya yang aku biarkan tidak terkesan dengan skilku. Untuk membuatkan mereka lebih faham aku menidurkan mereka dan membuatkan mereka berada di dalam memori Rufus yang ada sewaktu portal pertama mula diwujudkan.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Vote, Comment dan Follow.

Legend Beast ✅ [Complete]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें